Resepi Biskut Makmur Yang Mudah Dan Simple.


Biskut makmur adalah antara biskut yang tersangat popular di musim perayaan terutamanya Hari Raya. Di indonesia mereka memanggilnya Biskut Putri Salju dan ada daerah mengelarnya Biskut Mor.

Di bawah saya kongsikan video cara membuat biskut makmur ini dengan mudah. Kepada yang tidak berminat dengan resepi berbentuk video jangan bimbang kerana saya sertakan juga resepi dan cara membuatnya. Yang pentingnya anda scroll sampai ke bawah.

1- Video dan resepi cara membuat biskut makmur


2- Video resepi dan cara membuat biskut makmur "Sabah Style" menggunakan Falcon Pasta Make ( semudah A B C ) 




3. Resepi biskut makmur mudah lagi lazat dari Shiela Rusly

Bahan untuk doh:

500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti:

200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak (kisarkan)
3/4 cawan gula icing

Bahan untuk salut:

Sedikit gula icing

Cara Penyediaan:

01. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.

02. Gaul adunan sama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

03. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing.

04. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar.

05. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk bulat.

06. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius.

07. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.

08. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips:
  • Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak.
  • Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Gambar hiasan : InaMurni

Resepi InaMurni dan Shiela Rusly adalah sama, saya tidak pasti siapa ikut siapa tetapi InaMurni ada menerima tempahan untuk biskut makmur dan biskut-biskut raya yang lain.
Dikuasakan oleh Blogger.