Kisah Kejayaan : Dari Seorang Mat Despath Kepada Juruterbang Air Asia.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/kisah-kejayaan-dari-seorang-mat-despath.html

Sedang aku leka membaca berita-berita di laman Oh Media malam tadi, mata aku terus melekat pada satu artikel tentang kisah kejayaan seorang pemuda india. Cukup memberi inspirasi, terus aku baca laju-laju. Dari seorang mat despatch, beliau berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang juruterbang. 

"Memang hebat budak ni" kataku.

Aku tersenyum bangga dan aku rasa semua pembaca kisah ini juga akan turut berbangga dengan semangat beliau. Apatah lagi keluarga dia, sejuk perut ibu dia mengandungkan dia.

Itulah dia, Kugan Tangiisuran. Pemuda ini pada mulanya diterima masuk bekerja di syarikat Air Asia hanyalah sebagai mat despatch ataupun office boy. Hebatkan beliau. Kuat betul semangat beliau. 

Beliau sebenarnya sudah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang tetapi beliau asyik gagal dalam kemasukan ke sekolah penerbangan. Beliau gagal sebanyak 11 kali dalam cubaannya untuk ke sekolah penerbangan. Bayangkan 11 kali beliau cuba tetapi masih tetap dengan harapan beliau. Kalau kita mungkin 2-3 kali pun dah putus asa. Memang ada sesuatu yang istimewa pada Kugan.
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/kisah-kejayaan-dari-seorang-mat-despath.html
Cita-citanya beliau di hidu oleh Tan Sri Tony Fernandes. Kalau ikutkan memang mudah untuk Kugan masuk ke sekolah penerbangan atas bantuan Tan Sri Tony Fernandes. Tetapi Tan Sri sendiri mahu Kugan terus berusaha dan buat yang terbaik agar diterima untuk menjadi pelatih juruterbang. Akhirnya pada percubaan terakhir, setelah habis kudrat dan daya, Kugan lulus dan diterima untuk menjadi pelatih.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/kisah-kejayaan-dari-seorang-mat-despath.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/kisah-kejayaan-dari-seorang-mat-despath.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/kisah-kejayaan-dari-seorang-mat-despath.html
Hari ini, dengan bangganya beliau telah menerbangkan pesawat Airbus milik syarikat Air Asia dengan membawa ribuan penumpang merentasi benua dan lautan hingga ke destinasi yang dituju. Macam kena pulak dengan slogan Air Asia " Now Everyone Can Fly" kan?

Kisah kejayaan Kugan wajar dijadikan semangat buat semua agar terus berusaha mengejar impian. Tiada yang mustahil jika anda terus berusaha tanpa jemu.

"Keep going. Each step may get harder but dont STOP. The view is beautiful at the TOP!" 
- Kugan 


Dikuasakan oleh Blogger.