Susahnya Nak Mendidik Anak.
Suami aku seorang yang panas baran. Nasib baiklah panas barannya lebih kepada vokal dan tak naik kaki tangan. Jarang sekali dia nak menjentik anak-anak kami walaupun anak-anak kami kadang-kadang di luar kawalan.
Anak-anak pulak kalau dibiar mengada-ngada, tak nak dengar cakap, nak dipukul tak sampai hati. Maklumlah spare part kecik, risau kalau-kalau tersilap pukul...masuk paper pulak dituduh dera anak sendiri. Untunglah kalau dapat anak yang baik, sopan dan dengar cakap tapi kalau dapat yang jenis bebal, cakap 10 kali pun buat tak tau, kadang-kadang iman tergugat juga.Itulah yang terjadi sebentar tadi.
Anak aku yang umur 12 tahun ni suka menyakat adik. Adik dia pulak jenis mengada-ngada gila dengan abang dia. Asal abang dia sakat sikit je mesti dia menjerit-jerit macam kena histeria. Sebagai seorang ibu sepenuh masa, aku dah boleh tabah je menerima keadaan macam tu, walaupun kadang-kadang nasi nak telan pun terkeluar balik. Selalu jugak terlekat nasi kat tekak bila dengar adegan jerit, menangis dan terguling-guling semasa tengah makan.
Tadi suami aku tiba-tiba naik hantu. Teruk jugak anak aku yang umur 12 tahun tu kena belasah. Dah lama laki aku tak angkat tangan pun dekat anak-anak. Tapi tadi dah kira melampau sangat. Dia dah cakap elok-elok lebih 10 kali. " Jangan kacau adik, papa nak makan. Papa tengah pening. " tapi tak ada apa yang berubah. Aku sendiripun dah berulang-ulang kali bagitahu diaorang suruh senyap sekejap. Maklumlah papa diaorang ni timing bomb. Dia penyayang tapi sebabkan ada keturunan berdarah panas, aku risau je kalau dia terlepas.
Tapi tak cukup dengan memukul, tiba-tiba laki aku cakap. " Perangai macam binatang, degil!! cakap orang tak nak dengar langsung". Awww terguris nya hari masa dengar perkataan tu. Lebih pedih dari tengok dia kena pukul sampai berbirat tadi.
Selalunya kalau tengah angin laki aku akan keluar untuk ambil angin sekejap. Akupun tengok kesan berbirat di tangan dan kaki anak aku. Aku ambil minyak gamat. Aku sapu sambil berkata. .
"kan mama dah suruh senyap tadi. Mak dan ayah mamapun sama. Masa kecil-kecil dulu mama dan adik beradik mama pernah juga kena panggil menatang atau binatang kalau buat silap. Tapi itu stail orang Trengganu dan Kelantan kalau marah atau maki orang. Kadang-kadang mama bercakap pada diri mama sendiri, kenapa mak ayah mama kalau marah je nak samakan mama dengan binatang. Tapi bila mama dah jadi seorang mak, mama dah faham. Kadang-kadang anak-anak degil sangat. Mak dan ayah pun ada masalah sendiri. Kadang-kadang mereka pening memikirkan cara nak cari duit lebih nak bagi anak-anak hidup selesa. Kadang-kadang mak ayah penat sebab seharian bekerja. Bila korang sakit, mak ayah jaga sampai tak tidur malam tapi bila mak ayah sakit mereka diam-diam aje tak bagitahu. Tak payah la kecil hati pasal papa tadi, ini semua salah Zaki sendiri kan? Dah berapa kali mama dengar papa kata suruh diam tadi. Satu hari nanti bila Zaki jadi seorang ayah, Zaki akan faham. "
Anak aku mengangguk dengan linangan air mata. Aku tak tahu dia faham ke tidak apa maksud aku. Aku pun tak faham kenapa aku nak cakap macam tu. Aku cuma nak anak aku faham kenapa dia kena pukul dan dalam masa yang sama aku takut anak aku kecil hati bila dimaki dengan perkataan tu. Salah laki aku juga sebab terlepas cakap. Tapi kita ni manusia biasa. Pada satu tahap tiba-tiba kita terlebih limit untuk kontrol semuanya. Memang aku akui aku dan laki aku memang tak reti didik anak tapi kami mencuba hari demi hari untuk memberikan yang terbaik.
Bukan senang jadi ibu bapa. Tak dipukul langsung, anak naik kepala, degil tak nak dengar kata. Kalau dipukul pun tak patut juga. Anak aku baru 3 orang. Aku respek betul ibu bapa yang ada anak 10 orang tapi berjaya didik anak dengan cara lemah lembut tanpa kekerasan. Masa belum ada anak. Bermacam angan-angan dan impian kita simpan untuk anak-anak. Tapi bila dah jadi mak ayah, kita akan faham sendiri bahawa tak mudah untuk jadi ibu bapa yang baik. Lebih-lebih lagi kalau kita jenis kurang ilmu dan nipis imannya...
Kisah ini dikongsi oleh Mek Yah, Bangi
Leave a Comment