3 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Tanpa Diet Dan Senaman Berat.
Semua orang hendak kurus dengan cepat. Ada yang mengambil keputusan membeli pil-pil di pasaran tanpa memperdulikan risiko-risiko kemudian hari. Nasihat saya sebelum membeli, pastikan anda memeriksa kandungan ubat-ubat tersebut dan wajib untuk pastikan bahawa pil-pil itu adalah asli. Kebelakangan ini ramai yang membeli di laman web atau secara online. Ini sangat berisiko kerana pasaran online sekarang banyak dilimpahi dengan ubat-ubatan tiruan. Pastikan anda membeli dari source yang boleh dipercayai atau dari syarikat yang berdaftar. Saya adalah salah seorang mangsa, saya sendiri dah fed up nak beli pil kurus kerana mungkin nasib tak menyebelahi saya. Saya selalu saja terkena yang tiruan.
Di sini saya senaraikan tiga cara mudah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati bahkan menyihatkan tubuh badan jika kita amalkan selalu. Jika anda mahukan keputusan drastik iaitu kurus dalam masa seminggu, anda boleh berhenti membaca tetapi jika anda hendak kurus secara semulajadi di samping menyihatkan tubuh badan serta mencantikkan kulit secara alami, sila terus membaca..
1- Minum lemon dan madu
Tips ini diturunkan oleh kawan saya yang berbangsa Cina. Suatu hari saya bertemu kawan lama saya yang berusia 55 tahun. Saya yang kehairanan melihatkan tubuhnya yang seakan-akan badan anak gadis yang berusia 19 tahun itu, tanpa segan silu bertanya...
"Connie, apa pasal body you macam budak 19 tahun. Ajar saya sikit. saya jealous la"
sambil tersenyum dia menjawab, senang saja...tiap-tiap pagi minum madu campur lemon. Tiap-tiap kali makanpun minum madu campur lemon. Sebelum tidur pun you minum madu dan lemon. Madu sangat baik untuk you punya body. Bagi you energy. You tengok saya umur 55, saya punya energy macamana. Lemon itu untuk buang minyak dan lemak. Kalau you amalkan lemon + madu macam saya, you tak payah control makan lagi."
Ambik sense tak kata-kata dia? Nasibla dia tak kedekut ilmu.
2- Minum cuka epal
Pastikan anda beli jenama Bragg. Dan letakkan sesudu Cuka epal bersama segelas air, 3 kali sehari sebelum makan. Dengan meminum apple cider setiap kali sebelum makan akan membuat anda terasa cepat kenyang dan ianya boleh menyekat selera anda.
3- Air suam campur lemon
Meminum air suam bercampur lemon, bukan saja dapat membuangkan toksin di dalam badan anda. ianya juga mencantikkan kulit. Petua ini diturunkan oleh penyanyi popular Demi Lovato. Ramai yang telah berjaya kurus mengguna cara ini. lemon telah dipercayai berkurun lamanya sebagai bahan penting untuk kesihatan dan kecantikkan. Saya akan tulis 1 artikel khusus mengenai buah lemon di masa akan datang.
Bagaimana? ada berani mencuba?
P/S saya bukanlah seorang expert, apa yang saya cadangkan di sini adalah dari pengalaman saya dan dari pencarian saya. Adalah penting untuk anda bertanya kepada doktor-doktor anda terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apapun produk dan pemakanan yang dicadangkan kerana bimbang sekiranya anda ada alergi terhadap bahan-bahan ini.
Leave a Comment