Pelakon
yang pernah membintangi Telefilem Saloma, Tony Eusoff telah diheret ke mahkamah Singapura atas tuduhan
memiliki dadah. Menurut laporan Berita Harian Singapura,
Tony didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan
Dadah.
Menurut
laporan itu lagi, kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa beliau memiliki satu
paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran
yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.
Tony
yang berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush yang bakal
ditayangkan pada bulan depan, ditahan semasa sampai ke dewan ketibaan bas
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada
awal bulan lalu.
Dadah
Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan di negara
tersebut. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda
sehingga hampir RM60,000 atau kedua-duanya sekali. Kes akan didengar lagi di
Mahkamah Negara Singapura pada 12 April.
Melalui
Harian Metro, pengurus kepada Tony Eusoff, Azlan Ahmad menjelaskan
bahawa pelakon itu memohon maaf terhadap peminatnya di atas apa yang berlaku.
“Dia
berjanji tidak akan sorok apa-apa kes ini selesai,” kata pengurusnya
kepada portal berita tersebut. Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut, dia ada
menghubungi Tony namun belum sempat berjumpa dengannya.
Tony ditahan semasa sampai ke dewan
ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat
Pemeriksaan Tuas pada awal bulan lalu. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara
sehingga 10 tahun, didenda sehingga hampir RM60,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Roti Kaya
Leave a Comment