Kisah Inspirasi | Kasihnya Seorang Abang Terhadap Adiknya


Seorang doktor bernama Jim Clark telah melakukan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang memerlukan darah jenis O negatif. Setelah diperiksa, abang kepada kanak-kanak perempuan tersebut mempunyai darah jenis yang sama. Kemudian Jim telah menerangkan kepada abangnya yang ini adalah perkara hidup dan mati (adiknya).

Dia pun termenung jauh, lalu mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya, semasa proses pengambilan darah selesai. Dia pun bertanya kepada doktor.

Doktor, jadi bilanya yang saya akan mati ni?". Dia ingat dia akan mati lepas bagi darah kat adik dia.. :)
Walaupun abangnya fikir dia akan mati (dalam fikiran dia) tapi dia sanggup lakukannya demi untuk menyelamatkan adik perempuannya.

Ini adalah cerita benar yang dikongsi oleh Doktor Jim Clark di akaun facebook miliknya.

P/S: Teringat lagu sedih kisah adik beradik oleh kumpulan The Hollies "He Ain't Heavy, He's My Brother" tapi yang ni tukar jadi "She Ain't Heavy She's My Sister"...:(
 
Dikuasakan oleh Blogger.