Jenayah | Kes Bunuh Di Pejabat Agama Kuala Terengganu

Seorang lelaki sanggup membunuh abang kepada bakal isterinya dan juga rakannya sendiri. Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa sudah beberapa kali memberitahu adik perempuannya yang lelaki yang bakal dikahwininya sudah berkahwin.

Kerana tidak percaya, adik perempuannya telah mengajak abangnya ke pejabat agama untuk menyemak status suspek sama ada masih bujang atau sudah berkahwin. Suspek telah mengetahui rancangan si mangsa dan adiknya untuk pergi ke pejabat berkenaan lalu mengekori mereka dan terjadilah pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek di dalam bilik kaunseling.  

Setelah itu mangsa bersama adiknya telah diekori hingga ke tempat parking kereta lalu di tetak oleh suspek dileher dan ditikam bertubi-tubi lalu melarikan diri. Pengawal keselamatan yang ada ditempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa kerana suspek bersenjatakan parang.

Pihak Polis telah menjalankan Ops Tutup bagi mengesan suspek beserta dengan gambar kereta suspek yang telah disiarkan di beberapa laman media sosial.

Suspek menaiki kereta Honda Civic merah, nombor pendaftaran QMD6252. Diharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan melaporkan ke balai polis berdekatan jika ternampak suspek atau ada apa-apa maklumat tentang suspek.

Al-fatihah dan takziah diucapkan untuk arwah dan keluarga.
 
                                                                       Kereta yang digunakan oleh suspek

http://kongxie.blogspot.com/2016/10/jenayah-kes-bunuh-di-pejabat-agama.html
http://kongxie.blogspot.com/2016/10/jenayah-kes-bunuh-di-pejabat-agama.html

Sumber gambar dari : TerengganuTimes

Dikuasakan oleh Blogger.