5 Resepi Smoothie Untuk Kuruskan Badan | Resepi Diet

Apakah itu smoothie?

Smoothie adalah minuman yang menyihatkan dan bagus untuk kecantikkan kerana ianya adalah minuman pekat yang diperbuat dari buahan-buahan, sayur-sayuran dengan campuran yogurt dan bahan-bahan lain mengikut resepi, ice dan air.


Apakah yang diperlukan untuk membuat smoothie? 

Bahan-bahan resepi dan blender. Tanpa blender tiada smoothie.


Blender smoothie seperti gambar di atas ini sesuai untuk membuat smoothie jenis basic saja. Ianya amat mudah. Anda hanya perlu blend dan minum dari bekas blender ini.  Nak tahu lebih lanjut klik 

Shake N Take 3 Smoothie Blenders


Jika anda ingin blender yang jenis advance dan tahan lebih lama klik link di bawah ini. Blender heavy duty jenis ini bukan saja boleh buat smoothie malahan ice blended juga.


Bagaimana untuk buat smoothie?


1-Campurkan bahan-bahan di dalam blender
2-Blend sampai sebati 
3-Siap untuk di minum

Kebaikkan smoothie : 


Smoothie sangat berkesan untuk proses diet, untuk detox dan untuk menguruskan badan. Smoothie juga baik untuk kecantikkan kulit dan kesihatan badan keseluruhan. ( Jika anda menggunakan bahan yang betul )

Keburukan smoothie :


Jika menggunakan bahan yang salah, smoothie tidak memberi kesan seperti yang kita harapkan. Malahan menjadi merbahaya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis dan bahan tiruan contohnya.

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk minum smoothie?

Bila-bila masa. Paling bagus untuk kuruskan badan adalah pada waktu pagi sebagai breakfast. Kerana smoothies memberi kesan kenyang untuk jangkamasa yang lama. 

Kenapa perlu minum smoothie

1-Mengalakkan pengambilan buah dan sayuran secara natural dan mudah. 
2-Memberi tenaga
3-Mendapat nutrisi dan protein yang secukupnya
4-Menyingkirkan toksin dan kotoran di dalam badan secara natural
5-Ianya mudah dibuat dan sedap diminum


1-Resepi Smoothie Pisang dan Berry untuk diet dan kuruskan badan secara sihat


1 biji banana
½ cawan strawberries
½ cawan blueberries
½ cawan raspberries
1 biji apple (dipotong)
1 cawan almond milk

Campurkan semua bahan di dalam blender. Blend sehingga tekstur menjadi lembut dan sebati.

Strawberi, blueberries, raspberi, pisang, dan epal semuanya sangat kaya dengan Vitamin C dan antioksidan, menjadikannya Smoothie yang sangat berkhasiat, meningkatkan metabolisme dan seterusnya membantu dalam penurunan berat badan. 

2-Resepi Smoothie Untuk Kurus


1 cawan almond milk
1 cawan blueberries
1/2 cawan air yang ditapis
1 sudu teh flax seed oil

3-Resepi Smoothies untuk turunkan berat badan

2 biji epal, buang biji dan potongkan
3 biji pisang
1 sudu teh plain yogurt ( tanpa perisa)
air yang ditapis secukupnya
2,3 ketul ais ( optional)

4-Resepi Smoothie Pisang dan Strawberry


1 cawan almond milk
1/ cawan strawberry ( fresh atau frozen)
1 biji pisang
1 sudu teh madu organik

5- Resepi Green Smoothies untuk diet dan mengurangkan berat badan

Ada banyak lagi resepi smoothie yang sedap-sedap. Nanti kami kongsi lagi di post yang lain pula.

Sila minta nasihat pemakanan dari doktor atau pensihat pemakanan bertauliah sebelum menukar diet anda secara drastik. Kami bukanlah doktor bertauliah, sekadar berkongsi idea dan resepi.
Dikuasakan oleh Blogger.