Jenayah | Lelaki Cuba Serang Anggota Polis Mati Ditembak


Seorang lelaki mati ditembak setelah cuba menyerang anggota polis yang cuba menahannya di rumahnya di Taman Muhibbah, Kajang. Dalam kejadian pukul 2.51 petang semalam, suspek warga tempatan berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang kira-kira empat jam kemudian.  

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata sebelum insiden itu, suspek dikatakan menyerang dua lelaki di kawasan itu. Polis telah mengarahkan suspek berhenti dan menyerah diri tetapi dia terus berlari ke arah anggota polis dan memaksa anggota polis melepaskan tembakan amaran diudara. 

Bagaimanapun, suspek terus mara dan cuba menetak salah seorang anggota polis sehingga memaksa polis melepaskan tembakan terhadap suspek untuk mempertahankan diri," katanya. Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.55 petang. 

Hasil semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes mendatangkan kecederaan, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, menceroboh serta dadah katanya.



Dikuasakan oleh Blogger.