Kisah & Tauladan | DI POTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata..
"Sedekahlah
kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin
itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan
roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut
maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan
anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun
mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya
sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia
dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat tertarik dengan
gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan
pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.
Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan
tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,
"Aku
mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu
makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami
berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun
suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari
sebelah pintu,
"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah,
sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka
tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu
mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia
mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan
bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa
menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke
rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud,
"Barang siapa menghormati tetamu, maka
sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka
sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi
kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan
kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud,
"Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah
seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu
rahmat."
Sumber : 1001 Kisah dan Teladan
Leave a Comment