Resepi Puding Jagung Kastard Sedap dan Resepi Puding Jagung Berlapis Coklat | 2 resepi


Mari buat puding jagung pula. Kalau duduk mengadap komputer, ipad,  laptop dan telefon bimbit je memang tak jadi apa. Dari suri rumah yang rajin buat experiment, ke suri rumah yang rajin collect resepi. Akhirnya kuihnya aku beli. Mudah je buat puding jagung ni. Buat sendiri lagi sedap, kita boleh adjust nak manis sikit ke..kurang manis ke..jagung lebih ke..Mehla mehla..letaklah telefon tu..mari buat experiment memasak di dapur pulak. Jom pimpin tangan gi dapur.

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap 

Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air - guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning - opsyenal

Cara Membuat Puding Jagung Kastard
#1: masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.
#2: selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.
#3: nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
#4: jika ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak pe.
#5: kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
#6: biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.


Resepi Puding Jagung Berlapis Cokelat

Kalau sebelumnya kita telah mencuba resepi puding jagung nikmat, kali ini kita akan mencuba membuat variasi baru dari puding jagung, iaitu puding jagung lapis cokelat. Anda pasti dapat membayangkan bagaimana nikmatnya puding ini, dengan rasa jagung manis ditambah lagi dengan citarasa cokelat yang lazat....ohhh yeahh bak kata tasty video tu..


Bahan-bahan A:
30 gram agar-agar tali
800 ml air
2 ½ cawan gula putih

Bahan-bahan B:
300 ml whipping cream
4 biji telur Gred A
1 sudu besar tepung kastard perisa jagung manis jenama Bistari (boleh juga guna tepung kastard biasa)
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan C:
1 sudu besar butter
1 ½ sudu besar serbuk koko
2 sudu besar perisa coklat – (boleh guna brand STAR)
1 tin jagung berkrim

Penyediaannya:
1. Masukkan agar-agar di dalam periuk dan basuh terlebih dahulu. Toskan. Kemudian tuangkan 800ml air ke dalam agar-agar dan masa sehingga larut.
2. Setelah agar-agar larut, masukkan 2 ½ cawan gula dan masak sehingga larut.
3. Sementara itu, kisar bahan-bahan B menggunakan blender sehingga sebati (lebih kurang 5 minit).
4. Masukkan bahan-bahan B ke dalam larutan agar-agar dan kacau. Gunakan api perlahan supaya adunan tidak melekat di dasar periuk.
5. Selepas adunan mendidih, tutup api. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1/2 bahagian di dalam periuk asal dan ½ bahagian lagi tuang ke dalam periuk lain.
6. 1 bahagian dicampurkan jagung dan panaskan di atas dapur kembali dan dikacau rata. Tutup api. 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko, perisa coklat dan 1 sudu besar butter, dan panaskan juga di atas dapur dan dikacau rata. Tutup api.
7. Tuang adunan ke dalam acuan berselang seli. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia beku. Elok semalaman di dalam peti ais sebelum dikeluarkan daripada acuan.

Sumber : http://sajiandapurbonda.blogspot.my
Dikuasakan oleh Blogger.