Video Dan Lirik Lagu Frust | Biarkanlah - Drama Band


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/video-dan-lirik-lagu-frust-biarkanlah.html

Lagu ini mengisahkan tentang kerelaan seseorang untuk berpisah dengan kekasihnya kerana dia sudah tidak sanggup melukakan hatinya lagi. Dia percaya bahawa mereka sudah tiada jodoh lagi untuk hidup bersama dan walau sekuat mana cintanya, dia sudah tidak berdaya lagi untuk mempertahankan hubungan mereka. Walaupun hatinya pecah berderai, dia percaya yang tanpa dia, kekasihnya itu akan lebih bahagia. Dia berharap kekasihnya itu akan merelakan pemergian dia dari hidupnya kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk melukai hatinya. Dia cuma inginkan kebahagian bagi kekasihnya itu. 


Biarkanlah - Drama Band 

Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


 
Sumber : YouTube
Dikuasakan oleh Blogger.