Rahsia kenapa wanita Jepun sentiasa kurus dan awet muda
Jepun adalah sebuah negara
yang indah. Di kelilingi kawasan pergunungan yang nyaman, lautan luas, budaya
yang menarik dan masakan yang lazat, segala-galanya menambah keindahannya dan
keunikannya. Jika anda mengembara ke Jepun anda pasti perasan : "Kenapa
wanita Jepun sentiasa langsing dan awet muda ya?" Haa.. jawapannya sebab
orang Jepun amat terkenal dengan gaya hidup yang sihat, terutama dari segi
pemakanan mereka. Sebab tu ramai rakyat Jepun boleh hidup hingga lebih
seratus tahun tau!. Jom kita cungkil rahsia mereka...
Masyarakat Jepun amat menggemari teh hijau. Matcha (serbuk teh hijau) dibuat dari daun yang
berkualiti tinggi, yang dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk halus. Serbuk
ini kemudiannya dicampurkan dengan air panas. Ia digunakan dalam upacara minum
teh, yang merupakan aktiviti kebudayaan Jepun yang melibatkan penyediaan dan
persembahan matcha.
Teh hijau bukan sahaja lazat tetapi juga sangat bermanfaat. Ia adalah salah satu teh paling sihat di dunia. Ia kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan di samping membantu penurunan berat badan. Ia juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
Menurut satu kajian, orang dewasa di Jepun yang kerap minum teh hijau mempunyai risiko kematian yang rendah akibat penyakit kardiovaskular dan penyakit-penyakit lain. Kajian ini juga membuktikan bahawa warga Jepun yang minum 5 cawan teh hijau sehari mempunyai kadar kematian 26 peratus lebih rendah.

#2. MAKAN MAKANAN YANG DIPERAM (FERMENTED FOOD)
Orang Jepun sering
mengambil makanan diperam seperti kimchi, tempe, miso, sauerkraut, kombucha dan
kefir. Nutrien semula dipelihara dan asid lemak omega-3,
vitamin B, enzim yang bermanfaat dan probiotik juga dapat dihasilkan. Makanan yang diperam ini juga bagus untuk sistem
penghadaman seterusnya menggalakkan penurunan berat badan. Selain itu, ia juga
menghapuskan logam berat dan toksin yang berbahaya.
#3. MAKAN MAKANAN LAUT
Orang Jepun amat suka makan
makanan laut berbanding daging merah, yang dikaitkan dengan masalah kesihatan
seperti obesiti, kolesterol tinggi dan penyakit radang. Seperti yang kita tahu
Jepun dikelilingi oleh laut, oleh kerana itulah makanan laut dan
kerang-kerangan seperti tuna, salmon, tenggiri dan udang amat popular dalam
masakan Jepun. Nasi atau mi dan pelbagai jenis makanan laut adalah makanan
biasa di Jepun. Ikan kaya dengan protein yang tinggi dan pelbagai nutrien lain
selain mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk otak, jantung dan
organ-organ tubuh.
Asid lemak Omega-3 khususnya adalah berguna dalam
mengurangkan lemak badan terutama lemak di bahagian abdomen selain membantu
melicinkan kulit dan mencegah penyakit kulit. Makanan laut juga mengurangkan
keradangan dalam badan dan memberi manfaat kepada sistem saraf. Orang Jepun
juga percaya bahawa jika makan ikan yang menyihatkan maka ia akan membuat kita
lebih sihat.
#4. MAKAN DALAM SAIZ HIDANGAN YANG KECIL
Makanan
yang dihidangkan dalam portion yang kecil adalah merupakan salah satu dari
budaya orang Jepun. Makan dalam saiz hidangan yang kecil boleh membantu anda
makan sedikit dan secara tidak langsung boleh membantu menurunkan berat
badan. Ini seterusnya menghalang kita daripada makan berlebihan dan
pengambilan kalori yang tinggi. Mereka juga mengamalkan agar jangan penuhkan
pinggan dengan makanan, jangan hidang makanan dalam saiz portion yang besar,
makanan segar adalah pilihan terbaik dan makanan perlu dihias dan hendaklah
disusun dengan baik untuk mempamerkan keindahan hidangan tersebut.
Masyarakat Jepun memang suka berjalan kaki. Ia merupakan rutin harian mereka dan menjadi satu kemestian. Ia juga adalah salah satu senaman untuk kekal langsing. Memandang penduduk Jepun lebih tertumpu di bandar-bandar jadi mereka lebih banyak berjalan kaki atau berbasikal untuk ke stesen keretapi. Malah kanak-kanak Jepun juga berjalan kaki ke sekolah. Selain berjalan kaki, penggunaan basikal juga popular. Ramai orang menunggang basikal di mana-mana, yang merupakan satu lagi bentuk senaman yang baik.
Berjalan kaki bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, ia juga memperbaiki kesihatan kardiovaskular, meningkatkan tenaga dan mood dan membantu melegakan tekanan.
#6. MASA MAKAN ADALAH MASA BERHARGA
Waktu makan di Jepun adalah masa berharga kerana ia adalah waktu memberi tenaga kepada badan. Itulah sebabnya, anda jarang melihat sesiapa makan di jalanan atau semasa menaiki pengangkutan awam. Ia dianggap kurang sopan walaupun boleh diterima di Jepun untuk makan semasa anda berada di mana sahaja. Di Jepun, anda tidak boleh melakukan apa-apa ketika makan bahkan menonton TV. Kebersihan dan persembahan makanan juga merupakan sebahagian penting daripada makan makanan Jepun.
Mereka juga makan lebih perlahan dan ia memberi masa kepada perut mereka untuk memproses makanan. Disamping itu juga ia mengelakkan makan berlebihan selain ia memberi isyarat ke otak bahawa perut sudah kenyang. Penggunaan chopstick sebenarnya memainkan peranan menghalang jumlah makanan yang diambil dan kecepatan seseorang semasa makan.
#7. CARA MEMASAK YANG SIHAT
Masakan Jepun tidak hanya menggunakan bahan-bahan yang sihat tetapi juga kaedah memasak yang sihat. Di Jepun, mereka lebih gemar makan secara mentah, mereneh dan memanggang. Kaedah-kaedah ini membantu dalam memelihara rasa dan nutrien makanan disamping membantu mengawal penggunaan minyak yang berlebihan. Makanan bergoreng amat jarang sekali dimasak oleh masayarat Jepun. Apabila makanan bergoreng dihidangkan seperti tempura, ia akan dinikmati bersama-sama dengan hidangan lain untuk mengimbangi makanan itu agar kekal berkhasiat.
#8. MENGAMALKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri yang popular di Jepun Malah, gaya seni mempertahankan diri Jepun seperti karate, judo, aikido dan lain-lain memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan keseluruhan wanita Jepun. Kebanyakan seni mempertahankan diri meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan daya tahan, membantu membina kekuatan otot dan meningkatkan fleksibiliti otot.
Ia juga membantu penurunan berat badan dan melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan bahawa latihan seni mempertahankan diri meningkatkan komposisi badan, meningkatkan pembentukan tulang dan mengurangkan penyerapan semula tulang serta mengurangkan keradangan terhadap wanita yang obesiti atau wanita premenopausal obes.
#9. MANDI DI KOLAM AIR PANAS (HOT SPRING BATH)
Mandi di kolam air panas merupakan amalan biasa di Jepun yang boleh memanjangkan hayat. Dalam bahasa tempatan, kolam air panas yang dikenali sebagai 'onsen'. Sebagai sebuah negara yang mempunyai volcano yang akitif, Jepun mempunyai beribu-ribu kolam hot spring dikebanyakkan pulau-pulaunya. Mata air panas mempunyai kuasa penyembuhan dan bermanfaat untuk kesihatan kerana suhu air itu sendiri dan juga kandungan mineral, seperti magnesium, kalsium, silika, dan niasin yang terdapat di dalamnya. Apabila anda mandi di kolam air panas, kulit anda menyerap akan mineral-mineral dan tekanan hidrostatik anda meningkat.
Ia membuatkan peredaran darah dan aliran oksigen ke seluruh badan menjadi lebih baik. Ia juga membantu mengurangkan stress dan tidur anda lebih nyenyak dan selesa. Melakukan mandian hot spring sekurang-kurangnya dua kali sebulan adalah salah satu sebab mengapa wanita Jepun kelihatan muda dan kekal langsing.

#10. MENGAMBIL DESSERT/MANISAN YANG SIHAT
Di Jepun, masyarakat mereka lebih suka makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Dessert di Jepun kurang manis dan jarang menggunakan bahan manisan yang menggemukkan. Manisan mereka selalunya yang dibuat daripada bahan-bahan yang sihat, seperti sweet potato, tepung soba dan buah-buahan segar. Walaupun mereka mengambil dessert gaya western tetapi saiz hidangan yang di makan adalah adalah kecil.
Dah tahukan rahsia mereka? Jom kita amalkan, bukan untuk orang lain, untuk kita jugak kan..:)
Semoga bermanfaat.
Sumber : top10homeremedies.com
Foto : Google Images

Leave a Comment