5 Cara Bagaimana Untuk Berkata Tidak dan Menolak Dengan Baik



Adakah anda seorang yang susah nak berkata tidak atau susah nak menolak sesuatu?  Mungkin anda takut mereka kecil hati dan menganggap anda tidak mahu membantu mereka? Ada cara sebenarnya untuk anda menghadapi situasi ini. Penggunaan bahasa yang baik dan tidak menyinggung perasaan boleh digunapakai bila anda berada di dalam situasi untuk menolak/berkata tidak. Tidak perlu alasan yang berbelit-belit seperti mahu melarikan diri, hanya perlu ayat yang baik dan sikap diplomasi yang positif. Jom lihat antara cara-caranya di bawah.

#1. BIAR SAYA FIKIRKAN DULU

Bila ada seseorang memujuk anda untuk membeli atau memberi cadangan yang perlu dipersetujui oleh anda, jawapan selamat ialah  "Biar saya fikirkan dulu". Ini merupakan jawapan yang paling popular dan selamat untuk melepaskan diri dengan sopan dan tidak menyinggung sesiapa. Ia juga memberi masa kepada anda untuk berfikir sebelum menyetujui apa-apa cadangan atau pujukan. Tapi jangan terlalu obvious yer, kerana terlalu kerap penggunaannya bimbang nanti kita dikatakan kurang hormat dan kurang fokus atas apa yang seseorang itu mahu sampaikan.
 
#2.TERIMA KASIH, TETAPI IA TIDAK BERKESAN/TIDAK SESUAI DENGAN SAYA

Anda juga boleh menolak dengan cara baik dengan mengatakan ia "Terima Kasih, Tetapi Ia Tidak Berkesan/Sesuai Dengan Saya". Ini secara tidak langsung memberi isyarat bahawa anda tidak mahu mencuba atau menerima cadangan/barangan tersebut. Contohnya, jika seseorang menyuruh anda mencuba sesuatu produk, anda mengatakan dengan sopan yang barangan itu mungkin sesuai dengan orang lain tapi tidak serasi dengan saya. Jadi tiada orang yang tersinggung dan kecil hati.

#3. BERI SAYA SEDIKIT MASA, SAYA AKAN BERI JAWAPAN

Anda juga boleh memberi alasan menolak yang baik dengan menyatakan "Beri Saya Sedikit Masa, Saya Akan Beri Jawapan Nanti. Sama seperti point no. 1 tadi, jawapan ini juga jawapan popular jika anda mahu menolak sesuatu. Cuma ia kedengaran agak sedikit serius dan ia seolah memberi pengharapan.


#4. MAAF MEMANG SAYA MAHU, TAPI BUAT MASA SEKARANG SAYA TIDAK BOLEH

Sopan dan nampak kita menghargai sesuatu pelawaan/cadangan atau pujukan. Apabila kita menolak dengan cara begini ia lebih kepada situasi menolak sambil ambil hati. Senang cakap bodek dulu baru menolak. Nampak lebih hormat dan saling menjaga hati.

#5. SAYA BOLEH BANTU ANDA CARI CARA SELESAIKAN MASALAH INI

Jika seseorang berkeras menyuruh anda untuk melakukan sesuatu, pasti amat susah untuk menolak lebih-lebih dari seorang yang rapat dengan anda. Jadi, antara cara untuk anda menolak dengan baik adalah menawarkan diri untuk sama-sama membantu mencari cara menyelesaikan masalah yang di hadapi. Maka anda terselamatlah dari situasi paksa rela tadi.  

Sebenarnya banyak lagi cara selain cara di atas. Ini cuma sebahagian dari cara berkomunikasi dan cara diplomasi yang baik jika mahu menolak sesuatu. Jadi jangan takut untuk berkata tidak, anda cuma perlu mencari cara yang sesuai dan baik untuk menghadapi situasi ini. 😄
Dikuasakan oleh Blogger.