Artis Lelaki Korea Paling Popular 2016/2017 : Mari berkenalan dengan Park Hye Jin dengan lebih dekat lagi


Siapakah Park Hye-Jin? Bagi peminat drama Korea, Park Hye-Jin sudah tentu satu nama yang tidak asing lagi. Pada tahun 2016/2017 Park Hye-Jin boleh dikatakan pelakon drama lelaki Korea yang paling popular sekali.

Sedutan dari Cheese In Trap
Saya mengenali Park Hye-Jin melalui dramanya yang menaikkan namanya iaitu drama berjudul "Cheese in Trap". Pada mulanya saya sangat tidak menyukai Park Hye-Jin kerana gaya rambutnya di dalam drama Cheese In Trap itu. Saya menonton drama itu 1 episod saja dan tinggalkan sehingga berbulan. Akhirnya apabila telah tiada drama lagi hendak ditonton barulah saya menonton drama Cheese in Trap kembali. Rupanya rambutnya sedemikian rupa kerana mengikut watak sebenar anime. Drama Cheese in Trap diadaptasi dari komik anime popular Jepun berjudul Cheese in Trap. 

Gif sedutan dari Cheese In Trap

Rupanya apabila makin ditonton makin cute dan sexy Park Hye-Jin ini. Entah kenapa saya terus menonton hampir kesemua drama dan movienya termasuklah drama dari China. Hehe. Hilang minat saya kepada pelakon lelaki lain.. huhu. Setakat ini sudah 10 kali saya mengulang drama Cheese in Trap semata-mata untuk melihat kekacakan dan keromantisannya di dalam drama itu. Cakap terus terang drama cheese in trap sebenarnya ada flaw tetapi kecomelan Haejin menyelamatkan keadaan.

Wataknya sebagai psycho di dalam drama Bad Boys

Tetapi jangan silap sangka, Park Hye Jin bukanlah popular kerana rupanya sahaja. Beliau seorang yang sangat komited terhadap kerjayanya. Selain dari berlakon beliau juga adalah seorang model. Beliau sangat digemari oleh designer-designer Korea dah luar negara dan menjadi duta kepada banyak jenama terkenal, antaranya Nike dan Calvin Klein.  

Iklan Calvin Klein Jeans, macam ni punya comel umur dah nak masuk 40 
Di dalam bidang lakonan pula, Park Hae Jin sangat pandai menjiwai watak. Memang dia pelakon yang berbakat. Dia terbukti boleh membawa pelbagai watak. Watak psycho, watak penjahat, watak romantis, watak sedih dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi beliau mempunyai postur badan yang cantik, dan kerana postur badannya yang cantik itu beliau kelihatan tampan dengan apa-apa pakaian dan gaya yang diberi. Beliau juga adalah seorang designer dan ikon fesyen di Korea dan China. Gaya pakaiannya sentiasa menjadi ikutan. Pakaian di dalam filem dan drama lakonannya selalunya adalah pilihannya sendiri menampakkan dia seorang yang bergaya dan kelas biarpun hanya memakai pakaian yang simple. Itulah antara keistimewaan HaeJin.

Sedutan dari drama China Far Away Love
Park Hae Jin sebenarnya mula popular dan menjadi trendy melalui dramanya My Love From Stars. Biarpun hanya sebagai 2nd lead, populariti drama itu meletakkan Park Hae Jin sebagai pelakon lelaki Korea yang paling diminati dan popular di China. Park Hae Jin mendapat tawaran tanpa henti dari negara China sehinggakan negara China membuat stamp khas untuk Park Hae Jin dan dijual di post-post office. Begitu popular sekali Hae Jin di China sehingga beliau adalah satu-satunya pelakon Korea yang mendapat penghormatan itu. Park Hae Jin juga memenangi banyak anugerah dari negara China.


Secara peribadinya, selain dari profesional dalam kerjayanya, Park Hae Jin juga adalah seorang dermawan sehinggakan beliau mendapat gelaran "Donating Angel". Beliau juga seorang yang tidak suka berpeseran, tidak merokok bukan kaki clubbing tetapi seorang yang sangat suka membuat kerja charity. Beliau sendiri yang turun ke padang membuat segala kerja-kerja charity yang memenatkan itu. Di dalam soal gossip, Park Hae jin sangat tegas. Beliau tidak teragak-agak untuk menyaman haters yang membuat cerita palsu tentangnya tetapi hukumannya sangat comel iaitu mereka mesti mengikutnya membuat kerja charity. 

Park Hae Jin buat kerja charity

Biodata Park Hye Jin 

Tarikh Lahir : May 1, 1983
Tempat Lahir : Busan, South Korea
Tinggi : 6'1
Status : Single

Filem : 
Snow is on the SeaThe Rhythm Of ChopsticksCheese in the Trap
Drama : 
2017 Four Men, Man to Man 
2016 7 First Kisses, Cheese In The Trap, Far Away Love
2015 Secret Society of Men - Friends
2014 Bad Guys, Love's Relativity, Doctor Stranger, God's Gift - 14 Days: Special
2013 You Who Came from the Stars
2012 Seo Yeong, My Daughter, Another Brilliant Life
2011 Qian Duo Duo Marry Remember
2009 Hot Blood
2008 East of Eden
2007 High As Sky Wide As Earth
2006 Exhibition of Fireworks
2006 Famous Princesses

Park Hae Jin punya bilik koleksi kasut

Park Hae Jin mempunyai hobi pelik iaitu mengumpul kasut. Dikatakan beliau mempunyai lebih dari 2000 pasang kasut, kebanyakkannya jenama Nike. Malangnya Park Hae Jin telah mengaku sendiri bahawa dia tidaklah romantik seperti di dalam drama dan filem-filemnya. Beliau mengaku sendiri semasa kedatangannya ke Singapore baru-baru ini. Beliau mengatakan bahawa beliau orang Busan, dan orang Busan tidak pandai romantik-romantik. Ouch, it's hurt. 


Park Hye Jin bukan lahir dari keluarga senang. Dia dibesarkan oleh ibu tunggal. Beliau gagal dan banyak kali gagal namun hasil usahanya akhirnya mendapat perhatian. Kini dia tinggal bersama ibunya dan 2 anak saudaranya yang masih kecil. Park Hae Jin bila disoal tentang kahwin mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dan konfiden boleh menjadi suami yang baik. Masalahnya beliau tidak mempunyai calon dan tidak berpeluang untuk dating kerana terlalu sibuk


Park Hae Jin diakui sebagai artis lelaki yang paling kacak. Beliau sering mendapat pujian dari wartawan Korea mengatakan Park Hae Jin lah lelaki paling kacak mereka pernah temui, namun Hae Jin selalu merendah diri mengatakan bahawa dia biasa-biasa saja. Ughhh, my man.

Nanti kita buat review dramanya pula...post ni dah melalut panjang berjela. Inilah serba sedikit kisah Park Hae Jin , My Love.

Tunggukan ketibaan filem Cheese in Trap yang akan diterbitkan tahun ini.

*Photos belong to their respective owners, No copyright infringement intended.

Carian untuk: lelaki korea kacak, artis korea paling handsome, artis korea paling popular, actor korea, most handsome korean actor, pelakon korea paling tampan, pelakon korea paling kacak
Dikuasakan oleh Blogger.