Betul ke anak dara sekarang pemalas?


Semalam dok bercerita kat ofis tentang viral kisah anak dara pemalas yang sewa rumah teres di Semenyih. Memang terperanjat juga kenapa sikap tak bertanggungjawab macam tu jadi pada mereka. Officemate aku pun cakap yang housemate dia pun memang ada jenis yang tak suka berkemas dan jaga kebersihan. Tak tahu lah apa cerita sebenar yang berlaku pada mereka. Mungkin ada masalah antara mereka, tak tahu lah kan. Kita pun tak leh nak judge lebih-lebih sebab kita tak tahu cerita sebernarnya kan..

KOTOR, busuk dan meloyakan. Begitu keadaan sebuah rumah teres dua tingkat di Semenyih, Selangor apabila dibiarkan bersepah bagaikan 'tongkang pecah' oleh empat penuntut wanita sejak seminggu lalu.

Rumah berkenaan yang dikelolakan sebuah syarikat swasta sebagai hostel bagi menyediakan kediaman secara percuma kepada penuntut universiti swasta yang sedang menjalani latihan amali.

Wanita mahu dikenali sebagai Azimah, 26, berkata keadaan itu hanya disedari pada Jumaat lalu ketika kemasukan penghuni baru ke hostel berkenaan.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila mendapati barangan dalam rumah, dan pakaian dibiarkan bersepah dan tunggang-langgang. 

"Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.

“Malah sebaik melangkah masuk, kami 'dihidangkan' dengan bau busuk amat meloyakan.

"Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai," katanya.

Menurut Azimah, dia tidak menyangka keadaan kediaman terbabit begitu teruk kerana penghuninya bakal menggengam segulung ijazah.

“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.

"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sehingga kini masih tiada tindakan dikeluarkan oleh syarikatnya, namun dia mengharapkan amanah serta kemudahan kepada penuntut itu digunakan dengan sebaik mungkin.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 11:15 PM, Harian Metro


Sebagai seorang yang berpengalaman tinggal di hostel aku rasa perkara macam ni tak patut berlaku. Dah duduk berkongsi tu kenalah pakat-pakat bersihkan rumah/bilik. Agihkan tugas dan paling penting, bertolak ansur, understand each other dan jangan sentap bila kena tegur...Macam tulah kitaorang dulu. Semua pun penat, ada kerja, study..dating...opss..hehe...dan sebagainya. Lagipun jadi tempat kita beribadat juga, jadi kenalah sentiasa bersih. Aku pun selalu jugak longgok baju tak basuh tapi berpada-padalah, takdelah sampai berbau dan membuatkan roommate aku sesak nafas..:)..

Ada juga kawan aku yang sibuk 24 jam sebab join macam-macam kelab kat uni dan end up bilik bau busuk nau nau. Bila cari-cari rupanya, makanan basi dalam mangkuk lupa nak basuh terus lepuk lam gobok pastu keluar 2 hari tak balik, ade aktiviti kelab katanya. Hazab betul bauu dia...fuhh.. Memula tu memang rasa nak meletop.. tapi bila dah bertenang dan dapat berfikir cara waras baru lah slow talk dengan dia. 

Rupanya time tu dia dah memang kalut tahap gaban sebab bas dah nak tinggal dia sampai dia lupa nak basuh mangkuk tu..diapun mintak maaf. Bila dah dengar penjelasan dari dia dan dia minta maaf so setlle lah masalah tu. Sebab tu aku cakap faham each other tu penting, komunikasi secara baik-baik dan jangan sentap tak tentu pasal. Memang tak jadilah..

Kadang-kadang honestly pada aku masalah tak sefahaman, dengki dan nak balas dendam pun ada juga. Manusia kan macam-macam. Orang kata berlaga angin, tak sesuai each other. Nak-nak kalau kita bukan geng dia..tak ngam.. Yang nak balas dendam pun ada, contoh si A tak suka kucing sebab kutu kucing dan kencing berak depan bilik, yang si B suka nau kucing, bila si B bawak masuk kucing, si A tunjuk perasaan lah..Kadang-kadang si B pun ikut nau kepala dia. Tak memikir.. 

Kat sinilah timbul konfrontasi. Tak nak berbincang. Masing-masing tak nah ngalah. Tu yang jadi start nak balas dendam, dengki kalau roommate tu ambik jalan yang tak elok lah...Kadang-kadang sebab dah tak makan nasihat pun ye jugak..Hmm.. macam-macam lah.. So kena pandai cari jalan penyelesaian dan jangan ego tak tentu pasal. Senang cerita kena paham konsep hidup berkongsi dan bertolak ansur gituu...Ko mampu...?..hehe..

Cerita aku dulu, pernah aku bagi makan satu anak meow ni kat belakang hostel. Esoknya  room mate aku cakap ade tetamu cari ko, tup-tup aku tengok rupanya dak meow tu dah duduk atas katil aku. Aku tengok room mate aku ni agak tak suka kucing tapi aku biar jelah dak meow tu main kat luar. Lepas tu satu pagi subuh time bulan puasa, dak meow tu makan ayam goreng room mate aku yang nak sahur..huhu..sian dia..

Riuh bilik tu dia bising kucing makan sahur dia..kikiki..Tapi dia x la meroyan sampai nak buang kucing tu. Last-last kami duduk slow talk, dia berterus-terang dia memang tak suka aku bawak kucing tu masuk bilik dan macam-macam lagilah sampai bukak cerita apa yang tak puas hati pasal kebersihan bilik dan perangai masing-masing. Moral of the story, kami ambik jalan penyelesaian yang baik dan win-win situation. Dak meow dah di ambil oleh kawan bawak balik umah dia. Happy ending...:)

Anak dara sekarang pun dah banyak sangat aktiviti yang buat mereka leka dengan arus kemodenan. Nak-nak sekarang banyak yang belajar sambil buat business, dengan gadjet lagi sekian...aktiviti luar lagi..banyak nau so pandai-pandailah urus diri dan jangan sampai kita mangsa kesibukan dunia. 

Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga juga..Penting tau!..Jangan asyik ngadap Facebook, Insta doplohpat jam nakk oii..Nak berkemas pun tak de masa, apalagi nak belajar masak dan sebagainya. Tapi bukanlah nak kata anak dara sekarang ni semuanya malas dan manja, ada juga yang very independent dan very organize tau..semuanya teratur dan pandai bagi masa. Mereka dah pandai atur jadual, buat planner, set alarm untuk reminder dan macam-macam lagilah...

Okaylah..ini saja bebelan hari ni.. nanti story-story lagi naa...

Thank you baca posting aku nie...Korang kongsi la pulak kisah pengalaman korang k..😀💗
Dikuasakan oleh Blogger.