Punca Mengapa Isteri Curang


Curang adalah suatu perkataan yang paling kotor dan jijik dalam perkahwinan lebih-lebih lagi apabila ianya dilakukan oleh seorang perempuan. Perempuan itu akan dilabel dan dikutuk habis-habisan oleh masyarakat sebagai perempuan murahan, perempuan jahat, perempuan hina, perempuan terkutuk, ahli neraka dan macam-macam lagi. Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri mengapa seorang isteri itu boleh memilih jalan untuk mencemarkan nama baik dan kehormatan dirinya sendiri, suami dan keluarganya?

Hasil kajian dari pelbagai sumber dan dari beberapa wanita yang pernah curang, saya kongsikan antara sebab mengapa isteri curang. Kebanyakkan isteri yang curang tidak pernah menduga bahawa mereka akan jadi pencurang. Malahan mereka sendiri jijik mendengar perkataan itu. Tetapi suami terlepas pandang, kadang-kadang mereka yang mnejadi punca kecurangan. Kadangkala hanya kerana sebab yang remeh yang tidak patut berlaku atau yang telah berlaku berulang-ulang kali membuat isteri menjadi emosi, fikiran terganggu dan terasa terpinggir. Sikap tidak mengambil berat tentang kebajikan isteri juga salah satu punca.

Ada suami mengatakan bahawa mereka tidak pernah berkasar dengan isteri mereka, apatah lagi memukul mereka malah ada suami yang memberi segala-segala kemewahan untuk kesenangan isteri. Tetapi mengapakah isterinya tidak bersyukur dan masih mencari lelaki lain. Ini antara sebab-sebabnya.


1-INGIN BERCERAI

Isteri sudah tiada perasaan terhadap suami, maka dia curang kerana ingin suaminya melepaskannya. Berkali-kali dia minta dilepaskan atau meminta cerai tetapi suami buat tidak endah atau tidak pernah mencuba untuk mengubah situasi atau mengkaji mengapa isterinya meminta perceraian juga menjadi punca mengapa isteri curang.


2-DENDAM

Suami pernah curang kepadanya maka dia ingin membalas dendam. Walaupun isteri masih bersama suami biarpun suaminya pernah curang bukan bermakna isterinya telah memaafkan suaminya 100%. Apabila anda telah menyesali perbuatan anda curang terhadap isteri, maka anda perlu lakukan yang terbaik untuk tidak mengulanginya lagi dan menjaga hati isteri anda sebaik-baiknya sebagai tanda bahawa anda telah betul-betul menyesali kesilapan anda.

3-TERASA SUNYI

Suami sentiasa sibuk dengan urusan kerja atau hobinya sehingga tiada masa langsung untuk isteri. Kesibukan suami membuka peluang kepada isterinya untuk mencari orang lain untuk memenuhi kesunyian hatinya.


4-BOSAN DENGAN SUAMI

Suami jenis membosankan. Suami yang tidak pandai berkomunikasi dan bergurau senda dengan isteri adalah salah satu punca mengapa isteri merasa bosan dan mencari lelaki lain yang lebih fun dan boleh membuatkan hatinya gembira.



5-ISTERI MERASA TIDAK DIHARGAI

Kurangnya perhatian dan komunikasi membuatkan isteri terasa tidak dihargai oleh suaminya. Tiada lagi ungkapan "i love you", tidak pernah memuji isteri samada ketika isteri berdandan atau masakan isteri. Tidak pernah memberi sebarang hadiah, tidak pernah ingat kepada tarikh lahirnya membuatkan isteri terasa tidak dihargai. Maka dia berpindah kepada lelaki lain kerana lelaki itu lebih memberi perhatian dari suaminya.

6-TIADA KEPUASAN SEX

Selalunya apabila telah berkahwin untuk jangka masa yang panjang, hubungan sex menjadi semakin hambar. Lelaki ketika itu menjadi penting diri dan lakukan demi untuk melepaskan diri semata. Saiz dan bertahan lama, hebat atau tidak anda diranjang kadang kala bukan ukurannya. Apa yang isteri anda inginkan adalah kasih sayang. Bukan sex tetapi make love. Sex kita boleh lakukan dengan sesiapa saja, tetapi make love adalah sex yang dilakukan dengan penuh kasih dan sayang. Tidak mendapat belaian kasih sayang sewajarnya di dalam perhubungan menjadikan isteri terasa jiwanya kosong dan menjadi tidak berminat untuk melakukan sex dengan suaminya dan menjadi punca mengapa isteri ingin mencuba lelaki yang lain.

7-ISTERI MERASA DIA BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG SALAH

Sering bergaduh, tidak bersependapat, isteri mula terasa bahawa suaminya bukanlah pasangan hidup yang sesuai dengan jiwanya.


8-ISTERI TERLALU KUAT NAFSU (HYPER SEXUAL DISORDER)

Sebenarnya ketagihan seks adalah sejenis penyakit. Jika anda perhatikan isteri anda terlalu kuat nafsu dan hendakkan seks secara melampau mungkin anda perlu membawanya untuk berjumpa doktor pakar untuk meminta nasihat dan diberi rawatan. Wanita yang punyai keinginan yang kuat memang cenderung untuk curang jikalau suaminya gagal untuk menurut nafsunya.

Baca pengakuan wanita-wanita ini tentang mengapa mereka curang :


PENGAKUAN ISTERI CURANG 1

8 tahun aku berkahwin. Hubungan aku dan suami langsung tak romantik. Kitaorang tiba-tiba tak sehaluan. Jika aku ajak berjalan, dia nak duduk di rumah. Aku nak anak, dia tak nak anak. Aku ajak seks, dia macam tak berapa berminat. Kalau duduk di rumah dia duduk macam batu, samada main games online atau main telefon. Kadang-kadang aku rasa tercabar dengan suami aku. Satu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki di sebuah cafe. Aku tak pernah jumpa seorang lelaki yang begitu menyeronokkan macam dia. Maklumlah suami aku macam batu. Bercakap susah, bergurau lagilah susah. Lelaki yang baru aku kenali ni pandai bercerita dan buat aku ketawa. Selama 8 tahun aku rasa sesak dan separuh jiwa aku dah mati. Aku fikir dah memang takdir agaknya aku hidup dalam kebosanan macam tu. Tapi perjumpaan dan perkenalan di cafe itu membuka mata aku yang banyak lagi lelaki di luar sana yang mungkin boleh membuatkan hidup aku happy semula. Balik-balik ke rumah aku beritahu suami aku yang aku rasa nak berpisah. Suami aku macam biasa buat tak tahu. Macam takde apa-apa berlaku. Lalu akupun teruskan perjumpaan aku dengan beberapa lelaki ( tanpa fizikal contact ) . Hanya berbual dan minum kopi atau lunch bersama. Akhirnya aku berjumpa seorang lelaki yang betul-betul sesuai dengan jiwa aku. Aku suarakan keinginan aku untuk berpisah dengan cara elok dengan suami. Lagi sekali dia abaikan aku. Setahun lamanya aku curang kepada suami barulah dia ceraikan aku. Walaupun aku rasa berdosa dan bersalah kerana curang, aku tidak menyesal kerana sekarang aku dah berkahwin semula dengan lelaki yang memahami jiwa aku. Dia suka travel, dia nak anak dan dia sentiasa sentiasa enjoy untuk tidur dengan aku.

PENGAKUAN ISTERI CURANG 2


Aku dah berulang kali beritahu suami aku yang aku sunyi dan rasa tak bahagia tapi suami aku memilih untuk tidak berkomunikasi atau berbincang hal itu dengan lebih mendalam. Dia biarkan aku terus kesunyian tanpa apa-apa tindakan. Lalu akupun curang. Curang adalah benda terakhir yang aku fikirkan, tak pernah aku fikir untuk curang dalam perkahwinan tapi nampak gayanya aku kalah. Iman aku nipis ditambah pula dengan rasa sunyi dan tidak bahagia dalam rumah tangga...memang cukup mudahlah iman tergugat. Ya aku rasa bersalah tapi aku salahkan suami aku sebab dia tak mencuba untuk membantu aku semasa aku perlukan. Aku tak fikir laki aku sedar yang semua ini salah dia tapi nak buat macamana, nasi dah jadi bubur.

PENGAKUAN ISTERI CURANG 3


Aku curang kerana aku terpikat dengan boss aku. Boss pulak playboy. Dah tua tapi masih kacak bergaya dan pandai menggoda. Sebagai seorang sekretari peribadi, kami bebas ke luar negara, kononnya atas urusan kerja tapi sebenarnya kami pergi memadu asmara. Kadang-kadang di ofis selepas semua pekerja balik, aku dan boss stay back atas alasan kerja overtime. Suami aku percaya je bulat-bulat apapun yang aku cakap sebab gaji aku lebih besar dari gaji dia. Aku yang support keluarga lebih. Pulak tu jadi perempuan simpanan boss, gaji, gajilah, duit bonus 5 kali lebih dari gaji tiap-tiap bulan. Tapi bukan duit yang aku kejarkan. Aku tak tahu kenapa aku rasa orang tua ni sexy sangat. Cara dia duduk pun boleh buat kaki aku lembik. Bila dia masuk je pintu depan aku dah rasa berdebar-debar tengok pandangan mata dia. Padahal takdelah kacak mana, laki aku lagi handsome rasanya. Menyesal, rasa bersalah, rasa berdosa semua tu ada tapi aku tak tahu nak terangkan macamana. ..biar je lah rahsia.

PENGAKUAN ISTERI CURANG 4


Aku cukup benci dengan satu negro ni. Dia selalu kacau aku kat tempat kerja. Aku benci sangat-sangat. Laki aku pula memang jenis tak reti jaga hati. Main pulak...mula-mula kawin 3,4 kali seminggu, lepas tu jadi seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali...lama-lama lepas ada anak makin kurang jadi ke setahun sekali. Dia duduk sibuk dengan kawan-kawan dia. Kawan-kawan aku ramai yang kata lelaki melayu tak pandai sekslah, kecik lah, diaorang macam gila dekat lelaki negro. Aku dengarkan aje sebab aku benci negro. Bukan lelaki negro aje tapi semua lelaki kulit hitam. Memang bukan taste aku. Tapi mamat negro ni dekat setahun hari-hari cakap benda romantik. Puas aku lari, dia tetap sabar bagi kata-kata manis. Aku tak ingat macamana...yang aku ingat masa tu aku kecik hati sangat dengan suami aku. Suami aku keluar dengan bohsia. Aku ternampak bohsia tu dalam kereta dia 2,3 kali tapi dia tak mengaku. Sekali tu depan-depan muka aku dia tengah jalan pimpin tangan. Sebabkan geram sangat aku ambil no. telefon negro tu dan ajak dating. Walaupun terkejut dia happy betul. Aku ajak dia jumpa dekat tempat kawan-kawan aku selalu melepak. Malam tu kitaorang langsung tidur rumah kawan aku. Dia dengan sportingnya kasi guna bilik dia. Malam tu baru aku tahu kenapa kawan-kawan aku macam gila dekat negro. Lebih-lebih lagi dia pulak romantik..malu aku nak cerita detail, cukuplah aku kata, sampai sekarang aku dah tak nak laki aku. Dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. Anak kami hantar ke kampung, tinggal dengan mak dan ayah mertua. Anak akupun happy sebab dia cucu sorang. Manja terlampau duduk dengan nenek dia. Kalau diberi pilihan memang aku tak ingin jadi perempuan jahat. Aku tak bangga pun dengan apa yang aku buat. Aku tak tahu pulak suami aku sebab kami tak pernah bercakap dengan betul lagi kalau berjumpa. Masing-masing macam nak elakkan diri. jadi aku tak tahu macamana perasaan dia. Marah ke..menyesal ke dia..aku tak dapat selam hati dia sebab dia pilih untuk diamkan diri. Kami tak pernah bercerai cuma masing-masing jalani hidup masing-masing.


Kesimpulan dari sebab-sebab yang saya kumpulkan kebanyakkan kes kecurangan seorang isteri adalah kerana isteri kesunyian kekurangan kasih sayang dan kerana tiada perhatian dan komunikasi dari pihak suami. Sekiranya anda tidak mahu perkara ini terjadi kepada isteri anda berubahlah menjadi suami yang lebih prihatin. Perempuan bukan seperti lelaki. Perempuan perlu berkomunikasi. Luangkan masa untuknya. Sehari 10 minit pun cukup. Bertanya khabar dia, biar dia ceritakan apa di dalam hatinya, biar dia luahkan rasa hati dia. Tak susahkan 10 minit aja untuk menjaga hati isteri. Hidup ini bukan tentang anda seorang. Pasangan anda juga ada perasaan. Setiap kali dia mencuba untuk menjaga hati anda. Melayan anda tapi anda tidak melayan dia seadilnya.

Ingat ini, sekiranya isteri anda suka bising-bising atau membebel, atau bercakap perkara yang sama berulang kali, itu adalah kerana memang itu sifat wanita. Anda cuma perlu buang sedikit ego anda dan menjadi suami yang lebih baik dengan belajar bertimbang rasa dan berkrompomi. Jangan sesekali menengking, memarahinya kerana ingin bercakap sesuatu, apatah lagi mengabaikannya. Manusia ada limit. Apatah lagi seorang wanita yang memang terkenal dengan sikap sensitifnya.

Sekiranya anda tidak membenarkan dia menjadi wanita...dia akan jadi emosi..tiada komunikasi akan menjebak dia berkecil hati dan menyimpan perasaan tidak puas hati di dalam hatinya. Jangan sesekali fikir kecil hati seorang isteri boleh diselesaikan di bilik tidur. Jika dia ingin komunikasi, selesaikan hal komunikasi itu, jika tidak bertahun-tahun lamanya dia akan pendam di dalam hati dan masalah itu tak akan selesai.


Ya masalah tiada komunikasi dan kesempatan untuk mencurahkan apa yang terbuku di hati mereka antara salah satu sebab mengapa jiwa mereka menjadi kosong dan sunyi. Mereka perlu bercakap tentang hari-hari mereka juga, bukan anda seorang sahaja yang penat di dalam dunia ini, bukan anda seorang saja yang ada rasa stress. Letakkan anda di dalam situasi isteri anda selalu. Fahami hati seorang wanita. Wanita perlu disokong, impiannya perlu di dengar. Hormat pada pandangan dan apa yang hendak dia suarakan. Barulah dia rasa dihargai dan disayangi.

Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan isteri anda. Woman always right. Kenapa mereka selalu guraukan perkataan itu. Kerana itu adalah kunci kebahagiaan suami isteri. Kasi can pada isteri, kasi je dia menang kalau terjadi pertelingkahan. Bukan dapat mercedes pun kalau sapa-sapa menang. Sentiasa beri perhatian biarpun pada hal yang remeh temeh. Hal kecik jika dihimpun-himpun tidak diselesaikan akhirnya membukit dan terbuku hingga akhirnya isteri rasa tidak perlu bercakap dengan anda lagi.



Apabila dia telah berhenti bercakap jangan fikir anda selamat kerana semasa itu isteri anda mungkin telah tawar hati, hilang perasaan dengan anda, terasa tiada harapan lagi dan dia akan mula berfikir untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan. Perkara ini masih boleh dibaiki jika anda prihatin dan cuba untuk bertanya. Sekiranya anda membiarkan diam isteri anda kerana anda tidak mahu pening kepala atau untuk melepaskan diri dari terpaksa berkomunikasi, anda membuka peluang kepada dia untuk mencari orang lain untuk menjadi pendengar dan mengisi hatinya.


Bukan hendak menyalahkan lelaki semata. Ada juga wanita yang saja-saja curang dengan lelaki lain biarpun suaminya baik dan sebagainya tapi dari hasil pencarian dan pengakuan kebanyakkannya mengatakan mereka curang kerana suami mereka sendiri yang tidak peka dan kurang memberi perhatian kepada isteri.

Wallahualam.
Dikuasakan oleh Blogger.