Resepi Kurma Ayam Ala-India Yang Tidak Guna Santan Atau Susu


 

Bosan dengan Kurma Ayam yang bersantan? Jom tukar resepi anda kepada Kurma Ayam yang tidak menggunakan santan mahupun susu ala india yang tak kurang sedapnya. Lagi naik rasa rempah dan bahan tumisnya. Jom tengok resepi dan cara-cara penyediaannya.

Langkah demi langkah menyediakan Kurma Ayam Ala-India. (Bagi 1 ekor ayam 7-8 orang makan).

Bahan-bahannya ialah:-
1 ekor ayam dipotong 16.
2 biji bawang besar India - dihiris halus
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu besar rempah kasar (halba, biji sawi, jintan)
2 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
2 paket (100gm) Rempah Kurma
5 biji tomato
7 biji kentang
5 biji cili hijau
1 - 2 liter air
Garam
**tidak guna santan / susu.

Cara-caranya dibawah :-


 
1) Panaskan minyak (lebih kurang 5 sudu besar) kemudian tumis bawang, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan rempah kasar hingga bawang kekuningan dan naik bau.
2) Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
3) Masukkan sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan) dan diikuti dengan kentang yang telah dipotong empat.
4) Masukkan cili hijau dan tomato dan kacau rata. Masukkan lagi 1/2 cawan air dan kacau rata.
5) Apabila nampak ayam sudah mula mahu masak, masukkan rempah kirma yang telah dibancuh dengan 1 cawan air. Kacau rata.
6) Masukkan 1-2 cawan air lagi jika masih pekat. Masak kurma akan mula mendidih. Kacau sentiasa.
7) Jika kentang sudah empuk, barulah diperasakan dengan garam.
8) Siap. 

Selamat mencuba!

Sumber resepi : Khairul Hakimin. Muhammad | Resepi Sedap
Dikuasakan oleh Blogger.