Rumah Terapung Mewah Pertama Kali Seumpamanya Akan Dijual Di Dubai
Rumah fantasi 3 tingkat ini lengkap dengan dapur, jakuzzi, dining room. Lengkap seperti sebuah rumah yang sebenar. 40 buah rumah telah di bina yang mana lebih dari separuh telahpun ditempah dan dijual biarpun belum siap sepenuhnya. Mana tidaknya rumah ini sangatlah canggih dan hebat. Rekaannya bercorak futuristik dan mewah.
Belumpun siap developer rumah ini iaitu Kleindienst Group telahpun membuat perancangan baru untuk membina rumah yang lebih besar berharga lebih dari 12juta usd kerana permintaan yang tinggi dari peminat-peminat real-estate. Gila babas memang gila babas hebatnya rumah ini. Jom tengok gambar-gambarnya sambil berangan-angan.
Ibarat sebuah bot, setiap rumah ini boleh dipindah ke mana-mana lokasi. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin privacy. 2 tingkat pertama adalah di atas permukaan air, mana bilik utama dan bilik-bilik lain terletak di dalam air. Dapur dan ruang tamunya di tingkat tengah dan dilengkapi dengan perabut. Di tingkat atas pula terletaknya jakuzzi dan mini bar. Dindingnya dari kaca. Rumah ini ibarat akurium di mana kita bisa melihat keindahan alam hidupan laut dari ruang bawah.
source : google images
Leave a Comment