Sikap buruk yang harus kita elakkan kalau pergi membeli belah



Ini adalah pemandangan biasa yang menyakitkan mata kalau kita ke Tesco, Mydin dan hypermarket yang seumpamanya. Mentaliti sebegini haruslah kita elakkan kerana ianya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab, pentingkan diri serta tidak memikirkan orang lain.   

Trolley cart ni biasa boleh dilihat diletakkan atau ditolak sesuka hati, kadangkala betul-betul ditengah-tengah petak tempat letak kereta hingga menyusahkan orang lain nak masuk parking, sampai kena turun dari kereta untuk alihkan trolley, nampak tak effect dari sikap pentingkan diri kita tu. 

Sikap begini juga harus kita elakkan lebih-lebih lagi kalau kita bawa anak-anak  kerana kita sepatutnya menunjukkan sikap yang baik serta positif kepada anak-anak kita. Sikap buruk yang kita lakukan ini akan diperhati oleh anak-anak kita dan dijadikan ikutan. Kasihan kepada anak-anak kita.

Rasanya bukanlah sukar sangat untuk kita letakkan balik trolley cart yang telah digunakan ketempat yang telah disediakan. Ianya ibarat kita kena flush tandas selepas kita gunakan. Takkan kita yang gunakan tandas tu, kemudian kita anggap ada orang lain yang boleh flush atau cucikan kotoran yang telah kta tinggalkan. Bukankah amat buruk sikap begitu?


Kita suka mengutuk, memandang rendah kepada warga-warga asing terutamanya yang datang dari negara ketiga seperti Bangladesh, Nepal, Vietnam, Myanmar dan sebagainya. Kononnya low class tapi sebenarnya kita juga tiada beza langsung dengan mereka jika kita bersikap seperti ini. Memang sikap-sikap begini banyak boleh dilihat dinegara-negara ketiga.
  
Mentaliti rakyat negara-negara seperti ini memang selalu bersikap sambil lewa, mementingkan diri sendiri serta tidak bertanggungjawa. Berbeza dengan orang-orang di Eropah dan sebagainya, mereka amat menitik-beratkan sikap bertanggungjawab, dan bertoleransi sesama mereka. Amat sukar untuk kita lihat pemandangan sebegini di tempat mereka kerana mentaliti mereka jauh maju kehadapan. Sebab tulah negara mereka maju.

Semoga kita semua bermuhasabah diri, bertanggungjawablah dengan meletak balik trolley yang telah digunakan ditempat yangg telah disediakan. Biarpun kena berjalan sikit, apa salahnya, tak rugi apa-apa pun kerana ianya satu sikap terpuji yang akan memberi kesan positif kepada anak-anak kita dan orang-orang sekeliling. InsyaAllah akan diikuti oleh anak-anak kita dan generasi kita yang akan datang.

Semoga bermanfaat..

Dikuasakan oleh Blogger.