7 Kegunaan dan kebaikkan air batu untuk kecantikan kulit


Air batu mempunyai banyak rahsia kecantikan jika diamalkan setiap hari. Ianya mudah didapati dan sudah tentu mudah dibuat sendiri di rumah tanpa mengeluarkan duit. Namun ajaibnya ianya mempunyai khasiat hebat untuk kecantikan kulit wajah.Ia memberi kesegaran kepada wajah, menjadikan wajah berseri secara semula jadi dan glowing-glowing gitu.

Antara kegunaan dan kebaikan ais batu untuk kecantikan wajah muka adalah :

Mudah saja untuk mendapat wajah flawless seperti rawatan facial dan berkesan seolah-olah menggunakan produk kecantikan yang mahal dan berjenama jika anda mengamalkan penggunaan air batu secara rutin. Hanya sapukan ke bahagian muka atau wajah menggunakan air batu secara direct atau menggunakan kain sebagai pelapik.


1- Menghilangkan jerawat

Sapukan ais batu ke wajah anda setiap hari dapat membantu menghilangkan jerawat

2-Menghilangkan dark circle ( kehitaman di keliling mata )

Sapukan ais batu ke bahagian mata dapat menghilangkan mata sembab dan mata panda.

3-Mengecilkan lubang pori-pori

Sapukan kebahagian muka setiap hari dapat membantu mengecilkan lubang pori-pori yang terbuka.

4-Membuat make up tahan lebih lama

Sapukan air batu je muka dan lap. Selepas muka betul-betul kering, apply make up seperti biasa.

5-Melancarkan perjalanan darah wajah

Membuat urutan secara rutin ke wajah membantu wajag menjadi glowing. Perjalanan darah yang elok memberi kesan ajaib untuk kecantikan wajah. Ianya dapat menjadikan wajah pinkish kalau diamalkan selalu.

6-Memberi kesan urutan ke wajah

Sapuan air batu ke bahagian muka memberi kesan urutan kepada muka. Muka anda secara ajaibnya akan menjadi segar, merawat lubang pori-pori terbuka, membuat wajah glowing dan berseri. Kesan urutan melancarkan perjalanan darah ke muka seterusnya menjadi kulit wajah nampak sihat dan sudah tentu membuatkan kulit wajah menjadi tegang.

7-Membantu untuk mencabut bulu kening tanpa sakit

Dengan meletakkan air batu ke bahagian kening sebelum mencabutnya. Mengurangkan rasa sakit dan kesan bersin semasa mencabut.



Ice cube untuk kecantikan, wajah tampak muda, berseri dan bebas jerawat.

Selain dari ice cube atau air batu biasa, ada juga beberapa air batu yang boleh dibuat untuk kulit wajah tertentu. Terpulang kepada pekerluan dan kerajinan masing-masing. Air batu biasa sudah cukup untuk mendapatkan kulit wajah yang diidam-idamkan oleh semua wanita dan lelaki untuk kulit cantik flawless jika diamalkan selalu. Namun ada juga boleh mencuba air batu dari bahan lain. 


Air batu dari air timun = sangat berkesan sebagai toner dan mengecilkan lubang pori-pori
Air batu dari air tomato = Untuk menghaluskan wajah menjadikannya cantik berseri
Air batu dari air teh = berkesan untuk menghilangkan jerawat dan awet muda
Air batu dari air lemon = berkesan untuk mencerahkan wajah, menghilangkan dark spot
Air batu dari air betik = berkesan untuk mencantikkan kulit muka dan membantu masalah jerawat
Air batu dari ubi kentang + air lemon = hilangkan noda hitam
Air batu dari Aloe Vera = menghilangkan banyak masalah kulit wajah dan untuk masalah sun burn
Air batu dari Apple Cider = Anti penuaan, menghilangkan jerawat dan mencantikan kulit

Parutkan bahan dan perah airnya atau kalau mengikut cara saya, saya kisarkan bahan untuk mendapatkan jus yang pekat kemudian letakkan ke dalam tray air batu.

Selamat Mencuba!. 


Dikuasakan oleh Blogger.