Apabila Allah menjemput ke Mekah | Lelaki Miskin tak diduga mendapat rezeki ke Mekah


Jika Allah kata jadi, maka jadilah. Sesuatu yang tidak terduga berlaku apabila seorang lelaki miskin mendapat undangan Allah ke Mekah dengan cara diberinya rezeki terpijak. Misteri sungguh cara Allah memberi kurniaNya.

Kisah lelaki miskin di Ghana ini menjadi viral di laman sosial apabila dia ketemukan Dron milik krew pengambaran Turki di kawasan rumahnya.

Semasa menyerahkan Dron tersebut Al-Hassan Abdullah, bertanya kepada krew-krew tersebut jika mereka mempunyai alat yang lebih besar seumpama Dron itu yang boleh membawanya ke Mekah.

Perbualan itu dirakam dan menjadi tular seterusnya menarik perhatian Menteri Luar di Turki. Mereka seterusnya bertindak membantu menyediakan bantuan untuk Abdullah ke Mekah.

Al-Hassan Abdullah dilapor menunaikan haji dengan bantuan kementerian luar dan badan kebajikan Turki selepas tiba di Istanbul, Jumaat lalu.

Abdullah dipetik memberitahu Agensi Anadolu: “Saya sangat bersyukur dengan rezeki Tuhan ini dan berdoa untuk semua yang membantu saya mencapai impian ini.

“Bantuan ini terlalu bermakna untuk saya. Saya percaya ia sesuatu yang mampu memperbaiki persahabatan dan persaudaraan sesama Muslim.”

Sementara itu, Cihad Gökdemir, penolong pengurus badan kebajikan yang menyambut Abdullah di lapangan terbang di Istanbul berkata, kisah lelaki itu tersebar selepas kakitangan TRT World memuat naik gambarnya di Twitter.

“Orang ramai termasuk ahli perniagaan dan syarikat swasta mula bertanya mengenainya kerana mahu membantunya mencapai impian itu.

“Akhirnya dia berjaya dikesan anggota polis Turki yang bertugas di Ghana,” katanya. ( sumber )

*Kisah seperti ini memang mudah membuatkan aku sebak jadi aku kongsikan di blog ini, supaya kita boleh rasa sebak sama-sama. Allah is the best planner. Allah is Great. 
Dikuasakan oleh Blogger.