Ciri-ciri Lelaki Gentleman | Lelaki sebenar tidak akan buka aib dan jatuhkan maruah perempuan di laman sosial


Naik meluat baca kisah rumah tangga artis yang bertelingkah di laman sosial. Bukan ke lebih baik berbincang sesama sendiri dari jadi badut buat lawak di laman sosial. Aku bukan peminat gossip artis Malaysia. Bukanlah menjatuhkan artis Malaysia...maksud aku, aku tak ambil tahu sangat gossip mereka...selalu aku baca dan let it go tapi kalau membabitkan maruah perempuan yang teraniaya atau terlalu teruk kena kecam..entah kenapa aku menyirap sama.

Aku tak kiralah family atau bukan...aku sentiasa menyokong wanita yang lemah dan teraniaya.

Udah-udahlah tu ... dah tak suka, lepaskan aje... sampai cerita hal dalam kain suami isteri masuk laman sosial buat apa. Macamana pun perangai isteri kau...tak boleh ke mengalah je..berhentilah kutuk 1 sama lain. Perempuan dah memang gitu perangainya...Orang pun selalu berseloroh "woman's always right". Jadi lelaki jangan cepat melatah.

Lelaki yang gentleman adalah lelaki yang jenis cool. Biar otak jalan lebih dari mulut. Nak buktikan sapa salah dan sapa betul? Alah satu hari nanti kebenaran akan terkeluar juga sendiri.  Kalau kau yakin pada Allah tunggu je lah.  Yang lepas, lepaslah. let it go...cari je pompuan lain. Senang je artis nak cari pengantikan?


Lagi memekak kau memburukkan perempuan makin teruk kau kena kecam. Gentle sikit, bro. Kadang-kadang diam lagi baik dari cakap benda yang membuat orang marah. Lelaki gentleman lagi seksi dari lelaki mulut becok sangat. Biar kebenaran terbuka sendiri.

Aku jenis wanita lemah yang tidak sanggup melihat kaum sejenisku yang teraniaya dan maruahnya disebut-sebut di laman sosial. Jika mereka bersalah, biarlah Allah yang memberi balasannya. Allah saja Maha Penghukum. Jika perangai si dia buruk, jangan dropkan standard kita untuk jadi  buruk macam dia jugak....Relax biar karma yang uruskan.

Kadang-kadang wartawan satu hal jugak..suka api-apikan cerita..susulan demi susulan...argh wallahualam..mari tengok ciri-ciri lelaki gentleman.


Ciri-ciri lelaki Gentleman


1- Hormat
Punyai rasa hormat yang tinggi terhadap ibu bapa, orang tua, perempuan, anak-anak kecil dan binatang. Rasa hormat ini termasuklah dengan menutup aib dan cuba untuk tidak menjatuhkan maruah seorang perempuan.

2-Cool
In Control...Kewl....Tenang...Lelaki gentle tak gabra dan cepat melatah dalam semua situasi. Dia berfikir habis-habis sebelum membuat sesuatu tindakan.

3-Baik Hati
Ada adab. Tidaklah gentle seseorang lelaki itu kalau tidak menolong angkatkan barang, bukakan pintu, bagi laluan, bagi tempat duduk di dalam bas atau mrt, kasi can dan tolong golongan-golongan lemah dan tidak berdaya.

4-Tak banyak mulut
Lelaki gentleman tidak suka membuang masa bercakap benda yang tidak berfaedah apatah lagi bergossip atau membuat komen-komen yang tidak mendatangkan keuntungan.



5-Control temper
Penyabar. Lelaki gentle tahu bagaimana cara nak kawal marah. Lelaki gentle selalunya tahu untuk tidak marah melulu dan pandai pula melihat situasi jika nak selesaikan masalah.

6-Sukakan kedamaian
Lelaki gentle umumnya sukakan suasana alam damai. Setiap apapun situasi dan masalah dia akan cuba hadapinya dengan tenang dan di dalam suasana yang relax dan santai.

7-Elak pergaduhan
Lelaki gentle akan cuba selesaikan sebarang pertelingkahan dan pergaduhan dengan cara bijak. Dia tahu tiada gunanya bergaduh atau memanjangkan pertelingkahan kerana dia sendiri hendak hidup dengan tenang.

8-Bijak
Lelaki gentle selalunya bijak. Bukan bijak belajar tinggi ada ijazah dan sebagainya. Pesawah pun bijak kalau ada common sense. Lelaki gentle adalah lelaki yang punyai common sense yang tinggi. Dia tahu dia baik buruk yang akan terjadi disebalik tindakannya.



9-Tidak ambil kesempatan
Lelaki gentle selalunya tidak akan ambil kesempatan ke atas orang-orang yang lemah. Kebenaran memang menyakitkan tetapi lelaki gentle selalunya segan untuk membiarkan wanita atau orang lain membayar untuknya.

10-Pendengar yang baik
Lelaki gentle umumnya adalah pendengar yang baik. Dia akan cuba memahami dan mengambil berat tentang apa yang cuba diceritakan kepadanya dan mengambil kira segala emosi orang yang bercakap dengannya.

11-Berpegang pada janji
Lelaki gentle tidak mungkir janji.  Dia tidak memberikan janji-janji kosong. Dia berpegang pada kata-katanya.

12-Tidak memukul perempuan atau orang yang tidak berdaya
Lelaki gentle tahu dia tidak patut memukul atau membuli insan yang lemah.



13-Mengambil berat
Lelaki gentle adalah seorang yang memberi perhatian dan mengambil berat terhadap pasangannnya atau orang-orang yang rapat dengannya.

14-Hormat keputusan orang tua
Lelaki gentle akan meminta restu kepada ibu bapa pasangannya atau ibu bapanya jika ingin berkahwin dengan pasangannya. Dia tidak penting diri. Jika ibu bapa pasangannya tidak menyukai dia bersama wanita kesayangannya, dia akan berusaha mengambil hati mereka sampai dia diterima.

15-Jaga penampilan dan kebersihan
Kebanyakkan lelaki gentle tahu untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Ia akan memastikan pakaiannya sentiasa kemas dan terurus.

16-Buat kerja rumah
Buat kerja rumah tidak semestinya urusan orang perempuan saja. Lelaki gentle tahu bila hendak turun membantu apabila diperlukan. Mark Zuckerberg jutawan facebook tu pun tolong salin diaper anak.

17- Minta maaf jika bersalah
Ucapan terima kasih dan meminta maaf jika bersalah adalah salah satu dari ciri paling hebat lelaki gentleman. Dia tahu bahawa tidak pernah ada dalam sejarah seseorang itu mati tercekik kerana minta maaf.

Keep Calm and be a Gentleman. Kerana Gentleman adalah lelaki seksi yang paling digemari oleh perempuan. Lelaki Gentle adalah lelaki yang mempunyai persona tersendiri, menarik dan ada kelas. Jika lelaki kacak melampau tetapi tak gentle vs dengan lelaki gentle yang kurang kacak. Kami orang perempuan akan pilih yang gentle. Kerana kami tahu paras rupa tidak menjaminkan kebahagiaan dan tidak kekal lama.
Dikuasakan oleh Blogger.