Ikan Buntal Beracun Di Jual Di Pasaraya. Pihak Pasaraya Mohon Maaf

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/ikan-buntal-beracun-di-jual-di-pasaraya.html


Kecoh di laman Twitter apabila pelanggan sebuah pasaraya telah memuatnaik gambar ikan buntal beracun yang di jual di satu pasaraya. Tetapi jangan terkejut pasaraya ini bukan di Malaysia tetapi di Jepun.

Fugu yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ikan puffer adalah ikan yang sangat beracun/toksik.  Ini juga merupakan makanan istimewa Jepun yang hanya boleh disediakan oleh chef yang terlatih sahaja kerana racun yang terkandung dalam kulit, hati, dan ovarinya.
  
Akibat insiden tersebut pihak pasaraya Super Tamade menarikbalik penjualan ikan tersebut serta merta setelah kesilapan tersebut menjadi viral. Setakat ini masih tiada korban di laporkan akibat penjualan ikan ini. Walaubagaimanapun, apa yang menghairankan masih ada lagi orang yang membeli ikan tersebut.

Menurut orang dalam syarikat tersebut, pada akhir bulan Jun, pekerja mereka secara tidak sengaja membungkus ikan sambil lewa (masih mempunyai kelenjar racun), dan beberapa pek dijual di cawangan Super Tamade Tenjinbashi di Kita Ward, Osaka.

Pelanggan yang membeli ikan itu memuatnaik gambar-gambar ke Twitter, menyebabkan ia menjadi viral. Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan maaf seperti berikut : "Kami benar-benar memohon maaf kepada para pelanggan kami. Kami akan melatih kakitangan kami dengan lebih teliti mulai sekarang ".
 
https://kongxie.blogspot.my/2017/08/ikan-buntal-beracun-di-jual-di-pasaraya.html

Sementara itu netizen-netizen melalui laman 2ch.net menyelar tindakan pasaraya tersebut yang cuba mengundang bahaya kepada pelanggan mereka. Ada juga mengatakan ia adalah tindakan sengaja untuk tujuan tertentu.

Sumber : japanCRUSH
Dikuasakan oleh Blogger.