MANFAAT BERWUDHU UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN


Percayalah sekiranya Allah memerintahkan kita untuk berbuat sesuatu semuanya adalah demi kebaikkan kita sendiri. Allah yang mencipta kita maka Dialah yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita dari segi kesihatan, mental dan fizikal kita sendiri.

Wudhu dalam bahasa Arab memiliki arti Bersuci yang maksudnya adalah mensucikan diri dari segala macam kotoran. Wudhu adalah syarat wajib yang harus di lakukan sebelum melaksanakan ibadah Solatbagi umat muslim dan apa bila tidak di lakukan maka solat itu tidak sah atau di terima oleh Allah SWT.

Firman Allah tentang berwudhu

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki.” (QS. Al-Maidah: 6)

Apa saja perintah dan larangan Allah adalah untuk kebaikkan diri kita sendiri untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Terdapat banyak khasiat yang terkandung di dalam air sembahyang jika diamalkan secara berterusan untuk kesihatan dan kecantikan antaranya adalah:-

7 Manfaat Dibalik Gerakan Wudhu untuk Kesihatan

Berkumur

Berkumur menjaga kebersihan mulut kita dari sisa makanan yang melekat dan mencegah dari jangkitan bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit di dalam mulut seperti penyakit pada gigi, gusi, air liur, lelangit dan lidah. Berkumur juga menguatkan otot pada wajah, rahang serta mencegah bibir kita dari kekeringan.

Membersihkan Lubang Hidung

Memasukkan air ke dalam lubang hidung semasa berwudhu membersihkan rongga hidung dari kekotoran, debu, kuman dari udara kotor disekeling kita. Rongga hidung adalah tempat gelap yang jarang kita ambil berat menyebabkan terkumpulnya bakteria. Amalan memasukkan air dan mencuci lubang hidung secara rutin juga dapat membantu mengurangkan masalah resdung dan masalah-masalah pernafasan yang tidak lancar. 

Membasuh muka

Mencuci muka secara kerap dapat membersihkan muka dari debu-debu, kekotoran, bakteria dan membuat wajah menjadi segar. Amalan berwudhu membuatkan kulit wajah menjadi segar dan tidak kusam. Magiknya lagi dengan berwudhu secara rutin membuatkan wajah menjadi berseri dan bercahaya dan secara tidak langsung membuatkan raut wajah pengamalnya sedap dipandang. 

Membasuh Kedua Tangan Hingga Ke Siku

Tangan adalah tempat pembiakan bakteria. Amalan berwudhu dapat membantu membersihkan tangan dari membiaknya bakteria, membersihkan debu-debu yang melekat padal sel-sel kulit, menyingkirkan virus pembawa penyakit yang melekat pada kuku dan kulit, membersihkan sisa peluh dan menyegarkan.

Mencuci kepala / mengusap kepala

Selain dari mencuci kotoran dan debu-debu yang berada di kepala...amalan berwudhu juga dapat membantu masalah sakit kepala, menurunkan tekanan darah, menyegarkan fikiran seterusnya menjadikan otak lebih cergas, menghindari penyakit nyanyuk sebelum waktunya, pelupa dan melegakan stress. 

Membasuh telinga

Dengan melakukan gerakan membasuh telinga ketika berwudhu dapat membantu menambah konsentrasi dan daya ingat seseorang kerana pada area telinga ada titik – titik saraf yang berhubungan dengan telinga kita dan sekaligus membersihkan telinga dari kotoran yang akan menggangu fungsi telinga.

Membasuh kedua kaki

Membasuh kedua belah kaki bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah. Apabila darah berjalan dengan lancar, tubuh akan menjadi lebih sihat dan segar. Membasuh kaki juga dapat membantu melegakan otot-otot kaki yang tegang, menghilangkan kuman dan kekotoran juga mencegah kulat dari berumah tangga di kaki dan kuku kaki sehingga menyebabkan bau busuk dan penyakit.

Sebenarnya yang di atas ini adalah khasiat, kebaikan dan manfaat kecil sahaja. Pastinya amalan berwudhu mempunyai banyak lagi kebaikan untuk kesihatan yang hanya Allah swt saja yang mengetahuinya. 

Wudhu adalah amalan kecantikan dan ketampanan secara semulajadi, mudah dan mendapat ganjaran pahala. Amalan berwudhu adalah rahsia untuk awet muda yang paling ampuh. Selain dari awet muda, amalan berwudhu dapat membuatkan kulit kita glowing dan berseri. Dan yang paling pentingnya. Jika anda memakai makeup, make up hanya membantu anda kelihatan cantik dari luar tetapi dengan berwudhu, kecantikan anda terserlah dari dalam. Ianya menjadikan wajah anda sedap dipandang, orang yang melihat menjadi terbit rasa kasih sayang dan hormat ( mereka menjadi segan hendak berbuat yang tidak elok kepada anda ), mereka menjadi kesian untuk berbuat perkara tidak baik. 

Apabila terserlah kecantikan dalaman yang terpancar pada wajah anda, orang dapat melihat kemurnian jiwa anda sekaligus. Itu adalah antara anugerah yang Allah berikan kepada mereka yang menjadikan wudhu sebagai amalan seharian


Wallahualam...kalau salah sila perbetulkan.

Photo by : happyprayerplace.com
Dikuasakan oleh Blogger.