Rahsia awet muda | Wanita berusia 42 kelihatan seperti remaja. Apakah rahsia beliau?


Macam tak percaya wanita ini berusia lebih 40 tahun. Mari kita intip rahsia kecantikan dan awet muda yang dikongsikan sendiri oleh beliau di laman web dailymail.  Nama wanita ini adalah Lure Hsu dan berasal dari Taiwan. Wajah dan gayanya yang seolah-olah gadis remaja membuat ramai netizen terpegun dan tertanya-tanya tentang rahsia dia menjaga kecantikannya.

Rahsia awet mudanya adalah minum banyak air kosong dan sayur-sayuran. 


Beliau menegaskan bahawa beliau meminum air yang banyak setiap hari dan mengelak minuman yang mengandungi gula dan gas. Satu-satunya air bergula yang di minum adalah kopi pada setiap pagi. Sayur kegemarannya pula ada sayur park choi. Dia juga mengelak makanan pedas. 


Dia juga menasihati wanita-wanita supaya menggunakan pelembab muka kerana itu adalah salah satu cara untuk melawan kedutan. Dia juga mengamalkan krim pelindung matahari, supplement termasuk vit-c dan kolagen untuk mencantikkan kulitnya. 
Dikuasakan oleh Blogger.