Rekomendasi Drama Korea Yang Best Dan Sesuai Untuk Lelaki.


Lelaki selalunya kureng kalau bab-bab menonton drama Korea ni, kan? Samalah macam suami i di rumah ni. Sebenarnya takde yang feeling yang paling best selain dari suami nak menonton drama bersama-sama dengan kita. Buat aktiviti bersama, eratkan kemesraan, sambil-sambil tengok bolehlah golek-golek manja atas sofa bersama atau baring-baring atas karpet..perghh

Suami i bukan tak suka Korean punya product. Kalau kpop tu kemain lagi dia. Lebih-lebih lagi kalau awek sexy yang menari...suka bebenor. Lepas tu favorite dia running man dan i can see your voice. Sebenarnya aku faham kenapa suami aku atau kebanyakkan lelaki tak nak layan drama Korea. Salah satunya adalah dia malas nak tengok banyak-banyak episod. Satu lagi lelaki tak suka drama. Drama berlanjutan tanpa aksi tanpa lawak, drama keluarga yang stress, banyak masalah...memang bukan makanan diaorang. 

Kalau korang nak tarik perhatian orang lelaki untuk sama menonton, korang kena cari genre yang sesuailah jugak. Sebenarnya aku menonton drama tak pernah pun ajak suami aku. Pernah bukan tak pernah tapi macam ajak-ajak ayam je la. Tapi ada beberapa drama yang suami aku boleh melekat. Rupanya dalam diam, dia tengok drama apa aku tonton cuma dia minat atau tidak je nak mengikuti. You got what i mean? Maksud aku dia tengok drama apa yang aku tonton tapi ada yang dia tengok sekali imbas je tapi ada yang boleh buat dia duduk, tanya tajuk lepas tu tunggu episod seterusnya. 

Cakap banyak tak mau mari tengok rekomendasi drama bersiri korea best yang boleh buat lelaki terbabit sama. 


#1 Master's sun 2013
Genre horror-romantic-comedy | Lakonan So Ji-sub, Gong Hyo-jin & Seo In‑guk
Drama ini berkisar tentang perempuan yang boleh melihat hantu dan lelaki kaya yang sombong dan kering hatinya tetapi akhirnya terbabit terpaksa melayan kerenah perempuan tu. Lelaki pasti suka cerita ini kerana ianya cerita hantu dan padat pula dengan babak komedi. Tak boring i cakap u. 



#2 Inspiring Generation 2014
Genre action | Lakonan Kim Hyun‑joong
Drama ini tentang kisah hidup seorang pejuang bermula dari dia kecil hingga menjadi orang yang berkuasa. Drama ini padat dengan aksi. Jalan ceritanya dari kecil, kesusahan hidup, terbabit dengan kongsi gelap. Menarik memang menarik. Lelaki pasti terpegun melihat aksi di dalam drama ini. Macam tengok filem Kung fu Hong Kong je feelingnya tengok drama ini. Tengok trailernya di bawah


#3 My love from stars You who came from the stars
Genre fantasy-scifi-romantic-comedy | Pelakon Utama : 
Drama ini tentang alien yang hidup di bumi sejak ratusan tahun lalu bertemu dengan artis Korea masa kini yang bodoh sombong tetapi lawak. Memang lawak drama ini. 


#4 Goblin
Genre : Fantasy -Romance-Spiritual-Comedy
Drama fantasi tentang alam ghaib, Tuhan, Pencabut nyawa.
Drama ini drama terbaik Korea aku pernah tengok. Lain jalan ceritanya. Selain dari jalan cerita yang best dan lain dari yang lain, drama ni kelakar maut punya. Bromance dia yang best sekali. 


#5 The Heir
Genre : Family-Romantic
Drama ini adalah kisah percintaan 2 darjat. Biarpun cliche, drama in menarik. Mungkin kerana pelakon-pelakonnya. Aku tak tahu kenapa suami aku boleh terbabit dengan drama ni. Mungkinkah kerana Park Shih Hye atau aura Lee Min Ho atau kerana drama permusuhan antara Lee Min Ho dan Kim Woo Bin yang menarik hati dia sangat. Aku tak pasti yang mana satu tapi drama ini memang menarikpun. Lengkap elemen romantik, komedi dan sedihnya. 


#6 Bad guys 2014
Genre : Action - Crime - Psychology thriller
Drama ini ala-ala suicide squad cuma drama ini terbit terlebih dahulu. Mengisahkan polis meminta bantuan banduan berbahaya untuk menangkap pembunuh bersiri. Padat dengan aksi dan puzzle yang memeningkan kepala dan membuat kita tak senang duduk dan geram untuk tahu misteri disebalik cerita ini sehingga ke akhirnya. 


#7 Baker King Kim Tak Goo 2010 @ Bread, Love and Dreams
Genre : family - cooking - action 
Drama keluarga ini adalah drama terpanjang suami aku ikuti. 30 episod tau!! Memang sedap drama ini sebenarnya berkisah kepada kisah benar seorang bakers yang paling terkenal dari tahun 1970 hingga 1980 bernama Kim Tak Goo. Lelaki yang jenis penyayang dan sayangkan anak dan keluarga pasti mudah terbabit menonton cerita ini. Ianya berkisar kepada anak seorang pengusaha roti yang kaya raya terpisah dengan keluarganya dan hidup gelandangan sedari kecil akibat perbuatan ibu tirinya. Saksikan bagaimana dia bangkit untuk merebut gelaran bakers terkemuka berkat dari darah yang mengalir dalam tubuhnya.  Saksikan juga bagaimana dia mendapat kemahiran membuat roti biarpun hidup di jalanan. Memang syiok dan touching sekali. Drama ini adalah salah sebuah drama yang mendapat rating tertinggi di Korea semasa ditayangkan di Tv pada tahun 2010 dan top 5 drama yang mendapat rating tertinggi hingga tahun ini.


#8 Fated to Love You
Genre : Romantic Comedy
Kisah tentang seorang wanita pemalu yang mabuk dan tertidur dengan seorang lelaki korporat dan termengandung. Lelaki itu bersetuju untuk berkahwin apabila dipaksa oleh ibu wanita itu yang sememangnya garang gila dan nenek lelaki itu yang terlalu mahukan zuriat demi menjaga hartanya supaya tidak jatuh ke tangan orang lain. Saksikan bagaimana lelaki itu melayan wanita yang tidak dicintainya sebagai isteri. Kedengarannya macam terlalu serius memang serius tetapi terselit banyak babak lucu kerana lelaki itu memang agak sewel orangnya. Suami aku sukakan Jang Hyuk. Jadi dia akan cuba tengok semua drama dari Jang Hyuk. 

Antara drama lain yang orang lelaki mungkin boleh layan :

Descendants of the sun <--action/romantic comedy
Legend of the blue Sea  <---fantasy / romantic comedy
Healer   <---action / romance
Suspicious Partner <--- law/crime/romantic comedy
Circle <---- Sci Fi 
Defendant <--- Law/Crime
Man to Man <--action/comedy
Shopaholic Louie <-- Romantic comedy (anak jantan aku suka, suami aku pulak tak layan)
Scarlet heart <--- historical/romance (Laki aku layan separuh, maybe pasal berat sangat tapi kawan lelaki aku cukup suka drama ni.)

Ok setakat ni dulu list drama yang lelaki mungkin boleh layan. Good Luck babitkan suami korang. 

warning!! Kalau nak ajar lelaki tengok drama Korea...drama sebegini patut dielakkan.
-Drama bercorak terlalu romantik ( tertidur dia jap lagi )
-Drama terlalu berat. ( Elakkan drama zaman history kecuali kalau pelakonnya dia suka atau drama tu terlalu best )
-Drama terlalu panjang <--kalau boleh cari yang 16 episod saja
Dikuasakan oleh Blogger.