RESEPI AYAM PAPRIK THAI TERBUKTI SEDAP

Assalamualaikum...apa khabar saudara saudari yang dihormati sekelian. Dah masak? Dah makan? Hmmm kita baru je lepas masak ayam paprik Thai. Kali ni kita terai ayam masak paprik Thai dari blog http://www.blogopsi.com. Tajuk resepi dia Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap. 

Kitanya tajuk resepi pulak....Resepi Ayam Paprik Thai Terbukti Sedap atau Resepi ayam masak paprik thai paling sedap mudah dan ringkas, jimat belanja | Proven! Pergh macam nak cari induk kucing pulak..proven proven. Sebab dah terai memang Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai paling sedap ni memang sedap. OMG aku sendiri konpius nak baca. Ah skip je la skrip mantoi tu. Kalau cari resepi ayam paprik guna resepi ni memang sedap...haiii macam de javu pulak. Ah gila aku hari ni...jom masak weh!!

resepi dan gambor dari blogopsi jugak sebab gambar dia lawa hahhaa

Bahan-Bahan
2 keping dada ayam - hiris nipis
4 biji cili padi - diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis

Bahan Sayuran
2 biji putik jagung - dihiris
2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
bunga kobis - dipotong kecil
1/2 biji karot - dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Masak Paprik

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.

#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Sayur tu suka hati u la...macam aku, aku guna carrot, kacang panjang, bunga kobis disulami pula dengan daun ketumbar. Pergh memang tak boleh blah bau dia. Sedap, yang....proven ni...try k?

Carian untuk : Resepi ayam, resepi ayam paprik, resepi simple, resepi ayam sedap, resepi ayam thai, resepi mudah
Dikuasakan oleh Blogger.