Tips untuk menghilangkan parut jerawat


Terbukti bahan di dapur berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Tips ini dikongsikan oleh Muyassarah Samad melalui pengalamannya sendiri. Tengoklah sendiri gambar di atas. Licin kan kulit dia? Tips dia mudah aja menggunakan barang-barang natural dan bebas kimia, katanya. Beliau telah mengamalkannya semenjak 5 tahun lepas. Memang licin dan glowing kulitnya pun. Sesiapa yang ada masalah parut jerawat atau kulit tak sekata bolehlah cuba.

Tips ini diamalkan semenjak tahun 2011 dan 2012 lagi. Semasa itu kulitnya mempunyai masalah jerwat dan parut jerawat. Alhamdulillah katanya, bahan-bahan ini memang berkesan. Lihatlah gambar di atas. Tengoklah hasilnya macamana.

"Tips hilangkan parut jerawat"

Bahan2 dia semua natural..non - chemical dan homemade

semestinya senang.. tak susah pun..semudah 1,2 dan 3 !!

1.asam jawa ( jenama apapun boleh )
2.bedak sejuk ( jenama apapun boleh tapi sarah ni guna bedak sejuk homemade buatannya sendiri)
3.air kosong


Cara-caranya: 

Step 1 : Ambil asam jawa dan tambah air
Step 2 : Campur dan gaulkan kedua-dua bahan
Step 3: Tambah bedak sejuk ke dalamnya
Step 4: Gaulkan. Jika terlalu pekat tambahkan air
Step 5 : Sapu ke bahagian yang bermasalah letak 1 muka pun boleh

Biarkan sampai kering. Kemudian bilas

Menurut Sarah best time untuk apply campuran ni ialah pada waktu malam sebelum tidur. Tidak pula dia beritahu sampai bawa tidur ka atau cuci sebelum tidur. Pandai-pandai koranglah nak fikir sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.