10 Pasangan pembunuh bersiri yang kejam, gila dan sadis di dunia
Sebelum itu mari bercerita serba sedikit tentang pasangan penjenayah yang paling popular iaitu Bonnie & Clyde. Bonnie and Clyde adalah pasangan kekasih yang "very loving each other". Pasangan ini adalah perompak dan pembunuh yang paling dikehendaki polis pada tahun 30an dulu. Pasangan ini menjelajah Amerika, merompak bank dan membunuh jiwa yang menghalang proses rompakan mereka. Mereka akhirnya di tembak polis pada tahun 1934. Pasangan ini telah direkodkan membunuh 13 orang termasuk 9 anggota polis.
Yang membuat pasangan ini popular, selain dari menunjukkan aksi loving each other mereka yang melampau, mereka juga gemar bergambar selepas membuat segala jenayah. Seolah-olah pasangan model yang tidak bersalah, mereka akan berposing di setiap lokasi seolah-olah pasangan yang normal. Kisah mereka telah difilemkan. Namun Bonnie and Clyde bukanlah pembunuh bersiri. Misi mereka hanya merompak dan membunuh siapa yang menghalang mereka.
Mari lihat senarai 10 pasangan pembunuh bersiri yang sehati sejiwa membunuh jiwa yang tidak bersalah. Kejam memang kejam.
1#Paul Bernardo and Karla Homolka ( Kanada ) - 3 Pembunuhan
Pasangan Paul Bernardo dan Karla Homolka adalah pasangan yang menjadi "nightmare" kepada rakyat Kanada pada awal tahun 90an yang lalu. Paul dan Karla bertemu pada tahun 1987 dan berkahwin pada tahun 1991. 6 bulan sebelum berkahwin Karla telah bercadang untuk memberi hadiah perkahwinan untuk Paul. Dia tahu Paul sedih kerana dia sudah tidak perawan jadi dia ingin membuat Paul gembira dengan memberikan hadiah perawan kepada Paul. Karla memilih adiknya, Tammy yang berusia 15 tahun sebagai hadiah. Dia telah memberi campuran arak dan dadah kepada Tammy hingga Tammy tidak sedarkan diri. Karla kemudiannya membuat video rakaman aksi Paul merogol adiknya, Tammy tanpa rasa bersalah langsung. Mungkin kerana kandungan dadah yang berlebihan, Tammy tiba-tiba mati. Kematian Tammy dianggap sebagai mati kerana dadah dan bukannya pembunuhan. Pasangan ini kemudiannya merasa seronok kerana bebas biarpun telah membuat salah. Mereka bertindak merogol, merakam dan membunuh 2 lagi remaja perempuan iaitu, Leslie Mahaffy yang berusia 14 tahun dan Kristen French yang berusia 15 tahun. Pihak polis telah lama mengsyaki Paul kerana terdapat beberapa kes rogol yang menunjukkan dna Paul sebagai pelaku namun mereka tiada bukti. Pada suatu hari pasangan ini telah bergaduh, Paul telah memukul Karla. Karla lantas membuka cerita pembunuhan dan rogol yang dilakukan oleh Paul kepada pihak polis. Paul dihukum penjara seumur hidup di atas kesalahan membunuh, serangan seksual dan beberapa kes lagi. Karla turut dipenjara dan telah bebas pada tahun 2005 yang lalu.
2#Ian Brady and Myra Hindley ( England ) - 5 Pembunuhan
Pasangan kekasih, Ian Brady dan Myra Hindley telah menyiksa dan membunuh 5 kanak-kanak pada tahun 1963 hingga 1965. Kes pembunuhan mereka dipanggil pembunuhan The Moors. Mangsa pembunuhan pertama mereka adalah Pauline Reade, 16. Pauline yang sedang di dalam perjalanan, ditahan oleh Myra untuk dimasukkan ke dalam van. Ian telah membantai dan merogol Pauline. Myra hanya melihat aksi brutal itu di depan mata. Ian kemudiannya mengambil cangkul, memukul kepala Pauline, dia kemudiannya mengelar leher Pauline hingga mati. Mayat Pauline hanya ditemui pada tahun 1987, itupun selepas Ian membuka mulutnya tentang lokasi mayat itu ditanam.
Mereka melakukan perkara yang sama terhadap 4 lagi mangsa. Kanak-kanak itu telah diserang dan didera secara seksual yang teruk. Selepas dirogol, mereka dibunuh. Myra yang membantu menjerat mangsa, gemar menonton aksi keganasan Ian. Myra malah merakamkan aksi penyiksaan, pembunuhan dan rogol mangsa paling kecil iaitu Lesley Ann Downey yang berusia 10 tahun. Dia turut mengambil gambar kanak-kanak malang itu ditelanjangi, diikat dan diexpose secara seksual. Rakaman video dan gambar-gambar itu membuatkan mereka yang menyaksikannya dimahkamah menangis.
Mangsa mereka yang lain adalah Keith Bennett, 12, John Kilbride, 12 dan mangsa terakhir pasangan ini adalah Edward Evans, 17. Ian telah membantai kepala Edward dengan gergaji di depan adik ipar Myra di sebuah rumah. Adik iparnya, David berpura-pura membantu menyorokkan mayat mangsa dan kemudiannya pergi melaporkan kejadian itu kepada polis.
Pasangan itu ditangkap pada tahun 1965. Ian mengaku melakukan 5 pembunuhan manakala Myra mengatakan dia hanya melakukan apa yang diperintah oleh Ian. Pada tahun 1966 Ian telah disabitkan bersalah terhadap 3 pembunuhan manakala Myra disabitkan kepada 2 pembunuhan. Mereka telah dihukum penjara seumur hidup. Myra mati dipenjara selepas rayuan demi rayuan untuk dibebaskan gagal. Ian pula tidak pernah membuat rayuan, dia tidak ingin dibebaskan dan meminta keizinan untuk mati. Ian kemudiannya disahkan mengidap sakit mental dan dikurung di hospital mental hingga kini.
3#Gerald and Charlene Gallego ( United States ) Lebih dari 10 pembunuhan
Pasangan suami isteri Gerald dan Charlene, melakukan sekurang-kurangnya 10 pembunuhan yang kebanyakkanya melibatkan remaja perempuan. Mangsa termuda mereka adalah berusia 13 tahun. Mereka membunuh 9 perempuan dan 1 lelaki, kekasih kepada perempuan yang diculik dan 1 darinya mengandung. Gerald adalah suami yang dominan. Dia mengawal segala-galanya tentang isterinya termasuk cara berpakaian dan cara bersosial. Entah mengapa Charlene tetap setia dengan Gerald biarpun Gerald menceritakan fantasinya untuk mempunyai hamba seks dikalangan remaja.
Gerald akhirnya merealisasikan fantasinya. Charlene diberi tugasan untuk menjerat mangsa di kompleks membeli belah. Charlene mengumpan mereka dengan mengajak mereka ke parti dan menghisap ganja. Remaja-remaja itu diumpan ke kereta di mana Gerald telah menunggu dengan sepucuk pistol. Gerald bertindak merogol mangsa sebelum membunuh mereka. Mereka di tangkap pada tahun 1984. Charlene telah berkerjasama dengan pihak pendakwaraya dan membuat testimoni melawan suaminya. Gerald telah dijatuhkan hukuman mati dan Charlene telah diberi hukuman 16 tahun penjara. Gerald mati di penjara kerana penyakit kanser.
4#Wolfgang Abel and Marco Furlan ( Itali ) - Lebih dari 10 pembunuhan
Wolfgang dan Marco adalah pembunuh bersiri yang aktif membunuh sekitar tahun 1977 hingga tahun 1984. Mereka pasti meninggalkan nota di tempat kejadian. Nota itu bertulis Ludwig dan lambang swastika nazi. Nota itu juga memberitahu sebab kenapa mangsa dibunuh. Antara sebabnya adalah kerana mangsa adalah manusia hina dan perlu dihapuskan. Mangsa-mangsa pasangan ini adalah golongan homoseksual, pelacur dan penagih dadah yang mereka anggap mengkhianati Tuhan. Cara pembunuhan mereka sangat kejam dan sadis. Seorang penagih dadah berbangsa gipsi di bunuh dengan cara dibakar hidup-hidup, menikam seorang homoseksual sebanyak 34 kali, membakar gelandangan, mengapak pelacur, memaku paku ke atas kepala paderi homoseksual dan banyak lagi cara pembunuhan kejam yang lain. Pada tahun 1997 Wolfgang telah disabitkan bersalah membunuh 10 orang dari 25 pertuduhan bunuh yang lain. Mereka akhirnya dipenjara 27 tahun. Marco dibebaskan pada tahun 2009 manakala Wolfgang pula dibebaskan pada tahun 2010.
5#Fred and Rosemary West ( England) Lebih dari 11 pembunuhan
Pasangan suami isteri yang gila ini mula membunuh dari tahun 1971 hingga tahun 1979. Mangsa pertama adalah anak perempuan Fred dengan bekas isterinya. Rosemary telah membunuh anak tirinya semasa Fred di dalam penjara. Bekas isteri Fred turut hilang ( dibunuh ) apabila datang untuk menjemput anaknya. Perkahwinan Fred dan Rosemary juga pelik. Fred membenarkan isterinya untuk ditiduri oleh ayah kandung Rosemary sendiri. Pada tahun 1972, Rosemary bekerja sebagai pelacur dan pada tahun yang sama, Fred telah merogol anaknya sendiri yang berusia 8 tahun buat pertama kali. Fred terus merogol anaknya itu sehingga anaknya mengandung pada tahun 1979. Anaknya telah menggugurkan kandungan dan lari dari rumah. Selepas itu Fred dan Rosemary bertindak mendera anak-anak mereka yang lain secara seksual. Mereka merakam segala kejadian itu di dalam video.
Pada tahun 1973 sehingga tahun 1979, pasangan ini telah membunuh 9 orang termasuklah anak mereka sendiri dan jiran. Selepas anak sulungnya melarikan diri, Heather anak kedua menjadi sasaran Fred. Fred mengatakan dia tidak sengaja terbunuh Heather. Berita kehilangan Heather menyebabkan pihak polis mendapatkan waran untuk mengeledah rumah pasangan psiko ini. Mereka menemui mayat Heather di tanam di kawasan rumah. Polis turut menjumpai beberapa mayat lagi di situ.
Fred mengaku bersalah membunuh 10 orang tetapi pihak polis telah menuduhnya membunuh 11 orang apabila banyak lagi tulang-tulang mangsa ditemui ditanam di dalam kawasan rumahnya. Rosemary telah dituduh membunuh 10 orang. Fred telah membunuh diri di dalam penjara pada tahun 1995 manakala Rosemary yang tidak pernah mengaku bersalah di penjara seumur hidup.
6#Charles Starkweather dan Caril Ann Fugate (United States ) -Lebih dari 11 pembunuhan
Pasangan kekasih dua sejoli ini membunuh lebih dari 10 orang dalam masa 2 bulan pada tahun 1958. Charles semasa itu berusia 19 tahun manakala Caril berusia 14 tahun. Kejadian bermula apabila Charles pergi ke rumah Caril. Caril tiada di rumah semasa itu. Ibu dan bapa tiri Charles telah bersemuka dengan Charles dan meminta Charles supaya berhenti bertemu dengan Caril. Charles telah menembak kedua-duanya hingga mati. Apabila Caril pulang ke rumah, dia telah menolong Charles menyembunyikan mayat ibu dan ayah tirinya. Selepas itu mereka telah lari dan membunuh dan merogol 10 orang sepanjang masa pelarian mereka itu. Semasa pengepungan polis Caril telah menjerit mengatakan Charles yang bersalah, dia telah diugut bunuh. Namun Caril telah disabitkan bersalah dan dipenjara seumur hidup. Charles dihukum mati dengan kerusi elektrik pada tahun 1959. Caril telah menjadi banduan contoh dan dikurangkan hukuman kepada 17 tahun sahaja. Filem "Natural Born Killer" adalah filem yang diinspirasikan dari kisah pasangan ini.
7#Dean Corll, Elmer Henley dan David Brooks ( United States ) -Lebih dari 28 pembunuhan
Pasangan trio ini telah membunuh dan menyeksa sekurang-kurangnya 23 kanak-kanak lelaki dan lelaki remaja berusia 13 hingga 20 tahun pada sekitar tahun 1973. Dave dan David masing-masing membayar Elmer yang kacak untuk mengumpan dan menghantar mangsa ke rumah mereka. Setiap mangsa dibayar 200usd. Mangsa diculik bertujuan untuk diliwat dan didera secara seksual. Sesampai saja mangsa ke dalam rumah, mangsa telah diberi dadah dan digari dikatil dan ditutup mulut menggunakan pita tape. Di sana mangsa dirogol, diliwat, diseksa dan dipukul sehingga berhari-hari sebelum dibunuh dan bertukar kepada mangsa lain pula. Elmer telah bertindak menembak Dave kerana perbalahan mengenai dadah. Dave mati ditempat kejadian. Elmer hanya berusia 17 tahun pada masa itu. Elmer dan David dipenjara seumur hidup. Kes itu dikategorikan sebagai kes pembunuhan bersiri yang terkejam di dalam sejarah Amerika Syarikat.
8#Henry Lucas and Ottis Toole ( United States ) - 5 hingga 600 pembunuhan
Pasangan kekasih ini bertemu pada tahun 1973. Tidak pasti pada tahun bila bermulanya pembunuhan mereka tetapi ianya berakhir pada tahun 1983. Sebenarnya polis tidak tahu menahu langsung tentang pembunuhan yang mereka lakukan. Segala-gala terbongkar apabila Otis ditangkap kerana kesalahan jenayah membakar dan Henry pula ditangkap kerana kesalahan berkaitan dengan senjata.
Di dalam penjara, Henry telah merepek-repek bercerita kepada banduan lain tentang pembunuhan yang mereka lakukan. Setengahnnya berserta detail-detail lengkap yang hanya diketahui oleh pembunuh. Otis pada mulanya menafikan tetapi akhirnya mengaku. Mereka membantu polis menjumpai 246++ mayat yang mereka tanam.
Polis tidak menjumpai sebarang bukti untuk mendakwa pasangan ini. Semuanya berdasarkan pada pengakuan dan detail pembunuhan yang mereka ceritakan sendiri sahaja. Mereka mengaku telah membunuh lebih dari 480 jiwa termasuklah kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Walaupun tiada bukti mereka tetap dihukum penjara seumur hidup berdasarkan dari testimoni mereka sendiri. Otis mati di penjara pada tahun 1996 kerana masalah paru-paru dan Henry pula pada tahun 2001 kerana masalah jantung.
Polis tidak menjumpai sebarang bukti untuk mendakwa pasangan ini. Semuanya berdasarkan pada pengakuan dan detail pembunuhan yang mereka ceritakan sendiri sahaja. Mereka mengaku telah membunuh lebih dari 480 jiwa termasuklah kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Walaupun tiada bukti mereka tetap dihukum penjara seumur hidup berdasarkan dari testimoni mereka sendiri. Otis mati di penjara pada tahun 1996 kerana masalah paru-paru dan Henry pula pada tahun 2001 kerana masalah jantung.
Menurut Henry, mereka mensasarkan hitch hiker sebagai mangsa. Ottis mempunyai masalah ketagihan membakar ( arson ) harta awam dan juga menikmati daging manusia. Henry sebaliknya. Henry mengatakan dia tidak suka masakan Otis. Henry lebih kepada teruja dengan penyiksaan yang berakhir dengan pembunuhan secara kejam. Henry juga suka merogol mayat, tidak kiralah mayat manusia atau binatang. Henry mengaku berahi terhadap mayat. Manakala Otis mengaku naik berahi apabila memakan daging mangsa yang dibunuhnya.
Selepas dijatuhkan hukuman Henry mengucapkan tahniah ( mengejek sebenarnya ) kepada pihak polis dan pendakwaraya kerana berjaya menyelesaikan kes dan sempat menyebut bahawa mereka sebenarnya telah membunuh lebih dari 600 orang. Memang patutpun polis dan pihak pendakwa diejek kerana jika Henry tidak buka mulutnya sudah tentu sampai kini, mayat-mayat yang ditemui disekitar USA dikategorikan sebagai kes tidak selesai.
9#Chang-shin Liao dan Chang-shan Husi ( China ) - 79 pembunuhan
Pada tahun 1945 pemilik/pekerja motel di Changshow di Cina. Polis mensyaki mereka setelah banyak laporan yang diterima berkenaan kehilangan ahli keluarga di kawasan berdekatan motel tersebut. Siasatan akhirnya semua menunjuk ke pembabitan motel tersebut. Liao dan Husi akhirnya mengaku telah membunuh dan merompak 79 pelawat dan penginap di motel mereka. Kedua-duanya disabitkan salah dan dihukum bunuh pada tahun 1945.
10#Delfina dan Maria Gonzales ( Mexico) - 91 pembunuhan
Pasangan adik beradik ini aktif membunuh pada tahun 50an dan 60an. Pada pertengahan tahun 1960, polis telah melakukan penyiasatan berkenaan kehilangan seorang perempuan muda dan bukti menunjukkan ke arah adik beradik Gonzales. Selepas disiasat dan mendapat waran. Polis yang mengeledah rumah adik beradik ini menjumpai mayat 11 lelaki, 80 perempuan dan beberapa janin.
Apabila ditanya mereka akhirnya menceritakan segala kisah gelap di sebalik mayat-mayat yang dijumpai. Adik-beradik ini rupanya adalah ibu ayam yang memerangkap mangsa melalui iklan. Mereka menggunakan iklan mencari orang gaji tetapi akhirnya mereka dijual sebagai pelacur. Mangsa dilemahkan dengan dadah jenis heroin dan kokain. Jika pelacur sakit, rupa sudah tidak cantik atau apa saja alasan yang menyebabkan nilai mereka tiada, mereka akan dibunuh dan ditanam di ruang rumah mereka. Lelaki pula dibunuh kerana mereka pelanggan kaya yang membawa duit yang banyak. Pada tahun 1964 kedua-duanya di hukum penjara 40 tahun. Delfina mati di dalam penjara manakala Maria kini telah bebas.
Sekian saja list 10 pembunuh bersiri terkejam di dunia.
Leave a Comment