Bapa Jahanam Yang merogol dan meliwat anaknya lebih 600 kali mengaku bersalah dan dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan.


Bapa durjana dihukum penjara 48 tahun, sebat 24 kali

PUTRAJAYA, 9 Sept ― Seorang bapa dihukum penjara berjumlah 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya  berusia 15 tahun.

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu mengaku bersalah atas 591 pertuduhan meliwat anaknya, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu pertuduhan merogol remaja itu dan satu pertuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu dan memerintahkan tertuduh, seorang ejen unit amanah, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 26 Julai lepas.

Kes ini mendapat perhatian ramai  kerana ini kali pertama seorang tertuduh menghadapi pertuduhan yang sangat banyak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini juga mengesahkan lelaki itu merupakan tertuduh pertama di negara ini yang didakwa atas beratus-ratus pertuduhan melibatkan jenayah serangan seksual.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu  di bilik tidur rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya sejak Januari tahun ini hingga Julai lepas.

Bagi semua pertuduhan meliwat, dia dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak perempuannya pada bulan Januari hingga 20 Julai 2017 mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu juga didakwa atas 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya pada 11 Julai hingga 20 Julai lalu mengikut Seksyen 14/16  Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia juga didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa antara 1 Jan hingga 21 Julai lalu mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016.

Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat sama, pada 2 petang, 21 Julai lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Kesemuanya pertuduhan di bawah kanun dan  akta berkenaan membawa hukuman penjara dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh pertama kali meliwat anaknya itu dua tahun lepas.

Mangsa tinggal bersama bapanya sejak Januari tahun ini selepas ibu bapanya bercerai dan dia memberitahu ibunya mengenai kejadian itu setelah mengetahui bapanya akan mengambil dua adiknya untuk tinggal bersama mereka dan dia takut perkara sama berlaku kepada adik-adiknya.

Laporan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25  Julai lepas.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. ― Bernama


Dikatakan kejadian liwat itu pertama kali berlaku semasa mangsa berusia 13 tahun semasa mengerjakan umrah di Mekah. Si Bapa binatang itu menghempap mangsa dari belakang...menutup mulut mangsa...melucutkan seluar dan memasukkan alat kelaminnya ke dalam jubur mangsa.

Kejadian itu berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis. Kejadian juga didakwa berlaku di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya di antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam . Setiap kali melawan, mangsa akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan. - tv3
Dikuasakan oleh Blogger.