DIY PENAWAR SAKIT JANTUNG MUJARAB MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH DAN MADU


Alhamdulillah terjumpa resepi untuk ubat jantung. Tidak pasti pula sekiranya ubat ini sesuai atau tidak untuk pesakit jantung kronik. Harap berjumpa dan minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba resepi ubat jantung ini.

Tanda-tanda jantung anda bermasalah dan gejala dan tanda tanda gejala awal penyakit jantung.

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung. 

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. 2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) 3. Lidah terasa tegang dan pendek. 4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab. 5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat. 6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang 7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih. 8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem. 9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang. 10. Rasa keletihan sepanjang masa. 11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan. 12. Degupan jantung tidak menentu. 13. Nafas terasa pendek. 14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi. 15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen. 16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk. Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda

sumber : FB/Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL


Resepi penawar atau ubat jantung ini hanya  menggunakan 2 bahan sahaja iaitu madu dan bawang putih. 


Rasanya penawar ini bukan saja sesuai untuk jantung tetapi sesuai juga untuk pelbagai jenis penyakit. Mari kita baca dulu kebaikkan bawang putih di bawah.

Kebaikkan bawang putih untuk kesihatan


Namun begitu penggunaan bawang putih yang banyak mungkin memberi kesan yang tidak baik kepada sesetengah orang. Contohnya alergi. Kes alergi kepada bawang putih memang jarang berlaku namun MUNGKIN terjadi kepada sebilangan orang yang sensitif kepada bahan itu. Tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu makanan berlainan antara satu sama lain. Kebanyakkannya memang sesuai untuk mengkonsumi apa saja tetapi ada sebilangan kecil manusia yang mempunyai alergi tertentu.

Kerana itu penting untuk meminta pendapat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang petua yang anda temui di internet.

Kebaikkan madu untuk kesihatan

Sebenarnya saya jarang nak beri contoh kebaikkan atau manfaat madu ini kerana saya terlalu yakin kepada Firman Allah tentang kebaikkan madu. Pencipta kita yang rekomen madu sebagai ubat yang menyembuhkan.


Mari lihat perkongsian individu ini tentang penawar jantung di facebooknya.

Alhamdulilah lepas amalkan resepi ni napas saya lapang dan takda nyut-nyut kat dada lepas tu tenaga pon bertambah takdela letih sangat .
Memang betullah cakap Ustaz yang rekomend ni , memula macam pelik tapi da cuba ustaz ni cuma mintak tolong viralkan kalau berkesan 
biar dapat tolong ramai orang.
.
================================

Resepi Ubat Jantung


3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu Royal Yemen
Caranya
3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu Royal Yemen .


Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, Insha Allah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh korang.

Resepi ni bukan untuk jantung jer ada banyak khasiat lain seperti


- Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
- Mencegah serangan jantung dan saluran arteri
tersumbat di sebabkan penebalan dinding
dalam pembuluh darah jantung.
- Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
- Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
- Merawat masalah cirit birit
- Buang toksik dalam badan
- Menambahkan daya ketahanan badan
- Menurunkan kadar gula dalam badan untuk
pesakit kencing manis
- Mencegah penyakit kanser
- Mengurangkan sakit arthritis
- Boleh menurunkan berat badan
Lagi satu ustaz ni cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pon bagus amalkan petua ni😃
Kredit Resepi : fb/Abdullah Badar Bajrai
surah tentang madu kredit kepada Helmon Chan/slideshare

DIY PENAWAR SAKIT JANTUNG MUJARAB MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH DAN MADU
Dikuasakan oleh Blogger.