Drama Korea Chicago Typewriter memang berlainan, best dan menyentuh hati


Mencari drama Korea yang best? Apakata cuba tonton drama "Chicago Typewriter". Abaikan poster yang tidak menarik itu. Melihat dari gambarnya saya pun tak berminat untuk menontonnya. Saya tidak suka drama zaman 20an ke 50an. Lebih-lebih lagi cerita perang. Saya lebih rela tengok drama zaman Goryeo atau Joseon tetapi banyak sangat review yang saya baca mengatakan drama ini best, saya pun cuba menontonnya.

Tak sangka memang sedap drama ni. Tergelak-gelak dan menangis-nangis saya menontonnya. Jangan nilai buku dari kulitnya dan jangan nilai drama dari posternya. Tak sangka drama yang saya sangka best berakhir dengan saya tertidur setiap episod manakala drama yang saya tengok posternya hambar buat saya berhenti segala aktiviti dan habiskan menontonnya dalam masa 2 hari saja.

Drama ini mengandungi 16 episod. Ianya berkisar kepada kisah penulis buku dan novel popular ( Han Se-Joo ) yang menjadi idola ramai. Dia sebenarnya adalah penulis yang hidup pada zaman 30an di zaman pendudukan Jepun di Korea dan dilahirkan semula di tahun 2017.

Kerana seringkali ditikam belakang dan dikhianati membuatkan dia menjadi seorang yang penting diri dan tidak menghormati orang lain.

Kisah bermula apabila dia terjumpa typewriter antik di Chicago semasa upacara promosi novel terbarunya. Typewriter itu rupanya berhantu. Apabila hantu di dalam typewriter itu bertemu Se Joo dia membuat hal untuk menakutkan pemilik typewriter itu dan menghantar mesej supaya dihantar ke Se Joo di Korea.

Jeon Seol pula adalah peminat setia no.1 kepada Se-Joo, dia yang ditugaskan menghantar typewriter itu kepada Se-Joo. Hantu yang terperangkap di dalam typewriter itu jatuh cinta pandang pertama melihat Jeon Seol. Dia memberi bantuan dan laluan kepada Jeon Seol untuk mendekati Se Joo.

Apabila Jeon Seol dan Se Joo ternampak typewriter itu secara misterinya seringkali kisah masa lalu tergambar di fikiran mereka. Hidup mereka jadi tidak keruan. Se Joo yang menjadi tidak tentu arah dan hilang fokus untuk menulis terkejut apabila seorang penulis misteri menulis dan menerbitkan buku atas namanya. Novel online itu menjadi tular dan mendapat perhatian peminat. Setiap minggu mereka menanti-nantikan episod terbaru novel bertajuk "chicago typewriter".

Se Joo yang kebengongan tidak tahu cara untuk menyambung novel itu kerana novel itu sememangnya muncul dan ditulis oleh penulis misteri menggunakan typewriter antik. Lebih memeningkan kepala dia lagi, segala apa yang tertulis di dalam novel itu seolah-olah menjadi realiti di dalam fikirannya.

Kisah hantu di dalam drama ini tidaklah menakutkan malahan hantunya sweet sekali. Drama ini adalah sebuah drama misteri menarik yang membuat kita tidak senang hati dan ingin menonton dan menonton hingga ke akhirnya untuk tahu kisah disebalik ketaksuban hantu itu terhadap Se Joo dan Jeon Seol.

Sememangnya drama ini menarik dan lain dari genre drama yang selalu kita tonton. Wajib tonton. Anda pasti tidak menyesal.

Mari baca review peminat di Asianwiki

Lola
Sep 09 2017 7:18 pm
I would rate this as a 10!

This has to be the best drama this year. Ya better vote for this drama to be in the top list for the award ceremony!!! Sho, I swear. This drama is a masterpiece literally. I love how this drama actually have a STORY LINE and CHARACTER DEVELOPMENT. Every episode kept me invested, interested, and hooked on, as there are cliffhangers and the story unfolds as the characters learn more every episode about the past. This drama is Very unique, different, plot twist, thriller, interesting, and omg educational as well too! I love watching Korean films based on the 1930s when Japan ruled Korea - and it was during the time of Korean Independence movement - with all the secret agencies and bonds. So interesting! I love watching these films that are based on history - though I admit they are biased, but you learn so much from every countries' point of view.

Haneykpoploves
Sep 07 2017 12:57 am

Chicago Typewriter is really a masterpiece. I am so curious about the writer of the script. It is very unpredictable and realistic. The story itself is very unique, I wonder how wide is the imagination of the writer. For the record, this kdrama is one who took my heart, I end up burst into tears!

e
Sep 09 2017 12:26 pm
Okay. So here i am. Writing a review after finishing watching all 16 eps at 2am and cannot sleep ? guys, if u are wondering if u should watch this drama or not? I swear u should give this a try. Lols i refuse to watch it bcs the trailer not so promising but trust me that story plot super daebakk the acting the osts are all perfect. This drama is brilliant! Brilliant!

Thanks to the writer, drama cast and the team that involve in this drama. This is one of the best drama i ever watch. Thank you. Thank you sir. This is one of the masterpiece that i wont ever forget. Love from malaysia ❤ 

Wah orang Malaysia juga :')

Banyak lagi review mengajak anda menontonnya, bukan saya saja tau!! Jangan ragu-ragu untuk mencubanya.

Highly recommended!!
Dikuasakan oleh Blogger.