Jumpa Ulat dalam Makanan restoran


Sebelum ni saya pernah cerita tentang phobia saya terhadap masakan kedai. Saya fikirkan otak saya tak betul, terlalu banyak memikir, tak normal dan sebagainya tapi ini salah satu contoh kenapa saya phobia dengan masakan kedai. Hati-hatilah pilih kedai nak makan :(

ISU VIRAL DI IPOH: ULAT DALAM MAKANAN

Seorang lelaki Melayu, 40 tahun, beralamat di Gombak telah membuat report polis di Balai Polis Pekan Baru terhadap Kedai Makan Nasi Ganja, Jln Yang Kalsom, Ipoh pada jam 2.21 petang semalam.

Mengikut pengadu, beliau dan keluarga telah singgah makan di kedai tersebut pada jam 1.50 petang semalam. Semasa makan, pengadu mendapati ada seekor ulat merayap di dalam pinggan.
Seterusnya pengadu telah membawa pinggannya ke kaunter pembayaran dan memaklumkan kepada pekerja kedai yang berada di kaunter dan pekerja tersebut meminta maaf dan memberitahu beliau "INI PERKARA BIASA".

Tujuan laporan dibuat adalah kerana takut terjadi apa-apa kemudian hari pada kesihatan pengadu dan keluarga.

Sumber: page Loan viral.

Dikuasakan oleh Blogger.