Aku Kawan Yang Paling Teruk!


Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Sorry kalau cerita aku ni panjang sikit. Admin blog ni suruh aku cerita jadi aku ceritalah.

Semasa zaman remaja aku seorang yang ceria dan ramai kawan. Apabila umur 20 an aku masih kekalkan ciri-ciri seorang yang ceria dan mudah bergaul. Ada yang memanggil aku party girl kerana apabila aku ada, suasana pasti bertukar ceria. Aku punyai ramai kawan. Semua hendak berkawan dengan aku. Handphone aku seperti pasaran saham. berdering tak berhenti. Aku pulak jenis tak memilih, aku berkawan dengan siapa saja, orang kaya, orang miskin, orang glamour, orang popular atau orang yang tertutup, nerd, orang ada class, orang takde class, aku tak kisah semuanya aku kawan.

Tapi sekarang lain. Aku tak sedar sejak bila aku berubah. Aku jadi tertutup. Aku seolah-olah tak ada perasaan lagi. Aku yang dulunya care dekat semua orang jadi tidak ambil peduli lagi. Aku tidak ingat sejak bila aku jadi macam ni. Aku tukar nombor telefon dan aku berhenti contact kawan-kawan aku secara tiba-tiba.

Apa yang aku ingat aku kecewa. Aku rasa kekecewaan itu menukar aku sepenuhnya. Aku hilang trust terhadap kawan-kawan. Bila circle kita besar, perangai kawanpun bermacam-macam. Ada yang berkawan degan kita sebab kita glamour aja. Ada yang berkawan sebab kita berduit. Ada yang berkawan sebab nak menumpang duduk di rumah. Ada yang aku bawak balik rumah, dia balas dengan mencuri barang-barang aku. Entah berapa kali barang-barang emas aku hilang. Itupun aku tak kisah lagi. Ada yang jenis depan manis tapi tikam belakang, tapi alhamdulillah sebab jiwa aku pure agaknya..aku sentiasa selamat.

Satu masa tu aku tiba-tiba jatuh susah. Satu per satu kawan tinggalkan aku. Ada yang stay tapi aku jadi tak percaya, bila tengok mata diaorang, diaorang macam suka aku jatuh susah. Perasaan aku agaknya.  Akhirnya aku ambil keputusan putuskan hubungan dengan semua kawan-kawan kecuali 2,3 kawan terapat saja. Di disitulah berakhirnya zaman party girl, gila berkawan aku.

Kenapa aku kata aku teruk? Aku dah hilang rasa caring dan hilang peka pada kesusahan dan penderitaan orang lain. Hati aku seolah-olah tertutup untuk ambil tahu. Aku berkawan sekadar hi dan hello saja. Aku hukum kawan-kawan baru dan kawan-kawan sekolah yang tidak pernah buat salah dengan aku kerana kekecewaan silam.




1- Aku kenal Tony di facebook. Kami bermain farmville dan cityville bersama. Dia main games sebab dia sakit. Dia accident beberapa tahun lepas. Dia tak boleh berjalan dan hidup di atas kerusi roda saja. Setiap hari kami berborak tentang life dan dia selalu mengadu dia sakit. kadang-kadang dia kata dia letih nak hidup dan tak nak hidup lagi. Aku selalu marahkan dia sebab aku nak dia jadi strong. Aku katakan aku dah tempuh banyak kesusahan tapi aku strong. Aku nak dia strong macam aku. Kemudian bila aku tak pm dia, dia selalu message dekat semua post2 aku seolah-olah minta attention. Message dia pula macam cakap good bye. Dia kata dia sakit. Dia dah tak nak hidup. Dia betul-betul buat aku marah. Sekali dua aku layan tapi bila dah hari-hari aku dah malas nak layan lagi. Aku buat tak tahu je dengan dia. Aku tak suka orang merepek kata perkataan nak mati seolah-olah dah give up.

Minggu lepas aku tiba-tiba teringat dia. Rasanya dah setahun aku tak ingat langsung dekat dia. Apa khabar Tony sekarang? Aku pun pergi ke wall dia. Tuhan nak tunjuk agaknya. Ngam pulak hari aku tiba-tiba teringat dekat dia tu..kawan-kawan dan sedara mara dia tengah sibuk  post tentang ulang tahun kematian dia yang pertama...ucapan rest in peace bertalu-talu di wall Tony. Allah...dah setahun dia pergi? Rupanya betullah message terakhir dia tahun lepas. Macamana aku boleh miss setahun  kematian dia. Jelas aku jenis tak ambil tahu punya kawan. Ralat seribu kali ralat. Walaupun dia berbangsa Cina kami kawan online yang rapat. Oh Tony rest in peace and i'm sorry...

2-Badrul kawan baik aku. Hampir setiap hari kami bersama. Badrul memang jenis concern dekat aku. Dia jaga aku ke mana saja kami pergi. Bukan sekali dua dia bergaduh pasal aku tapi banyak kali. Pantang lelaki lain tunjuk kurang hormat dekat aku  dia mesti mengamuk. Semasa aku kecewa dengan life dan kawan-kawan dulu aku tinggalkan dia sekejap, dalam setahun macam tu. Bila aku muncul balik aku dapat tahu dia dah couple  dengan housemate aku. Rupanya sepeninggalan aku mereka berpacaran. Sejak dia berpacaran dengan housemate aku, aku dah tak boleh nak rapat sangat dengan Badrul macam dulu. Awek dia jenis jealous ke apa aku tak tahu nak cakap tapi asal aku dekat dengan badrul mesti dia buat hal, nak lompat bangunan lah..tiba-tiba menangis lah jadi aku bercadang nak buat tak tahu. Memang aku expert betul tentang bab tu sejak dua menjak ni.

Badrul dah 2,3 kali bagitau aku dia sakit. Dia kena buatan orang katanya. Tapi aku tengok dia okay je. Biarpun kami dah jarang contact aku kerap terserempak dengan mereka berdua.   Aku tak tahu kenapa. Ke tempat yang jauh tak disangka-sangkapun aku boleh terserempak dengan diaorang.  Dan setiap kali terjumpa pandangan Badrul terhadap aku memang sayu. Kadang-kadang dia bisikkan lagi dekat aku yang dia sakit, tapi aku nampak dia ok je.

Akhirnya Badrul pergi juga mengadap Ilahi. Seminggu sebelum tu dia call aku bagitau dia betul-betul dah tak larat. Dia call nak bagitau aku siapa buat dia. Dia dah puas berubat tak baik-baik jugak katanya. Manalah nak sangka muda-muda macam dia dah pergi mengadap Ilahi.  Sedihnya hati aku. Aku rasa dia betul-betul sayangkan aku sebab sebulan pertama permergian dia aku selalu mimpikan dia. Atau aku yang sayangkan dia? Kawan rapat. Pernah bersama ke mana saja, mestilah sayangkan? Tapi sayang jenis apa kalau tak reti nak concern bila dia kata dia sakit. Tak pernah aku nak bertanya. Aku dengar je tanpa komen apa-apa.

Kenapa aku takde perasaan nak tunjuk care bila dia kata dia sakit? Kenapa aku macam ni?

3- Sharmila kawan satu univeriti aku. Kami tak rapat tapi dia seorang yang sweet sangat dalam ramai-ramai kawan. Dia sentiasa positif dan tersenyum. tak pernah dia post ayat-ayat emo di facebook wall dia macam kawan-kawan aku yang lain. Dia cool sangat. Dia sentiasa ada dan menolong kalau aku minta tolong bab-bab kerja aku. Tiba-tiba aku dapat tahu dia dah takde. Aku dapat tahu pun dari post-post kawan aku memperingati hari kematian dia yang ke 3 tahun. Tak sangka aku dalam senyum dan tawanya rupanya dia menghidap penyakit kanser. Aku yang jenis tak ambil tahu dan tak pernah nak ambil tahu ni, suka hati aku je buat perangai teruk, merajuk lah...

Aku dah takde komen nak cakap pasal apa 3 tahun baru aku tahu. Jelas aku suck!!

4- Kawan baik yang terapat dengan aku sendiri pun dah meninggalkan aku dua tahun lepas. Aku ada di hari dia meninggal. Aku tak suck tang situ. Aku tengok dia buat kali terakhir tapi yang aku kesalkan perangai aku terhadap dia sebelum-sebelum dia meninggal. Lebih kurang sama dengan cerita-cerita di atas cuma lebih dramatik. Aku akan cerita tentang kawan karib aku ni di lain hari.

5- Laki aku merangkap kawan baik aku jugak. Bayangkan perangai-perangai tak caring yang aku ceritakan di atas, macam tu lah aku layan laki aku. Laki aku kalau sakit ke demam ke memang layan diri sendiri. Sebab kalau dia bagitau pun aku buat tak tahu je.  Satu hari tu laki aku demam teruk. Seminggu dia terbongkang di rumah. Aku ingat demam biasa sebab laki aku kalau selsema memang sangat dramatik. Dia kuat tapi kalau bab selsema dia kalah. Aku fikir dia demam biasa. Seminggu dia struggle sorang-sorang. Rupa-rupanya dia kena demam denggi. Aku tahupun selepas dia baik demam.

Masa aku dengar dia kena denggi rupanya. Aku jadi lemah. Sepupu dia ada yang meninggal kerana demam denggi. Alhamdulillah Allah bagi dia sihat semula. Aku tak dapat bayangkan kalau dia takde. Baru-baru ni dia demam lagi. Aku sangat mengelabah. Tiap-tiap waktu aku check suhu dahi dia. Walaupun kami sentiasa bergaduh, aku sebenarnya tak boleh imagine hidup tanpa dia.

Macamana aku nak ubah diri aku jadi seorang yang caring balik? Aku dah tak nak kehilangan orang tanpa belaian kasih sayang aku lagi. Aku nak jadi orang yang care dan penuh kasih sayang tapi aku dah lupa macamana caranya...Adakah aku sakit mental? Perlu ke aku jumpa doktor sakit jiwa untuk dapatkan jiwa aku balik?

Akhir kata TERUKKAN AKU?


Ku rindu...
wajah dan senyumanmu...
memberikan cahaya...
di dalam setiap mimpi-mimpiku...
kau pergi...
membawa hati ini...
tinggalkan ku sendiri...
dalam sepi........


Nonie, KL


Dikuasakan oleh Blogger.