PENGAKUAN | Aku Di Sisih Tanpa Sebab. Di Perli Sana Sini. Di Biarkan Bercakap Sendirian Bagai Tidak Wujud Walhal Aku Di Depan Mereka


http://kongxie.blogspot.com/2016/10/pengakuan-aku-di-sisih-tanpa-sebab-di.html

Kisah saya dan keluarga mertua yang tak akan pernah ada hujungnya. Perkahwinan sudah menjangkau tahun ke-5 tapi masih di benci oleh keluarga mertua.

Kata kata sinis perli memerli bagai mainan telinga bila berada dengan mereka sejak dari hari pertama hidup di dunia mereka. Jelingan kebencian terlihat jelas di lirikan mata mereka. Layanan tidak ikhlas ibarat lakonan yang boleh di ramal.

Memang saya bukan menantu idaman yg sempurna. Datang dari keluarga serba sederhana malah kurang ilmu agama berbanding mereka. Sejak kecil tidak pernah di ajar ilmu rumahtangga. Makan masakan ibu boleh di kira dengan jari. Apatah lagi ilmu agama. Ayah sendiri jauh terpesong. 

Kadang hati memberontak mengapa aku hidup dalam keluarga begini tetapi aku tetap tak patut salahkan ibu bapa ku. Ibu dan bapa mereka juga seperti mereka. Malah bersyukur di temukan keluarga yang dapat membimbing. Adakah aku bersalah dalam perancangan Allah SWT ini? 

Aku sentiasa cuba berubah. Belajar segala ilmu pengetahuan. Nasihat di beri sentiasa di dengar. Walau di benci namun tetap gigih mengambil hati. Walau penat lelah diri hanya Allah SWT Maha Mengetahui. 

Aku memang lurus. Tidak pandai menjawab kata. Apa di tanya itu di jawab. Tapi bagaimana dengan kehendak diri? Adakah itu punca segala perkara?

Yang pasti aku sentiasa di anggap cuba menjarakkan hubungan suami dan keluarga mertua walaupun lillahi tak pernah terlintas niat di hati. Di ajak kerap balik ke kampung, suami enggan, di kata keluarga nya memahami dia sibuk sehingga dia meninggi suara jika aku memaksa. 

Tapi sebaliknya aku jadi mangsa tuduhan. Apabila di ceritakan kisah sebenar, muka tidak percaya di lemparkan. Bagai suami ku suci tanpa cela.

Allah SWT uji pula dengan kelewatan mendapat zuriat, di tuduh pula tidak subur. Bila mendapat rezeki anak, di takdir pula anak seorang yang banyak ragam. Bila berhenti kerja atas izin suami, di anggap pula menyusahkan suami. Setiap perbelanjaan keluarga di congak di hitung. Di anggap membebankan suami. 

Berpakaian selekeh tidak bergaya suami memandang perempuan lain. Di puji wanita cantik sana sini. Di suruh suami berbelanja untuk bergaya tapi di tuduh pula mengikis duit suami. Jadi bagaimana? Kehendak siapa wajib aku ikuti?

Bagaikan tabiat mereka yang sukar di tinggalkan. Setiap perbuatan, percakapan dan tingkahlaku aku sentiasa di hukum. Segala kekurangan diri di canang seluruh kaum keluarga. 

Lain kata di mulut lain pula di hati mereka. Segala rahsia rumahtangga di korek seboleh mungkin untuk mencari kesilapan. Sampai aku takut untuk berkata kata. Risau di salah erti menjadi bahan untuk mencaci di belakang hari. 

Sebaliknya jika diam di kata tidak suka bila bersama mereka. Sehingga saudara mara juga turut membenci akibat hasutan cerita buruk mereka.

Malu. Itu perkataan aku mampu di ucap tatkala menantu lelaki perasan bila aku di sisih tanpa sebab. 

Di perli sana sini. Di biarkan bercakap sendirian bagai tidak wujud walhal aku di depan mereka. Aku nampak raut wajah kasihan di mata mereka tapi aku faham tiada apa mampu mereka lakukan mengubah keadaan kerana ada hati perlu di jaga.

Tiada tempat untuk mengadu. Apabila di ceritakan pada suami sebaliknya di marahi. Tidak boleh di sentuh hal keluarga nya. Nak di mengadu pada keluarga sendiri. Keluarga sendiri pun kucar kacir. Apatah lagi untuk di ceritakan kepada kawan, mana mungkin aib keluarga suami hendak di buka. Aku tertekan. Tertekan yang amat.

Ya, dengan apa yang berlaku aku masih tersenyum walau hati meraung. Termenung terfikir mana silap diri lagi yang tidak di perbaiki. Bila di fikir, tak pernah sekali aku meninggi suara kepada mereka. 

Tak pernah sekali permintaan mereka di tolak walau kadang terasa seperti diri di pergunakan. Solat dan maruah suami sentiasa di jaga. Kadang tertanya, sesempurna mana manusia mampu jadi?

Hari demi hari tak pernah aku berhenti mengambil hati mereka. Tapi sesungguhnya aku sudah terlalu penat. Penat apabila perlu sentiasa menjadi sempurna seperti mereka inginkan. Menjaga hati mereka bagai Tuhan yg harus di sembah. 

Aku manusia biasa. Manusia lemah yang punyai hati dan perasaan. Mungkin ada silap aku di mata mereka. Tapi percayalah tiada siapa ingin di biar terus di benci.

Maafkanku wahai suami kerana masih tak mampu menjadi menantu terbaik untuk keluarga mu..
Maafkanku wahai anak kerana buatkan mu tersisih bersama mereka..
Namun..
Demi mu wahai suami tercinta..
Demi mu wahai anak tercinta..
Akan di pertahankan segala nya selagi mampu..
Semoga Allah SWT akan tetap memberi anugerah kesabaran kepada aku..
Aku ingin bahagia..Doakan aku..

**Mohon kata semangat dan nasihat yg baik2 sahaja supaya tidak bertambah luka di hati.

Tq.

Sumber : Kisah Rumah Tangga
Dikuasakan oleh Blogger.