Suami Tetak Isteri dan Kekasih Gelapnya Di Alor Setar

Kejadian ini berlaku pada tahun 2014. Saja je kongsi cerita lama nak bagi pasangan yang ada hati nak mencurang atau sedang mencurang takut sikit. Perkara ini mungkin berlaku kepada anda. So jangan jadi isteri curang dan kepada lelaki pula, jangan sesekali kacau isteri orang. Tak kira macamana lawa mana pun dia, dia bini orang ok?  Kalau bini orang kacau korang...IGNORE jangan dilayan.


Seorang isteri cedera parah di paha kiri akibat ditetak suaminya dengan parang selepas wanita terbabit ditemui sedang memadu kasih dengan lelaki lain tanpa seurat benang dalam kejadian di Langgar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, sebelum menemui isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama seorang remaja lelaki.

Suspek yang menyaksikan kejadian terus ‘naik minyak‘’ dan menyerang remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit selepas berlaku pertelingkahan antara mereka.

Tidak lama kemudian, suspek pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang sebelum menetak remaja itu beberapa kali dan turut terkena pada isterinya menyebabkan kedua-duanya cedera parah sebelum menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit tidak pulang ke rumah, sebaliknya terus ke kedai berhampiran kediamannya bagi membeli barang untuk memulakan perniagaan pada keesokan hari.

Namun, katanya, dia menukar fikiran kerana tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. sejurus tiba di kedai kerana bimbang berlaku kejadian buruk di rumahnya.

“Sebaik tiba di rumah, suspek mendapati ada motosikal Modenas Kriss berwarna hitam dan sepasang selipar milik pekerjanya.

“Curiga dengan perkara itu, suspek membuat pemeriksaan dan menemui isterinya sedang berdua-duaan dengan lelaki berkenaan tanpa pakaian.

“Berang dengan kejadian itu, suspek menetak tangan dan kaki remaja itu sebelum libasan berkenaan terkena paha kiri isterinya,” katanya.

Katanya, wanita terbabit tidak sedarkan diri akibat pendarahan teruk, manakala remaja itu hampir putus tangan kiri dan parah di kaki.

Cerita selanjutnya di sini
Sumber gambar 
Dikuasakan oleh Blogger.