Kisah Bakal Pengantin Lelaki Dan Malam Pertama | Lawak Dewasa Part 4


Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda: "Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti."

Bomoh: "Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti."

Pemuda: "Bagaimanakah caranya tok bomoh."

Bomoh: "Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya."

Pemuda: "Bagaimana caranya tok?"

Bomoh: "Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu."

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam. Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh: "Kenapa cepat sangat?"

Pemuda: "Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?"

Bomoh: "Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?"

Pemuda: "Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh."

Bomoh: "Teh apa yang kamu gunakan?"

Pemuda: "Mustika Ratu - Slimming Tea tok...


Kisah Lawak Malam Pertama 2

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar.. 
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." 
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. 
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. 
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. 
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, 
biasalah malam
pengantin, fikirnya. 
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. 
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? 
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. 
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak..


Kisah Lawak Malam Pertama 3

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang
sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang
sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin
tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan
perempuan?." 

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas
berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan
hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab

Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalam keadaan separuh sedar dia 
menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"


Dikuasakan oleh Blogger.