Kisah Taki Takazawa, Bekas Gangster Yakuza yang Kini Menjadi Imam Di Jepun..SubhanAllah!!


Taki Takazawa adalah seorang tukang tatoo para anggota kelompok mafia paling ditakuti di Jepun iaitu Yakuza. Yakuza (やくざ atau ヤクザ) atau Gokudō (極道) adalah sindiket jenayah terancang di Jepun yang juga dikenali sebagai kumpulan Mafia Jepun. Penampilannya yang ganas dan penuh tattoo cukup menggerunkan.

Beliau mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.

“Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimah tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

Ternyata ia adalah ucapan dua kalimah syahadah. Setelah mengucapkan dua kalimah syahadah Takazawa mengubah namanya menjadi Abdullah Taki Takazawa. Takazawa sebelum masuk agama Islam telah mempelajari berbagai agama.

Dua tahun setelah memeluk Islam, beliau bertemu lagi dengan lelaki serba putih yang mengubah hidupnya. Ternyata dia adalah salah seorang Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi.

Saya sangat bersyukur bisa bertemu dengannya," kata Takazawa.

Setelah pertemuan kedua itu, Imam Masjid Nabawi tersebut meminta Takazawa untuk melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu di Kota Mekah selama beberapa bulan.

Beliau melakukan Haji ke Mekah atas undangan pemerintah Arab Saudi pada tahun 2008, melanjutkan pelajaran dan melakukan dakwah selama berada di Arab Saudi. Ketika Takazawa berada di Madinah beliau juga pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi.

Pulangnya dari Tanah Arab, Takazawa menjadi Imam di sebuah masjid besar di wilayah Kabukicho, Tokyo. Kini, Abdullah Taki Takazawa dikenali sebagai salah satu daripada lima Imam besar Masjid di Jepun. SubhanAllah!

Sumber :  Dream.co.id
Dikuasakan oleh Blogger.