Kira betul-betul lah Woi | Harga makanan di gerai cekik darah


Tak lama dulu, kecoh tentang harga nasi lemak sampai RM32 sepinggan.


Baru-baru ini Bihup sup RM13.50 semangkuk pula menjadi viral.

Sebenarnya akupun dah banyak kali terkena. Naik takut nak beli nasi bungkus kat gerai atau pasar malam. Bukan kedekut tapi harga melampau sangat. Kalau restoran besar aku fahamlah sikit, mungkin harga sewa mahal tapi macamana pula kalau gerai tepi jalan yang entah ada lesen atau tidak atau gerai pasar malam je?

Kita nak tolong peniaga kecil tapi kenapa diaorang ni kejam sangat letak harga?

-Ada 1 gerai janda dekat depan jalan besar Bukit Cheras ni. Aku beli 3 bungkus nasi. 1 lauk ayam goreng dan kuah, 1 lauk kari daging dan 1 lagi ikan kembung masak asam. Harganya sampai rm35. Puas aku berkira dalam kereta apsal sebungkus nasi yang cuma 1 lauk utama dan kuah je sampai nak sama harga dengan harga snack plate KFC. Macam ni baik beli KFC terus...anak aku pun happy. Mula-mula aku biarkan aje aku fikir dia salah kira agaknya. Aku pergi lagi, sama juga. Oklah i'm done. Pergi bawak matilah duit tu akak Perak oi! Kalau sedap benor takpelah jugak. Ini biasa je, aku masak sendiri lagi sedap. 

-Kat pasar malam dekat area rumah aku ni ( Tun Perak ) ada 1 gerai lauk pauk Kelantan. Cukup terliur kalau tengok sebab aku memang suka lauk pauk ore Kelate dan Ganu ni. Aku pun gi lah minta 1 nasi...letak 1 lada colok, 1 ikan kembung goreng tepung ( saiz kecik ), 1 jenis sayur lain dan kuah...harga dia rm12.50. Astaghfirullah terkejut aku. Takla mahal sangat tapi cemana dia kira? Aku tengok pembantu dia pun sempat jeling aku masa boss dia kata harga rm12.50 tu. Muka bersalah habis aku tengok...

-Ada satu pagi tu aku pergi beli lontong johor kat gerai tepi jalan jugak. 1 bungkus 7 ketul nasi impit + kuah lodeh + sambal nasi lemak rm9. Gila kentang???? Aku tanya kenapa sampai rm9...dia kata memang harga lontong macam tu. Semangkuk rm6 dia kata. Habis kenapa dia kira rm9? OMG. Apa sangat modal nak buat lontong tu. Tauhu sikit ( basi tauhu tu ) ..carrot, kobis, pucuk..kuah lemak kuning tu...itu pun sikit-sikit je bahannya....Takkan sampai rm9?

Rasanya pulak astaghfirullah hal adzim ...BURUK!!! Lontong terteruk aku pernah rasa..dengan tauhu dia macam busuk. Aku makan sesudu pastu aku tinggal je...rasa malang sangat hari tu..Dahlah aku suka lontong. Sedih...

Aku bukan berkira....kalau harga macam tu..lauk dia banyak dan mewah..rasa dia sedap aku pun tak kisah. Ini bahan dia letak pun kedekut...rasa pun macam haram...harga kalah restoran mahal.

Aku duduk area Hussein Onn Cheras. Dekat sini ada 2 restoran yang aku approve walaupun mahal. Lagipun dia restoran ...lot tepi...kalau mahalpun aku faham. Rasa pulak 1st class. Aku bukan berkira atau kedekut...tapi nak letak harga mahal biar kena pada tempat dan rasanya. Macam 2 restoran kat bawah ni...memang terbaik!! 


Restoran Dju Nasi beriyani Johor Sua Kasih
Restoran ni memang  agak mahal ..dahlah mahal siap GST lagi tapi orang tetap pergi walaupun mahal termasuklah aku. Aku redha harga dia macam tu sebab...rasa dia 1st class, memang sedap...kalau kau makan nasi tu suap je dalam mulut..suasana kat situ tiba-tiba bertukar jadi majlis kahwin. Tu fantasi akulah. Harga dia lebih kurang rm12++ gitu sepinggan, siap lauk daging dia yang sedap cair di mulut dan ayam pedas + jelatah. Kat sini pun ada jual lontong juga untuk breakfast. Rm5 atau rm6 harga dia. Licin mangkuk kalau aku mamam lontong kat situ. Punyalah sedap. Macam ni tak pe...pelanggan pun redha....

Baca review tentang restoran DJU di sini


Restoran Warung Bistro Bukit Cheras
Restoran ni jual nasi campur masakan orang kampung. Rasa setiap lauk dia...."Masak dengan kasih sayang".  Setiap suapan yang  masuk dalam mulut, terasa macam mak atau nenek kita yang masakkan untuk kita. Terasa kasih sayang air tangannya. Lengkap rasa masam, manis, masinnnya. Memang sedap gila lauk kat sini. Harga agak mahal tapi takdelah melampau sampai mencekik darah macam 3 gerai yang aku sebut kat atas tuh. Macam ni punya standard memasak...mahal sikit pun orang tak bisinglah. Btw restoran ni pernah masuk sitcom jalan-jalan cari makan di Tv3 suatu masa dulu, kalau tak silap akulah. Memang puas hati...anak owner dia pun cantik..aku dan anak-anak panggil..Restoran akak cantik :) ( walaupun dia lagi muda dari aku ) hahaha

Baca review warung Bistro dari Kak Jee ( Fauziah Samad) di sini.

DJU dan Warong Bistro adalah 2 contoh restoran Debaik yang aku sayangi...Rasa sedap..harga taklah mahal sangat...kalau mahal pun orang redha sebab sedapppp. Gilah kalau tak caya.

Kepada peniaga gerai yang letak harga mencekik darah.... percayalah kami semua nak tolong korang. Kenapalah korang tak nak tolong diri sendiri. Jujur dan berhemahlah sikit apabila mengenakan harga makanan. Kami faham harga barang naik semua naik...tapi agak-agaklah. Kerana kau nak kaya cepat dalam masa sehari, orang dah takut nak pergi kedai kau lagi. Takpelah itu balasan di dunia, akhirat nanti macamana pulak. 

Lagi satu apa kita buat kat dunia ni ada karmanya juga. Kau pow duit orang, kira mahal sangat....mungkin kau selamat dan kaya, kumpul banyak harta tapi percayalah hidup kau tak berkat. Kalau kau selamat di dunia dekat akhirat tak tentu kau selamat. Lagi satu yang paling sedih sekali...apa kau buat kadang-kadang orang keliling kau yang dapat tempiasnya. Karma tak kira siapa...asal hasil kau dapat tu tak dapat keredhaan Allah...anak-anak yang tak bersalah pun terbabit sama...

Tak payah lah tamak sangat...Aim hidup berkat, bukan aim kaya sampai jadi peniaga melampau. Kira agak-agaklah WOI!! Geram pulak tulis pasal benda ni. Menyirap darah tiba-tiba...adrenaline.

Carian untuk : Restoran sedap, review makanan, review restoran, tempat makan sedap, harga makanan melampau, gerai jual mahal, gerai cekik darah, Harga makanan gerai mahal

Gambar mee hoon soup : astro gempak
Dikuasakan oleh Blogger.