RESEPI BISKUT SIMPLE DAN SEDAP SANGAT | NUTELLA STUFFED COOKIES


Kalau tengok gambar ni tak tertelan air liur, memang something wrong dengan selera korang. Cuba tengok betul-betul, fokuskan minda pada rasa nutella tu...Oh My Gosh..Sekarang jugak pergi beli bahan. Don't wait-wait.

"Life's Too Short To Eat Bad Cookies."

 RESEPI BISKUT BERINTIKAN NUTELLA YANG SIMPLE DAN LAZAT


BAHAN-BAHAN:

🍪1 buku butter(250gram)
🍪2/3 cawan gula
🍪2 biji telur gred A
🍪1 sudu tea esen vanilla
🍪2-4 cawan tepung
🍪1 sudu tea baking powder
🍪1-2 cawan Chocolate chip
🍪Nutella

CARA-CARANYA :
1) Kisarkan butter dan gula sehingga ia sebati dan kembang.
2) Pecahkan telur dan masukkan ia ke dalam bekas kisar yang sama. Kemudian campurkan esen vanila ke dalamnya dan pukul sekali lagi hingga sebati.
3) Ambil bekas yang kering dan masukan tepung kedalamnya, gaulkan sekali dengan 1 sudu tea baking powder kedalamnya dan tapis menggunakan penapis agar tepung tidak berketul dan menjadi halus.
4) Kemudian masukan di dalam bekas yang berisi butter sebentar tadi dan gaulkan ia sehingga rata. Masukan tepung sedikit demi sedikit agar tepung tidak berketul.
5) Masukkan coklat chip dan gaul dengan spatula secara perlahan.
6) Sapukan butter di atas bekas pembakar dan biarkan sebentar.
7) Letakkan dough di atas tapak tangan, bentukan doh menjadi bebola kecil atau tekan ia agar menjadi leper sedikit pun boleh.
8) Kemudian ambil Nutella(bekukan dulu)dan letakkan ia di tengah-tengah dough mengikut kuantiti yang di inginkan.
9) Akhir sekali cantumkan hujung dough dan jadikan ia seperti bebola lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu sederhana iaitu 120c-150c sehingga 12minit-15minit.
Hidang😍

Simple je kan!

Dikuasakan oleh Blogger.