Kisah Inspirasi | Dari Penulis Instagram ke Top Seller Amazon



Segalanya mungkin di zaman sosial media ini. Siapa sangka dari pemuisi jalanan boleh menjadi top seller di Amazon. Semuanya hanya memerlukan bakat, keinginan untuk mencuba, kesungguhan, passion dan usaha tanpa jemu. Berkembangnya laman-laman sosial media seperti facebook, instagram, wassup, telegram, forum-forum, reddit, quora, pinterest, blog, website, stumbleupon, linkedin, snapchat, flickr, youtube, googleplus, twitter serta banyak lagi sebenarnya membuka peluang untuk mengembangkan apa saja minat dan idea untuk dikongsi kepada orang ramai. Siapa tahu anda akan hit jackpot dan tiba-tiba menjadi terkenal seluruh dunia. Tiada yang mustahil di dunia ini.

Kali ini saya ingin kongsikan kisah penulis indie R.M Drake yang menjadi top seller di Amazon hanya dengan berkongsi beberapa rangkap puisi dari kehidupannya. Sesungguhnya saya adalah salah seorang peminat R.M  Drake. Bagi pembaca gila seperti saya serangkap puisi dari R.M Drake sudah cukup membuat air mata mengalir dan pernah juga saya berbisik "beautiful" pada beberapa patah perkataan. Power of words! Huh. 



Jika anda peminat puisi dan quotes berbahasa Inggeris pastinya anda pernah menjumpai puisi dan quote yang ditaipkan di atas canvas kertas lusuh yang tertera nama R.M Drake. Puisi dan kata-kata hikmahnya sungguh menyentuh hati dan ianya berkisar kepada kisah benar yang terjadi disekelilingnya yang secara tak langsung kita juga terasa benda itu boleh kita kaitkan di dalam kehidupan kita sendiri. 

Kisah cinta dan perihal bekas kekasihnya diceritakan kepada tontonan umum di dalam bentuk puisi yang indah dan menyentuh hati. Biarpun puisinya kadang kala berbau sinis tetapi diterapkan di alam kata-kata indah.


"Menulis tentang diri sendiri membuatkan orang lebih menjiwai apa yang kita ingin sampaikan", katanya.

Siapakah R.M Drake? 

Nama penuhnya adalah Robert Macias Drake. Beliau adalah pemuisi jalanan dari Miami sebelum berkongsi puisinya ke akaun Instagramnya. Dia secara tiba-tiba mendapat perhatian ramai hingga berjaya mengumpul jutaan pengikut di akaun Instagramnya. 

Puisinya mendapat perhatian Kim Kardasian dan beberapa artis yang lain. Kim Kardasian juga turut berkongsi puisi R.M Drake ke laman twitternya yang punyai jutaan pengikut. Tindakan Kim Kardasian itu membuat R.M. Drake menjadi semakin terkenal. 


Drake tidak pernah menyangka orang akan menyukai puisinya. Puisi yang dikongsi dianggapnya hanya sebagai experiment mendapat sambutan yang luar biasa dan menjadi viral.

Lebih banyak perkara yang saya tuliskan berkenaan diri saya, semakin ramai pula yang terasa apa yang saya tulis punyai kaitan dengan hidup mereka. Di laman sosial orang suka berkongsi apa yang jiwa mereka rasakan, apa yang mereka alami dan itulah corak penulisan saya. Ianya berkaitan dengan diri dan terapi untuk diri sendiri, kata Drake. 

Puisi adalah sesuatu yang asli. Menulis tentang apa yang saya alami, melalui pengalaman hidup adalah sesuatu yang real. Ianya bukan rekaan kerana itu ianya mudah diterima ramai kerana hidup ini indah, katanya lagi. 


Dia sememangnya minat menulis tetapi sejak kematian abangnya dia menulis dengan lebih kerap kerana dia tiba-tiba terasa bahawa dia juga satu hari nanti akan mengikut jejak abangnya, meninggalkan dunia ini. 

Drake lebih suka berkongsi dan menerbitkan bukunya sendiri. Dia lebih suka mengenalkan penulisannya secara raw kerana itu dia menolak banyak tawaran dari syarikat-syarikat buku gergasi untuk mempromosi dan mengedar buku-bukunya. 

Secara peribadi, Drake adalah seorang yang low-profile dan tidak mahu dikenali. Orang hanya boleh melihat rm drake dari gambar sisi belakangnya sahaja. 



Dia kini telah menerbitkan beberapa buah novel yang kini terjual di Amazon. Buku puisinya "beautiful chaos" mendapat jualan terlaris dalam kategori puisi. Lihat list novelnya di sini

Ikuti instagram drake di sini.

Jangan takut untuk mencuba. Serlahkan bakat terpendam anda. Kebanyakan mereka yang popular kini, bermula dari nobody juga. Kongsikan passion anda, jika minat menjadi jurugambar, kongsikan gambar-gambar anda, jika minat menulis puisi, kongsikan puisi anda ke laman-laman sosial kesukaan anda. Yang penting bermula sekarang. Jangan malu-malu. 
Dikuasakan oleh Blogger.