Bagaimana nak jaga anak kucing baru lahir



Bagaimana nak buat kalau terjumpa anak kucing baru lahir tanpa ibu? Atau adakah kucing anda reject anak-anaknya.

Kadang kadang owner kucing mahukan ibunya saja tapi tak sanggup nak bela anak-anak kucing yang lain, maka dibuangnya anak-anak kucing itu tanpa belas kesian. Kadang kala ibu kucing itu sendiri kaki pindah randah, bawak anaknya berpindah ke sana ke mari, dia terlupa nak kutip 1 anak, ada banyak sebab kenapa anda mungkin terjumpa anak-anak kucing baru lahir di luar.

Kenapa ibu kucing reject anaknya?


Kadang-kadang ibu kucing reject anaknya kerana ibunya tu yang sakit. Mungkin juga ibu kucing itu stress. Kucing pun ada meroyan. Sama je manusia dengan kucing. 

Ibu kucing kadang-kadang reject anaknya sendiri kerana anaknya sakit. Ibu kucing boleh menghidu atau sense samada anaknya boleh hidup ataupun tidak. Setengah ibu kucing sensitif dan tidak suka terbau tangan manusia ke atas anak-anaknya yang baru lahir. Kerana itu kalau boleh jangan campur tangan dalam urusan kucing beranak. Kalau boleh tengok aja dari jauh. Selalunya kucing tahu nak buat sendiri, tak payah nak diurut-urut dan di pegang-pegang kakinya macam video dekat you tube nun. 


Setengah kucing suka privacy, dari pengalaman saya, kucing parsi selalunya boleh dibelai-belai, kita tengok dia beranak, kucing parsi manja lebih, kan? Tapi kucing kampung memang jenis cergas dan cerdik. Ilmu dia dah memang ada dalam hati. Dia tahu apa nak buat walaupun 1st timer. Anda cuma perlu biarkan dia beranak sendiri. Apabila kittennya dah lahir, biarkan aja, kalau nak tolong buangkan lendir-lendir dari hidungnya, gunakan gloves dan tisu. Ini untuk mengelak ibunya menjauhi anak sendiri nanti. Sebab bukan senang jaga anak kucing baru lahir. 

Bagaimana nak jaga anak kucing baru lahir.

Mula-mula cari kotak atau apa-apa tempat yang sesuai untuk letak anak-anak kucing itu, kemudian letakkan kain. Cuba buat sesuatu agar mereka mendapat kehangatan. Bantal panas atau letak air panas dalam botol kemudian bungkuskan dengan kain dan sebagainya. Jangan sibukkan susu dulu, di saat ini mereka perlukan kehangatan. 


Kemudian carikan ibu susu atau ibu tumpang untuk anak-anak baru lahir itu. Di facebook ada banyak group-group kucing. Letakkan gambar dan iklankan minta tolong. Pasti ramai yang sudi membantu. Kadang-kadang ada ibu kucing kematian anak dan boleh jadi ibu susu. Selalunya kalau umur anak-anak kucing tu panjang pasti ada je kucing-kucing yang baru melahirkan di group-group kucing tersebut dan sudi menjadi ibu tumpang.

Sementara menunggu respon tentang ibu susu tersebut, beli picagari dan puting khas untuk kitten/puppy. Kalau betul-betul baru lahir kena guna picagari kecil dan puting dulu. Kalau berusia lebih 1 minggu, beli botol susu untuk kucing. Kemudian beli susu khas untuk kucing atau susu kambing. Jangan bagi susu pekat manis atau susu dutch lady yang kita selalu minum tu. Tak sesuai. Nanti anak kucing kena cirit-birit. Cirit birit boleh bawa maut sebab mereka terlalu kecil. Susu dan botol susu ada dijual di pet shop.


Kenapa saya kata susah jaga anak kucing baru lahir. Jaga anak kucing baru lahir sehingga usianya sebulan memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi dia susu memang lah best sebab cute jekan? Tapi kucing baru lahir perlu di susukan setiap 1 hingga 2 jam. Kitten berusia 2 hingga 3 minggu setiap 4 5 jam. Selepas 3 hingga 4 minggu dah boleh ajar dia minum sendiri menggunakan mangkuk susu. Tetapi perlu diingatkan bahawa agak susah nak berhenti botol susu kepada anak-anak kucing ini kerana mereka seperti telah ketagih dengan puting. Comel je :)

Pastikan anda membancuh susu mengikut sukatan pada yang tertulis pada tin atau plastik susu tersebut dan pastikan susu itu suam. Sejuk atau terlalu panas tidak sesuai untuk anak kucing. Kerana bimbang perut mereka kembung.

Sebelum diberi susu, pastikan badan mereka panas atau suam. Kalau sejuk cuba hangatkan mereka terlebih dahulu. Mereka perlu kehangatan lebih dari susu.




Lihat gambar di atas. Ini adalah cara yang betul untuk menyusukan anak kucing. Jangan susukan secara tidur atau terlentang.  Picit sedikit demi sedikit picagari ke dalam mulut anak kucing yang baru lahir itu. Kepada anak kucing yang berusia lebih dari 3 hari selalunya mereka telah pandai nyot-nyot. Anda cuma perlu picit sedikit dari botol sehingga mereka pandai nyot-nyot sendiri. 




Cara yang betul untuk susukan anak kucing 

Selepas itu anda perlu cucikan lap alat sulit anak-anak kucing dan montot mereka. Jika ibu mereka ada, ibu mereka yang akan menjilat mereka. Ini untuk membuat mereka kencing dan buang najis. Selalunya ibu mereka yang melakukan semua kerja-kerja pencucian itu tetapi oleh kerana mereka tak ada ibu koranglah yang harus membuatnya. Cari tisu lembut atau kapas. Gosok-gosokkan secara lembut ke kemaluan dan anus anak-anak kucing itu sampai mereka selesai. 

 Photo : wikihow

Apabila mereka telah berusia sebulan bolehlah mengajar mereka untuk poo dan pee di dalam litter box

Apabila mereka telah berusia 6 minggu bawa pergi berjumpa vet untuk diberi ubat cacing. 

Sekian. Kalau boleh usahakan anak-anak kucing yang baru lahir supaya mendapat ibu susu atau ibu tumpang. Kerana itu yang terbaik untuk mereka. 

Warning: Info ini base on experience bukan info dari pakar, vet atau badan bertauliah. Sila baca dan kumpul knowledge dari blog dan website-website lain untuk info yang lebih tepat.

Klik --->  Cara mengajar anak-anak kucing menggunakan litter box jika ingin tahu bagaimana cara saya mengajar anak-anak kucing yatim saya menggunakan litter.
Dikuasakan oleh Blogger.