Pengalaman Ngeri Kisah Benar 10 Pesakit Yang Tersedar Ketika Di tengah Pembedahan


Tidak terbayang bagaimana traumanya mereka yang terjaga di tengah-tengah pembedahan. Bagaimana kiranya ketika doktor bedah mengergaji, merobek, memotong dan menjahit anggota badan anda ketika anda sedar. Setengahnya masih ada kesan bius jadi mereka hanya merasa ngeri di potong namun ada juga yang tersedar apabila ubat bius sudah hilang fungsi. Mereka menanggung sakit yang luar biasa. Bayangkan bahagian badan anda dipotong tanpa bius. Sedangkan terpotong jari sedikit semasa memasakpun sakit. Ubat-ubatan yang doktor berikan semasa dibedah melumpuhkan pesakit sehingga mereka tidak dapat memberitahu bahawa mereka telah tersedar...NGERI!!


Seingat saya terdapat satu filem tentang pesakit yang tersedar semasa dibedah...AWAKE kalau tak silap saya. Namun itu adalah cerita fiksyen..cerita kami paparkan di bawah ini adalah berdasar dari kisah benar.

Kisah Ngeri Pengalaman Benar 10 Pesakit Yang Tersedar Ketika Di tengah Pembedahan


Carol Weihrer -perasaan ngeri tidak tertanggung

Carol Weihner yang mendapat penyakit kornea mata ( scratched cornea ) telah menjalani 17 pembedahan untuk memulihkan korneanya namun kesemuanya gagal. Doktor memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan matanya lagi dan ianya perlu dikeluarkan untuk menghilangkan sakit. Carol merasa teruja dengan berita itu kerana dia sudah tidak tertahan lagi bertahun menanggung sakit.

Operasi bermula dengan jayanya. Dia diberi anestesia dan tertidur. Weihrer bangun dengan gembira, memikirkan kesakitannya akhirnya berakhir. Namun tiba-tiba dia terdengar seseorang berkata "Potong dalam sikit, tarik kuat lagi"

Weihrer terkejut. Dia tidak boleh bercakap, dan dia tidak boleh bergerak. Weihrer cuba menjerit, tetapi tiada bunyi yang keluar. Ototnya lumpuh.  Apa yang dia boleh lakukan ialah mendengar pembicaraan pakar bedah ketika mereka mencuba untuk mengeluarkan matanya. Weihrer mendengar pakar bedah menasihati pelatih supaya menggunakan semua kekuatan dan jangan takut untuk menarik dengan kuat. Tiba-tiba PLUPP dia merasakan tarikan yang kuat dan pandangannya tiba-tiba menjadi gelap.

Pengalaman itu telah menghantui hidup Weihner. Walaupun dia tidak merasa sakit, perasaan ngeri ketika dirinya lumpuh dan tidak berdaya itu tidak tertanggung olehnya. Weihner tidak dapat tidur kerana dia sering mengalami mimpi buruk dan menakutkan. Weihner akhirnya disahkan mengidap post-traumatic stress disorder. ( PTSD) oleh doktor psikologi.


Donna Penner mendapat PTSD kerana terlalu trauma

Donna Penner perlu menjalani pembedahan di bahagian perutnya. Dia diberi anestetik, dan dia bangun ketika jururawat sedang mencuci perutnya. Penner menyangkakan bahawa pembedahan itu sudah berakhir. Kemudian dia mendengar pakar bedah meminta pisau bedah.

Penner berjaga sepanjang pembedahan itu: Dia merasa pakar bedah memotongnya terbuka, dia merasakan geseran alat bedah melalui perutnya dan dia merasakan organnya bergerak di sekitar perut. Penner menyangkakan bahawa dia akan mati.

Dia cuba untuk mendapatkan perhatian doktor, tetapi dia terpaksa bersusah payah untuk membuat pergerakan. Penner berjaya merapatkan kakinya tiga kali. Setiap kali, seseorang meletakkan tangan mereka di atas kakinya untuk menahannya. Tiada siapa yang perasan apa yang berlaku.

Penner menderita sepanjang pembedahan yang berlangsung selama 90 minit. Bukan sahaja dia merasakan kesakitan prosedur itu, tetapi dia juga hampir mati lemas. Penner berada di mesin pernafasan yang hanya memberinya tujuh nafas seminit. Ianya tidak mencukupi; dia berasa seperti paru-parunya terbakar.

Doktor hanya tersedar yang keadaan Penner apabila pembedahan telah selesai. Dia menarik alat pernafan Penner namun Penner menghadapi kesukaran bernafas dan memerlukan alat pernafasan manual.

Dokter anestesi muncul dan membuat sesuatu untuk menghilangkan kesan lumpuh. Dan dia berkata bahawa kejadian seperti itu kadang-kadang berlaku. Dan terus meninggalkan Penner yang sedang trauma.

Penner bergelut untuk meneruskan hidupnya. Dia mengalami tekanan akibat dari kejadian itu. Dia kehilangan kerja. Hubungan dia dengan suaminya berantakan. Dia mengalami kesukaran untuk membuat rawatan susulan kerana terlalu trauma. Dia berjumpa ahli terapi yang mengesahkan dia menghidap PTSD.


Sidney L. Williams merasa seperti ditanam hidup-hidup

Sidney L. Williams perlu menjalani pembedahan jantung terbuka, dan pakar bedah memberi amaran kepadanya bahawa peluang untuknya untuk hidup adalah 50/50. Williams diberikan anestetik, dan dia hanyut tertidur tetapi terjaga tidak lama kemudian apabila terdengar bunyi gergaji yang kuat dan tulang di dadanya sedang dibuka.

Williams cuba memberitahu doktor bahawa dia terjaga, tetapi dia tidak boleh mengeluarkan sebarang bunyi, tidak juga boleh bergerak, bercakap atau melihat. Williams juga tidak boleh menangis kerana ubat-ubatan yang diberikan turut menghentikan pengeluaran air mata.

Dia mendengar doktor berbincang tentang hatinya yang rosak. Beberapa saat kemudian, dia merasakan gelombang kesakitan kerana hatinya terkena shock dan telah berhenti berdetak, terkejut. Williams kemudian berkata bahawa itu adalah kesakitan paling teruk yang pernah dirasakannya: Dia merasa seperti dia sedang dikebumikan hidup-hidup.


Pembedahan itu berjaya tetapi meninggalkan kenangan pahit yang mengerikan buat Williams. Setiap kali apabila dia terkenangkan pembedahan itu dia merasa ngeri dan akan mengigit giginya hingga giginya banyak yang patah.


Jeannie Smith menahan sakit dibedah selama 45 minit

Jeannie Smith perlu membuang kedua-dua belah ovarinya kerana doktor menemui cyst di salah sebuah ovarinya.  Smith diberikan anestesia dan dibawa ke bilik bedah. Tidak lama kemudian dia terjaga. Dia ternampak cahaya terang bersinar menyuluh mukanya. Tidak ada cara untuknya memberitahu doktor bahawa dia telah terjaga kerana Smith lumpuh dari ubat-ubatan dan tidak dapat bercakap.

Smith terpaksa menahan setiap detik operasi selama 45 minit. Dia merasakan setiap potongan dan setiap jahitan. Saat pembedahan berakhir dia bersyukur kerana hanya mempunyai 2 ovari sahaja. Dia membayangkan sakitnya seperti seolah-olah bom meletup di dalam perutnya. 

Selepas itu dia mendapati bahawa anestetik telah habis semasa operasi, dan ahli anestesiologi tidak mengetahuinya. Smith menyaman pakar bius itu kerana cuai dan mendapat ganti rugi sebanyak 150,000 usd sebagai pampasan di atas pengalaman menakutkan dan menyakitkan yang dialaminya.


Caroline Coote menjadi histeria selepas pembedahan

Caroline Coote perlu menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedunya. Dia diletakkan di bawah anestesia, tetapi wayar yang menyampaikan anestetik itu mula bocor. Kesan bius mula menghilang di saat pembedahan bermula dan dia terjaga. Coote tidak dapat bergerak dan cuba sedaya upaya untuk menberitahu doktor bahawa dia sedang terjaga. Dia cuba bergerak mengeluarkan bunyi dan akhirnya berjaya mengeluarkan beberapa titis air mata namun semua pakar bedah terlepas pandang. Coote terpaksa menanggung sakit sepanjang operasi.

Akhirnya, pakar anestesiologi melihat pergerakan kecil kepalanya. Kemudian dia melihat tekanan darahnya meningkat dengan ketara, dan dia mula mencari punca masalah itu. Dia melihat bahawa garis anestetik mempunyai kebocoran, dan ia membetulkannya. Coote kembali tidur selepas itu.

Ketika Coote terjaga selepas operasi dia tiba histeria dan ketakutan yang melampau. Dia menjerit-jerit menyatakan sakit yang tidak terperi yang dia rasakan sepanjang operasi. Dia benar-benar menjadi tidak keruan dan akhirnya terkena gangguan tekanan post-traumatik, kemurungan, anxiety, dan serangan panik.


Hector Alonso mengatakan dia diseksa sepanjang pembedahan

Hector Alonso perlu menjalani operasi katarak di mata kanannya. Dia diberi anestesia, dan dia hanyut. Walau bagaimanapun, Alonso terbangun di tengah-tengah pembedahan itu. Dia dapat melihat pakar bedah yang beroperasi di matanya. Alonso memberitahu pakar bedahnya bahawa dia terjaga, dan dia memohon kepada doktor untuk menghentikan pembedahan itu.

Doktor tidak mengendahkannya malah salah seorang doktor telah bertindak meletakkan pita pelekat dimulutnya. Mungkin kerana terlalu takut Alonso telah mematahkan giginya dan tertelan semasa pembedahan.  Pakar bedah terus membedahnya dan operasi itu gagal. Alonso telah kehilangan mata kanannya dan menjadi buta sebelah mata. 

Alonso memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pakar bedah dan hospital. Alonso mendakwa pembedahan itu menyebabkan dia kesakitan dan penderitaan mental, bersama dengan beberapa masalah lain. Dia menyamakan pengalamannya sebagai peyeksaan. Tidak tahu pula kalah atau memang tuntutan samannya itu.


 Diana Todd -hidupnya terus dihantui

Diana Todd diletakkan di bawah anestesia untuk menjalani histerektomi. Dia bangun dan mendengar orang bercakap. Todd cuba untuk mendengar apa yang mereka katakan. Sebaliknya, dia merasakan potongan pertama. Dia merasakan pisau bilah itu memotongnya lagi dan lagi. Dia berhenti mengira selepas potongan kelima.

Todd merasakan kesakitan yang berterusan. Dia tidak dapat menjelaskan bagaimana rasa sakitnya tetapi ianya sakit yang melampau. Dia cuba menjerit sekuat yang boleh tetapi suara tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dadah anestesia telah melumpuhkannya. 

Todd telah berdepan dengan pasukan pembedahan namun jururawat mengatakan bahawa semuanya itu adalah dalam kepalanya sahaja. Tidak mungkin dia boleh terjaga ketika dibedah. Todd merasakan dia telah hilang akal. Dia menjadi mereng kerana terlalu trauma mengenangkan peristiwa itu. Dia menjadi takut untuk tidur dan cuba membunuh diri. Pengalaman itu terus menghantui hidup wanita itu dan susah untuk hidup secara normal kembali kerana terlalu trauma.


Ms. Y merasakan potongan yang dibuat 

Ms. Y mengalami appendiks dan pendarahan ovari, dan dia memerlukan pembedahan. Dia tertidur, tetapi dia bangun sebelum prosedur selesai. Ms. Y mendengar orang bercakap. Kemudian dia merasakan potongan yang dibuat di dalam perutnya dan sesuatu yang bergerak di dalamnya. Dia cuba membuka matanya, tetapi dia tidak berjaya.

MS. Y mendengar orang berkata, "Begitu banyak darah! Cepat ambil gambar. " Kemudian dia pengsan. Dia membuat aduan kepada pihak hospital namun tidak mendapat sebarang jawapan. Kemudian dia bertindak membuat laporan ke atas kes itu. Siasatan mendapati mesin anestesia telah rosak semasa pembedahan, kesilapan yang tidak disedari selama 25 minit sehingga pakar bedah melihat otot abdomen Cik Y bergerak.

Doktor memberi isyarat kepada pakar anestetik untuk meningkat dose, kerana itu Ms. Y pengsan. Ahli anestesiologi telah digantung selama dua tahun, kerana dia tidak memeriksa peralatan sebelum operasi.


Alexandra Bythell mendapat masalah gangguan mental selepas pembedahan

Anestetik Alexandra Bythell habis ketika dia sedang dalam pembedahan membuang apendiksnya. Dia menjadi panik. Matanya telah ditutup, dan terdapat tiub bernafas di dalam kerongkongnya. Bythell cuba bernafas, tetapi gagal. Dia berfikir bahawa dia akan mati. Dia mendengar kakitangan perubatan membincangkan saiz dan beratnya.

Bythell mendengar teriakan lebih banyak morfin, dan dia kembali tidur. Dia cuba bertanya pihak hospital tentang kejadian yang berlaku, tetapi mereka terus memberikan alasannya. Mereka mengatakan bahawa dia berhalusinasi. Bythell terus mendesak dan akhirnya mereka mengaku bahawa kakitangan hospital telah cuai dan tidak memeriksa mesin anestetik sebelum pembedahan.

Pembedahan itu menyebabkan Bythell mendapat masalah gangguan mental. Dia mengalami flashback, mimpi buruk, serangan panik, anxiety dan dia didiagnosis dengan gangguan tekanan selepas trauma. ( PTSD)


Sherman Sizemore bunuh diri kerana terlalu tertekan

Sherman Sizemore menjalani pembedahan untuk mencari punca sakit di dalam perutnya. Dia diberi ubat pelumpuh untuk menghentikannya daripada bergerak semasa pembedahan, tetapi dia tidak diberikan apa-apa anestesia umum. Sizemore terjaga selama 29 minit pertama dalam operasinya. Dia merasakan segala-galanya.

Enam belas minit semasa perutnya sedang terbuka, pakar anestesi itu menyedari kesilapannya. Dia memberikan anestesia Sizemore dan ejen amnesia. Ahli anestesi tidak memberitahu Sizemore atau doktor lain mengenai kesilapannya. Selepas pembedahan, Sizemore bangun dengan cemas.

Dia berfikir bahawa dia merasa pembedahan, tetapi dia tidak tahu samada kenangannya benar atau ilusi kerana tiada siapa yang tampil memberitahu kebenaran kepadanya. Kejadian itu merubah kehidupan Sizemore; dia menjadi orang yang sangat berbeza. Dia menghadapi masalah tidur, dan walaupun dia tidur malam, dia mengalami mimpi buruk yang dahsyat. Sizemore yakin bahawa ada orang cuba mengebumikannya hidup-hidup. 

Tekanan itu menjadi terlalu berat untuk ditanggung olehnya. Dia menembak dirinya sendiri kurang dari sebulan selepas pembedahannya.

Kesian mereka. Sudah pasti pengalaman-pengalaman ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka. Sudah pasti payah untuk mereka menghadapi hidup kerana trauma yang mereka hadapi kerana kecuaian pihak tertentu. Mohon dijauhkan dari terkena kepada kita dan keluarga kita. Pengalaman saya melahirkan 3 anak secara pembedahan sudah cukup membuat saya serik melihat alatan bedah. 

Sememangnya semasa melahirkan secara caesarean, saya  hanya di bius separuh badan. Jadi saya dapat merasakan gegaran semasa anak keluar, semasa perut saya di jahit dan sebagainya. Ngeri memang ngeri tetapi saya tidak merasa sakit semasa pembedahan. Bayangkan jika dia potong tanpa bius...oOoHHH Ngeri!! Tak dapat nak dibayangkan!!
Dikuasakan oleh Blogger.