13 Jenis Phobia Pelik Terhadap Makanan


Terdapat lebih dari 100 phobia dalam dunia ini. Phobia bermaksud ketakutan yang melampau terhadap sesuatu objek yang boleh mencederakan atau tidak, terhadap manusia dan terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Phobia yang melampau adalah salah satu dari cabang penyakit mental ianya berkaitan dengan "Anxiety Disorder" yang membawa kepada kerisauan yang melampau hingga menganggu kehidupan normal. Phobia juga dikaitkan dengan pelbagai jenis sakit mental yang lain seperti PTSD, depresi dan sebagainya.

Sebagai seorang manusia aku juga termasuk dalam kategori yang mempunyai pelbagai jenis phobia tetapi tidaklah di tahap serius cuma ianya agak menganggu fikiran dan jiwa juga. Antara phobia yang aku hadapi ialah phobia terhadap lipas terbang. Lipas je kan? benda kecik tu bukan boleh membunuhpun tapi lipas terbang boleh menjadi hal besar kepada aku. Bukan sekali tapi banyak kali suami aku terpaksa balik dari tempat kerja kerana aku meraung dan menangis kerana ada seekor lipas aktif berterbangan di ruang tamu. Kalau aku tahu ada anak lipas dalam kereta, harus aku boleh terjun dari kereta di tengah-tengah jalan. Bahaya tau ada phobia ni. Kerana itu aku sediakan spray lipas di rumah dan dalam kereta.

Aku juga phobia terhadap tempat tinggi. Phobia tempat tinggi sebenarnya agak berbahaya sebab feeling dia apabila berada di tempat tinggi sangat menakutkan sehinggakan aku rasa aku lebih rela terjun dari hadapi ketakutan yang melampau itu. Paling lama aku boleh tengok ke bawah cuma beberapa saat je. Kalau berejam terperangkap aku rasa aku akan terjun juga. 

Sejak akhir-akhir ini aku ada phobia tentang makanan pula. Maksud aku makanan yang dijual di restoran, warung atau tepi jalan. Benda lain aku tak berapa peduli sangat tapi makanan yang mengandungi sayur. Aku bukanlah pembersih sangat sampai OCD ( Obsessive–compulsive disorder ) tapi kalau bab orang lain sediakan makanan buat aku rasa sangsi. Kalau ke restoran, sebelum aku makan aku akan pastikan ke dapur dulu untuk tengok-tengok, kadang-kadang aku buat-buat untuk ke tandas. AKu perhati habis-habis cara diaorang buat makanan. Aku perhati banyak lalat atau tidak. Aku tengok diaorang basuh ke tidak. Kalau ke gerai, aku buat-buat friendly dengan tukang masak dan bercerita tentang sayur tak basuh. Kalau tukang masak tu diam, aku takkan beli makanan dia. Kalau diaorang sama naik dengan aku bercerita tentang kebersihan sayur, barulah aku jadi regular dekat situ.

Sebenarnya phobia terhadap sayur yang dimasak oleh orang lain terjadi kepada aku kerana pengalaman juga. Aku pernah ternampak tukang masak mee di restoran-restoran. Aku tengok dia ambil je kobis bulat dari plastik pasar, terus potong dan masukkan dalam mee goreng yang aku order. Pernah juga aku nampak penjual burger tepi jalan ambil kobis dan karot dari plastik beg terus sagat je dan letak atas burger. Nak dijadikan cerita pula aku pernah beli kobis bulat besar, semasa aku potong aku nampak dalam kobis tu ada seekor cacing tanah. Besar dan panjang pulak tu duk melingkar dekat dalam. Kerana itulah aku jadi tak percaya nak makan sayur yang dimasak orang lain. AKu terbayangkan mereka potong cacing tu sekali. sedangkan sayur yang aku masak sendiri di rumah pun sampai lunyai aku cuci, orang lain main masak je tak basuh. 

Pernah juga aku nampak gerai jual nasi campur masak sayur. Semua jenis sayur diletak aja di lantai kemudian di langkah, dipijak-pijak. Semasa nak masak dia letak je seberkas sayur sawi atau kangkung tu dalam besen air dan potong masak. Macam tu je. Huhu.


Korang pernah bacakan kes kangkung. Aku baca banyak kes yang membabitkan kangkung. Orang yang makan kangkung ada lintah dalam perut. OMG.😮

Yang menjadikan bestnya lagi untuk menambahkan phobia yang sedia ada pada aku. Kawan aku yang berkerja sebagai pemeriksa kesihatan beritahu aku sendiri yang dia phobia nak makan restoran kerana kerjanya melawat restoran. Kerja dia termasuklah memeriksa tahap kebersihan sesuatu restoran dan dia kata pengalaman dia siasat sesebuah restoran buat dia phobia. Katanya jangan percaya restoran besar yang nampak lawa, high class dan nampak tenang di luar. Hakikatnya dapur kotor gila. Kotor yang tak disangka-sangka. Lalat penuh, tikus, lipas, air longkang bertakung dan macam-macam lagi.

Semasa aku tulis blog ni ada sebijik burger tengah tenung aku. Suami aku baru je belikan burger untuk aku. Aku teringinlah sangat nak makan, teringin gila-gila punya tapi aku tengah berfikir bagai nak gila. Patut ke aku makan. Atas burger ni ada sayur kobis dan karot raw. Dia cuci ke tidak? pasti tidak kan? Mungkin cuci kot...arghh berbagai fikiran bersarang di kepala....aku perhati je burger ni sampai air liur terkecur-kecur.  ðŸ¤¤


Aku dulunya seorang yang tidak memilih makanan dan tempat. Aku memang kaki makan luar. Kadang-kadang aku wish aku macam dulu tapi bila terkenangkan aku yang dulu, aku terbayang berapa banyak benda kotor aku dah telan masuk dalam perut....isk. Susah hidup ada phobia macam aku ni. Itu belum lagi fikiran aku melayang ke asam jawa peket, makanan-makanan dalam tin dan botol. AKu membayangkan macamanalah keadaan kilangnya. Ada tak tikus atau cicak terjatuh di dalam semasa proses. Ah susahnya jadi aku.

Ah macam biasa bila dah tiba time aku nak menaip. Tajuk ke lain...intronya beribu-ribu patah perkataan. Jom tengok jenis-jenis phobia pelik terhadap makanan. Manusia ni pelik, benda-benda yang remehpun boleh jadi phobia dekat dia. Aku lah tu...huhu

Kalau sebelum ini kongxie pernah bercerita tentang fobia-fobia yang aneh dan unik di dunia. Kali ni kita cerita tentang fobia-fobia pelik tentang makanan pula.

13  Jenis Phobia Pelik Terhadap Makanan

#1 Phobia makan di tempat awam 
Fobia makan di tempat awam atau makan di hadapan orang lain adalah sebahagian dari fobia sosial. Kadang-kadang, ketakutan ini secara khusus berkaitan dengan ditonton atau diadili oleh orang lain apabila makan. Mereka yang bermasalah dengan berat badan atau dengan gangguan makan seperti anoreksia nervosa sering kali mempunyai ketakutan ini.

#2 Phobia untuk makan bersama orang lain/phobia perbualan semasa makan ( Deipnophobia )
Selalunya orang biasa seronok jika dapat ke majlis atau kenduri-kendara untuk makan bersama kawan-kawan dan keluarga dan berbual mesra dengan santai semasa makan. Tapi bagi mereka yang mempunyai fobia jenis ini, majlis makan, kenduri kendara, makan malam bersama kawan dan keluarga menjadi satu masalah kerana dia akan berasa janggal, canggung dan ketakutan untuk makan. 

#3 Phobia untuk menelan makanan ( Phagophobia )
Phagophobia, atau ketakutan menelan, dianggap sebagai satu bentuk disfagia psikogenik. Orang yang mengalami phagophobia takut untuk menelan makanan kerana takut tersedak. Mereka mengalami sensasi aneh pada bahagian badan tertentu ketika hendak menelan kerana bimbang benda itu akan melekat. Selalunya mereka yang mengalami fobia jenis ini pernah mengalami pengalaman tercekik ketika sedang makan dan boleh jadi kerana mereka mempunyai masalah tekanan dan salur tekak yang sempit. 

#4 Phobia untuk mencuba makanan baru ( Neophobia )
Ibu bapa pasti pernah menghadapi kerenah anak yang memilih makan dan takut dan tak mahu langsung mencuba makanan baru yang dia tidak biasa. Tapi bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi kanak-kanak mereka bukan saja menghindarinya malah takut atau fobia dengan makanan itu. Mereka risau makanan itu akan membuat mereka sakit. Mungkin mereka pernah mengalaminya sehingga mereka gagal untuk mengecam makanan jenis mana yang berbahaya dan makanan mana yang selamat. Akibatnya, apa-apa makanan baru menyebabkan ketakutan akut terhadap mereka. Mereka menjadi sangsi terhadap semua makanan yang baru dikenalinya. Orang yang mempunyai masalah neophobia mempunyai masalah besar untuk dibawa ke majlis atau pesta kerana di sana mempunyai banyak jenis makanan baru dan cara penyampaian makanan akan memberi fobia dan ketakutan kepada mereka. Bagi kanak-kanak fobia ini mungkin sembuh mengikut waktu dan pertambahan usia. Namun Neophobia bukan terhad kepada kanak-kanak sahaja. 

#5 Phobia pada rasa yang biasa dan tidak biasa ( Geumophobia )
Mereka yang mempunyai masalah Geumophobia akan mengelak makanan yang mempunyai rasa dan hanya akan memakan makanan yang paling kurang rasanya kerana sebarang perasa dan perisa memberi ketakutan kepada mereka. Walaupun mereka yang mengalami masalah itu mungkin membataskan makanan mereka untuk makanan yang sangat hambar, ia sering mengelakkan rasa atau perisa yang baru atau tidak dikenali. Terdapat keadaan yang dikenali sebagai agnosia gustatory di mana makanan boleh menjadi tidak enak atau bahkan rasa menjijikkan. Bau makanan juga mencetus masalah kepada pengidap fobia jenis ini. 

#6 Phobia untuk masak ( Mageirocophobia )
Phobia memasak, kerisauan untuk memasak sebenarnya hanyalah fobia biasa namun ianya boleh menganggu masalah kehidupan harian. Mereka yang mengalami fobia memasak akan mengelak untuk memasak malah boleh menjadi stress melampau hanya apabila memikirkan tentang memasak. Mereka risau dan stress kerana memikirkan mereka tidak pandai memasak, boleh menjahanamkan dapur, boleh menyebabkan makan terbakar dan macam-macam lagi fikiran pelik akan menjelma apabila memikirkan bab memasak. Mereka yang menghidapi Mageirocophobia takut kepada proses memasak dan juga resepi. Mereka juga risau sekiranya makanan mereka akan membuat orang sakit, membahayakan orang lain dan sebagainya.

#7 Phobia dengan benda masam ( Acerophobia )
Manusia yang punyai fobia ini akan mengelak semua jenis makanan yang masam kerana takut akan rasa masam itu. Makanan seperti cuka, limau, lemon, asam dan segala jenis benda masam akan dihindari oleh mereka. 

#8 Phobia kepada bawang putih ( Alliumphobia )
Manusia yang mempunyai fobia jenis ini bukan saja membenci dan menghindari makanan yang mengandungi bawang putih, malahan membenci apa saja benda yang berkaitan dengan bawang putih termasuklah bau dan tananamnya. Mereka mungkin mengalami serangan panik jika tersentuh bawang putih apatahlagi memakannya. 

#9 Phobia dengan mentega kacang yang melekat di langit-langit ( Arachibutryophopia )
Ya betul. peanut butter yang melekat di langit-langit juga boleh menjadi masalah kepada sesetengah orang. Kedengarannya kelakar. Apalah nak takut dengan peanut butter tetapi buat penghidap fobia jenis ini mentega kacang yang melekat di langit-langit boleh memberi tekanan yang melampau sama seperti mereka yang takutkan lipas atau labah-labah. Peanut butter yang melekat di langit-langit boleh membuat mereka menjadi takut dan kerisauan yang melampau-lampau seolah-olah mereka tidak akan dapat membuka mulut lagi selama-lamanya dan seolah-olah peanut butter itu akan melekat dan tidak akan keluar dari mulut mereka lagi buat selama-lamanya. 

#10 Phobia untuk makan daging ( Carnophobia )
Carnophobia adalah fobia untuk makan daging secara umumnya. Ketakutan mereka untuk makan daging adalah lebih teruk dari ketakutan seorang vegetarian untuk memakan daging. Terdapat belbagai jenis nama lain untuk fobia pemakan daging.  Contohnya Alektorophobia adalah takut kepada ayam, yang bermaksud ketakutan terhadap haiwan, termasuk bulu, sayap, paruh, kaki, dan lain-lain. Makan ayam tentu saja akan dielakkan oleh mereka yang takut kepada ayam. Ichthyophobia ketakutan untuk memakan ikan dan Ostraconophobia ketakutan untuk makan kerang.

#11 Phobia untuk makan sayur-sayuran ( Lachanophobia )
Ada juga rasa takut terhadap sayur-sayuran, kebanyakkannya kanak-kanak. Takut kepada sayur-sayuran dipanggil lachanophobia. Ketakutan ini mungkin berpunca dari pengalaman, risaukan pencemaran, takut melihat sayuran yang ditanam atas tanah menjadi penyebab kepada fobia untuk memakan sayur-sayuran. Variasi fobia ini termasuk mycosis lacanophobia, atau ketakutan pada cendawan, dan lycanosobia lachanophobia, ketakutan spesifik kepada tomato.

#12 Phobia kepada chopstick ( Consecotaleophobia )
Takut kepada chopstick? Mengarut, kan? Tapi jangan pandang remeh kepada fobia ini. Phobia terhadap chopstick bukanlah sesuatu yang biasa, malahan ianya luar biasa dan jarang berlaku. Ia adalah salah satu dari fobia yang rare di dunia. Penghidap consecotalephobia bukan saja mengelak untuk memakan menggunakan chopstick malah mengelak untuk memegangnya juga. Pemikiran tentang chopstick juga cukup untuk membuat mereka tertekan dan mungkin menyebabkan panik. 

#13 Phobia kepada makanan keseluruhannya ( Cibophobia )
Ini yang paling kronik kot. Takut kepada makanan. Fobia kepada makanan seringkali disalah erti dengan penyakit permakanan yang paling serius iaitu anorexia. Tetapi fobia kepada makanan adalah lain. Fobia kepada makanan boleh dikategorikan kepada fobia dari list 1 hingga 11. Semuanya yang berkaitan kepada makanan menjadi fobia kepada mereka. Ketakutan makanan menyebabkan obsesi berlebihan, mengenai bagaimana makanan dimasak dan dicuci atau mengenai tarikh luput pada barang yang boleh dimakan. Ini menyebabkan makanan dimasak terlalu lama atau mengelakkan daging sepenuhnya, enggan makan di sesetengah restoran dan sebagainya. Mereka yang menghidapi masalah fobia makanan hidup dalam ketakutan. Mereka mungkin menangis, menjadi temper dan tercekik jika dipaksa makan. Ketakutan terhadap pelbagai isu tentang makanan menyebabkan mereka hanya makan dan minum sedikit dan menyebabkan masalah kekurangan nutrien yang membawa kepada masalah kesihatan. 


Kita perlu faham yang manusia punyai fikiran yang tidak sama. Sesuatu perkara yang tiada masalah bagi kita, menjadi masalah negara pula bagi sesetengah manusia. Jangan ambil mudah dan rasa lawak apabila ada keluarga atau orang yang kita kenali menghadapi apa saja masalah fobia. Umumnya mereka nampak biasa tetapi boleh membawa kepada masalah besar.  Jangan dibuat main sebarang fobia yang dialami oleh orang lain. Anda juga mungkin ada fobia anda sendiri. Jikalau anda rasa fobia orang lain kelakar, bayangkan fobia yang anda alami. Letakkan diri anda dalam situasi mereka. 

Jangan berlawak dan permainkan mereka yang punyai fobia. Bila orang dah takut dia boleh jadi macam-macam. Mungkin boleh terjun, boleh mendapat serangan sakit jantung kerana terlalu panik, pengsan, pitam, histeria, gangguan perasaan, sukar untuk tidur, meracau dan macam-macam lagi. Fobia melampau adalah salah satu dari cabang penyakit mental disorder. Mereka perlukan sokongan dan rawatan bukan dipermain dan diperolok-olokkan. 

Perlu diingat mereka tidak pernah meminta dilahirkan sebegitu kerana umumnya fobia-fobia ini menganggu kehidupan mereka dan kerana fobia-fobia yang tak patut seperti ini menyebabkan mereka hidup dalam tekanan, depresi, kerisauan dan sebagainya. 
Dikuasakan oleh Blogger.