Kisah Pemimpin Negara Yang Paling Sempoi, serba sederhana, terbaik dan termiskin di dunia Jose Mujica


Jarang kita dengar ada pemimpin negara atau perdana menteri yang memilih untuk hidup secara sederhana dan tidak gilakan kuasa dan wang ringgit. Kebanyakkan yang kita tahu, pemimpin yang punyai kuasa besar selalunya seorang yang tamak sehingga rakyat tersepit, demi untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri seperti ini tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Anak-anak merekapun diajar dengan kemewahan yang melampau. Tidak mengapalah jika itu dari hasil titik peluh mereka tetapi bagaimana pula jika kerana hendak mewah dan gila harta melampau hingga kehidupan rakyat tidak terbela. Segalanya naik dan yang turun hanyalah hujan sahaja. Ah letih nak membebel bab-bab ekonomi. Biarlah Allah saja yang menentukannya.

Siapakah Jose Mujica?

José Alberto "Pepe" Mujica Cordano atau Jose Mujica adalah bekas Perdana Menteri ke 40 negara Uruguay. Jose Mujica menjadi Perdana Menteri Uruguay untuk tahun 2010 hingga 2015.

Jose Mujica adalah Perdana Menteri Termiskin di dunia.

Jose Mujica adalah pemimpin yang sungguh merendah diri.

Jose Mujica semasa pemerintahannya hanya tinggal di rumah kecil 1 bilik dan hanya mengambil 10% dari gaji bulanannya sebagai Perdana Menteri, sementara baki 90% selebihnya diagihkan ke rakyat miskin.


Jose Mujica dikagumi oleh seluruh dunia kerana hidupnya yang serba sederhana. Rumahnya hanyalah rumah ladang, baju-baju basuhannya dijemur di luar rumah, airnya dari sumber perigi. Hanya 2 polis dan 2 ekor anjingnya yang mengawal di luar rumah.

Dia menolak untuk tinggal di mansion mewah yang ditetapkan untuk pemimpin negara malah memilih untuk tinggal di rumah ladang dan bercucuk tanam sendiri bersama isterinya. Pasangan ini gemar menanam bunga.

"Saya digelar perdana menteri paling miskin tetapi saya tidak pernah merasa miskin. Pemimpin lainnya memilih cara hidup mewah membuatkan mereka tidak pernah merasa cukup dan sentiasa inginkan lagi dan lagi." kata Jose Mulica

Hartanya hanyalah rumah ladang, kereta volkwagon beetle yang berusia 25 tahun dan traktor. Dia pergi kerja dengan menunggang skuter. :)

"As soon as politicians start climbing up the ladder, they suddenly become kings. I don't know how it works, but what I do know is that republics came to the world to make sure that no one is more than anyone else. You need a palace, red carpet, a lot of people behind you saying 'Yes, sir.' I think all of that is awful."


Sebelum di pilih menjadi Perdana Menteri Jose Mulica pernah dipenjara selama 14 tahun. Beliau adalah seorang gerila berhaluan kiri yang aktif pada tahun 1960 hingga 1970 menentang pemerintahan diktator Uruguay. Dia pernah ditembak 6 kali. Dia melalui pengalaman penjara yang teruk dan diasingkan. Kemudiannya dibebaskan pada tahun 1985 apabila Uruguay mencapai kemerdekaan.


Uruguay negara pertama yang membenarkan penggunaan ganja dan penanaman ganja kepada rakyatnya

Semasa pemerintahannya Jose Mulica telah menghalalkan ganja di negaranya kerana dia merasakan membenarkan penggunaan ganja adalah lebih mudah dari mengawalnya. Jose mengambil keputusan itu apabila menyedari ganja memberi kebaikkan untuk perubatan dan juga untuk mengawal masalah pengedaran dadah yang berleluasa di negara itu. Jose membenarkan rakyat menanam setakat 6 pokok setiap rumah. Untuk menjualnya haruslah mendaftar dengan kerajaan. Pembeli ganja untuk tujuan kesihatan juga diharuskan mendaftar dengan kerajaan dan diberi kebenaran untuk membeli 40gram paling banyak setiap bulan. Harga ditetapkan hanya usd1 untuk setiap gram ganja. Harga itu jauh lebih murah dari ganja yang dijual di jalanan. Tindakan Jose itu melumpuhkan pengedaran ganja dari Paraguay. Namun menghisap sambil bekerja adalah diharamkan dan  boleh dikenakan denda dan penjara.

Jose Mulica mengatakan tindakannya menghalalkan penanaman ganja bukanlah untuk mengalakkan rakyatnya menjadi penagih ganja tetapi untuk melumpuh kegiatan pengedaran ganja haram yang berleluasa di negara itu sebelum ini. Di Uruguay terdapat 120,000 orang yang menghisap ganja. Selama ini mereka melanggan ganja dengan gangster dan ahli kongsi gelap. Jose merasakan tindakannya hanyalah untuk memudahkan rakyat kerana selama ini pasaran ganja memang telah berleluasa di negara itu.


Kaedah Jose memerintah negara mendapat kecaman dan sokongan berbelah bagi. Bagi mereka yang selama ini memang tegar menghisap ganja risau untuk berdaftar kerana risau kerajaan masa depan akan menggunakan nama mereka untuk tujuan-tujuan lain. Hanya kaum muda yang dengan rela hati mendaftar sebagai penanam, penjual dan pengguna.

Pendekatan Jose Mulica tentang ganja sedikit sebanyak memberi kejayaan kepada Uruguay dalam membenteras kegiatan kongsi gelap dan pengedaran ganja secara haram. Sesetengah rakyat setuju dengan cara Jose kerana sekurang-kurangnya rakyat dapat juga mencari pendapatan dari hasil penanaman ganja yang selama ini dipelopori oleh gangster.

Keadaan ekonomi negara juga semakin stabil, gaji pekerja semakin meningkat dan masalah pengangguran juga adalah yang paling kurang dalam sejarah negara itu semasa pemerintahan Jose Mulica.

Pada tahun 2015 Jose Mulica telah menawarkan tempat tinggal untuk 100,000 anak-anak yatim pelarian Syria di rumahnya.  Akhirnya Perdana Menteri paling miskin yang tawarkan rumah untuk anak-anak yatim mangsa perang Syria. Manakala pemimpin lain sibuk mengumpul harta yang tak perlu untuk tujuan menunjuk-nunjuk sesama sendiri saja. Memalukan sungguh.

Terus terang cakap lah ya...kalau lah tandas sesetengah pemimpin tamak ni tak dibuat dari emas, pasti ramai pelarian Syria, orang-orang yang kebuluran dapat makan. Allah ... realiti dunia...susah nak jumpa orang yang sanggup berkorban untuk orang lain.  Yang sedihnya yang terlebih mewah sampai tandas dan kereta dari diamond dan emas ni semuanya orang-orang Islam :'(

Sekian saja kisah Kisah Pemimpin Negara Yang Paling Sempoi, serba sederhana, terbaik dan termiskin di dunia Jose Mujica . Kalau fakta salah tolong betulkan ya?


Dia ni macam diamond, rare...bila nak jumpa presiden humble macam ni. Saya rasa pandai juga cara dia deal dengan kes ganja di negaranya. Manusia ni memang sejenis spesies yang suka buat apa yang dilarang. Kalau disuruh mereka akan jadi hilang minat.

Beberapa bulan lalu saya berborak dengan kawan saya budak Armsterdam. Saya bertanya tentang undang-undang bebas ganja di bandar itu. Kawan saya mengatakan penduduk Armsterdam tidak begitu excited dengan ganja. Katanya oleh kerana kerajaan membenarkan penggunaan ganja, rakyat mereka jadi tidak begitu berminat untuk menghisapnya. Kebanyakkan yang menggunakan ganja di negara itu adalah pelancong katanya lagi. Dan dia budak muda tau!! Bukan oldtimer....youngster yang cakap tu, kisah benar ni.

Dikuasakan oleh Blogger.